Busy macam nak pengsan plak lately. Jangan kata nak update blog, nak korek telinga pun tak sempat sampai terbawak-bawak ke dalam mimpi. 

Walopun dah almost 2 bulan ceite nih berlalu still nak ceite jugak. Nih merupakan last stop kitaorang sebelum balik ke rumah dalam siri berjalan-jalan dari Kuala Terengganu - Kuantan - Bukit Tinggi tuh.

Dah lama teringin nak mai sini tapi tak terpegi-pegi sebab utamanya mahainye la rege hotel dia nih. Tapi tengok kat agoda.com bley dapat rege yang mampu milik, moh la kita singgah tengok apa yang best kat hotel nih.
Bilik hotel biasa je. Semuanya kale putih daripada katil sampai la meja. Konsep British deco gamaknya. Bilik kecik je, budak-budak tak dapat berlari sangat. Bilik ayaq standard cuma yang tak best, toilet takdak hose. Memang leceh sangat kalo toilet takdak hose nih.
Anak penyu nih ikut kitaorang dari Pasar Payang sampai ke sini
Depa sakan tau dok main sorok-sorok dalam lemari haluih tuh

Kawasan hotel nih sesuai untuk amik gambo sebab ianya ala-ala Perancis camtuh. Untuk honeymoon memang sesuai. Untuk berehat-rehat, bersantai-santai, berchenta-chenta, sesuai la tempat nih coz memang chantek landskapnye.
Tengok swans pun macam perak...haish
Sakan orang dok amik gambo dengan kuda nih
Untuk family dengan budak-budak cam den nih tak sesuai sangat. Aktiviti yang budak-budak bley buat adalah tengok angsa dan mengepaw mak bapak dengan naik mainan kereta la, kapal terbang la, etc macam kat fun fair tuh. Memang bley koyak rabak poket mak bapak kalo melayankan budak-budak main kat sini.
Rabak poket melayan depa kat sini. 1 token RM 2. 1 permainan at least 2 token. Pitam.
Menteri kewangan tengah negotiate supaya peruntukan tak abis kat sini je.
Restoran ada 3,4 ketoi je kat sini. Restoran pun juai makanan pizza, ayam panggang, etc. Memang tak jumpa la restoran nasi lemak, etc. Regenye memang kebabom sebab mungkin nak bawa bahan mentah ke atas nih mahai kos nye + dah kawasan peranginan memang cenggitu la regenye. Yang terkilan tuh, rege mahai tapi rasa ayam panggang dan pizza di dua restoran berbeza tak sedap. Serious tak sedap. Kalo bayaq mahai tapi rasa sedap tuh bley la diampunkan tapi memang la tidak begitu. Keciwa dengan rasa makanan dia tuh.
Tak beberapa nak sedap. Mahai tak menahan
Ada kedai juai souvenirs dan barang-barang mainan budak-budak yang memang menggoda tapi harga semua memang agak mahai.

Breakfast kena top up RM 25 untuk F. Buffet breakfast dia agak banyak dan menarik dan sedap-sedap jugak makanan dia.
Kalo setakat nak mengambik gambaq kat kawasan hotel nih bley je la kalo tak bermalam pun. Just bayaq RM17/dewasa dan RM10/kanak-kanak dekat entry macam pondok tol sebelum masuk kawasan nih. Kalo menginap kat sini pun kena gak bayaq entry fee nih tapi bley redeem semula kat kaunter masa nak check out.

Lambat lagi la kot kalo nak mai lagi kat sini. Tunggu budak-budak nih dah masuk U so mama dan papa bley datang sini berdua berchenta-chenta.

0 Comments