Buckhingham Palace

Nih pun tempat wajib pergi gamaknya ye sebab sakan orang dok bergambo kat luar pagaq Bukhingham Palace. Waktu pelawat paling ramai adalah masa guard bertukar shift beramai-ramai pada pukul 11 pagi kalo tak silap. Masa tuh memang meriah orang kata tapi kitaorang tak sempat tengok la sebab kitaorang sampai dah pukul 5 pm camtuh.
Ingatkan guards kat sini memang akan pakai baju seragam kale merah tuh tapi masa kitaorang pergi tuh, guards dia pakai baju kale biru (maybe baju sejuk depa kot). Tak beberapa jelas pun guard tuh sebab jarak dari pagaq ke tempat guard tuh berdiri adalah lebih kurang 300 meter jugak la.
Chantek ukiran pagaq istana nih

Ada disediakan beberapa pakej Bukhingham Palace Tour termasuklah Queen’s Gallery, Windsor Castle, Guards Museum, minum petang, etc. Tuh kena siasat sendiri kat website pelancongan depa ye.

Dekat dengan Bukhingham Palace nih ada dataran Queen Victoria Memorial yang kita boleh melepak dan mengambik gambo.

Sepelaung dari Bukhingham Palace nih jugak ada taman yang sangat chantek (kalo tak silap nama dia St James Park) yang den sempat jejak kaki sekupang je sebab dok kejar masa.

Kalo kita google ada banyak kot tempat-tempat menarik berdekatan dengan Bukhingham Palace yang kita bley sampai dengan berjalan kaki tapi disebabkan memang sangat mengejar masa, takde la terpikiaq or terletak dalam agenda pun nak merayau sangat.

No comments:

Powered by Blogger.