Batur Hot Spring

Jauh gila tempat nih dari Tegallalang. Rasanya dalam 2 jam jugak baru sampai kat sini. Den dah risau sesat barat sebab dah siap masuk jalan off road, bertembung dengan sekumpulan bawa motor scrambler dok meloncat-loncat dengan motor depa, etc. Dengan hujan renyai-renyai.

Dalam 15 minit sebelum sampai ke Batur Hot Spring tuh, kita akan melalui kawasan yang pernah menerima tempias letusan Gunung Berapi Batur yang kali terakhir meletus pada tahun 2000 rasanya kalo ikut ceite Pak Eddie.

Parking kete kat sini Rp 35,000 @ RM 11.80.

Tiket masuk kat sini adalah yang paling mahai dalam semua tempat yang kitaorang pi kat Bali. Tiketnya Rp 150,000 @ RM 55 seorang. Mampuih kalo kat Malaysia den pikiaq sepuluh kali nak masuk kalo rege tiket camnih tapi disebabkan perjalanan dah 2 jam dan entah bila lagi la nak mai ke sini, kita masuk la jugak ye.
View masa on the way nak masuk lepas parking
Kat mana-mana pun ada pura kat Bali nih

So dah alang-alang dah masuk, moh la kita mandi air panas tuh. Walopun hujan renyai-renyai tetap kena mandi jugak sebab dah bayaq mahai hehehehehee.

Ada disediakan locker untuk kita simpan barangan kita. Ada shower yang selesa siap sabun dan syampoo. Ada dibekalkan tuala. Plastik pun ada untuk kita letak baju basah, etc.

Bagi den apa yang special pasai Batur Hot Spring nih ialah ianya mengadap Danau Batur dan Gunung Berapi Batur. Mandi ayaq panas sambil menghayati keindahan dan suasana nyaman gitu. Tuh yang mahai sebenaqnya bagi den.
Ada sangkar-sangkar ikan kat tengah-tengah tasik tuh
View dari kolam air panas tuh


Hot spring nye tuh takde la panas mana, sedang elok la untuk kita berendam dalam tuh. Masa den dok berendam tuh, memang jumpa orang putih je la. Orang local yang dok berendam tak sampai 5 orang.

Sebelum mandi tuh depa bagi welcome drink, ayaq tembikai dalam gelas yang sangat comel. Sekali teguk dah abis hehehehehhee.

Rasanya den berendam dalam 30 - 45 minit. Best je la berendam dalam ayaq panas berehat-rehat sambil tengok view yang chantek termasuk la aweks omputih yang pakai bikini tuh. Ada satu family omputih nih (mak, ayah dan dua orang anak besaq-besaq anak den) mandi sekali kat hot spring tuh. Omaknya tuh badan masih chantek k. Tak nampak plak selulit ke ape. Perut pun leper je. Langsung den kecik hati.
View dari the highest point kat sini
Macam-macam bentuk kolam ayaq panas dok ada
Kolam air panas lain yang ada kat sini tapi member den kata tiket masuk dia lagi mahai
Lepas dah berendam sekupang dua tuh, lepas siap pakai baju elok balik, kitaorang dijamu dengan pisang goreng. Dah berendam dalam ayaq panas tuh lapaq la plak kan. So memang sedap la rasa pisang goreng tuh.
Pisang goreng pun nak ambik gambo. Kat Malaysia kan banyak. Kata member den
On the way balik tuh, den minta Pak Eddie berhenti sekejap kat tepi jalan sebab nak bergambo dekat kawasan yang nampak Gunung Berapi Batur. Serious tak menyesal berhenti sebab view kat sini memang chantek dan satu gambar yang diambik kat sini merupakan one of my favourite photo sepanjang trip den kat Bali.
one of my fav photo sebab view sangat chantek dan den nampak kurus dalam gambo nih hehehehehehe

Sepanjang perjalanan pergi dan balik tuh jugak, bley nampak ada beberapa binaan rumah yang tak siap. Pak Eddie kata rumah-rumah tuh dibina untuk pemindahan satu kampong yang terkena letusan satu gunung berapi lain kat Bali nih (tak ingat gunung apa Pak Eddie cakap). Tapi disebabkan lepas letupan gunung berapi tuh, kawasan dah kembali okay, penduduk kampong nak kekal duduk kat kampong depa. So akhirnya rumah-rumah yang dah dalam pembinaan tuh terbiar.

Tanah gunung berapi sangat subur. On the way nak sampai ke Batur Hot Spring tuh, nampak banyak sayuran ditanam macam tomato, etc.

Pak Eddie cakap batu dari Gunung Berapi Batur hanya dibenarkan untuk dibuat kuil.

Pasir dari gunung berapi digunakan untuk pembinaan. Pak Eddie kata pasir gunung berapi lagi kukuh daripada pasir sungai. Nih kata dia la.

p/s ada Muzium Gunung Berapi Batur kat Bali nih tapi kitaorang tak pi sebab memang takde dalam agenda.

No comments:

Powered by Blogger.