Assalamualaikum.
Apa khabar semua di hari Isnin yang indah ini?
Eceh.
Pastinya ramai yang ambil cuti hari ini kan sebab Selasa dan Rabu udah cuti CNY.
Ada juga yang sambung cuti Khamis dan Jumaat.
Budak-budak paling happy sebab cuti sekolah satu minggu.
Mungkin ada yang bercuti ke Georgetown, Pulau Pinang.
Kalau ada yang berjimbaan ke Georgetown, mohon melawat Penang Ferry Museum.
Untuk den sekeluarga, berbaloi sangat kami pergi ke sini pada November 2025.
Mohon bertabah kerana post ini agak panjang berjela penuh dengan gambar.
Kenapa Kena Melawat Penang Ferry Museum?
Muzium yang penuh dengan fakta yang disusun dengan begitu menarik dan interaktif.
Ada sesetengah bahagian guna teknologi AI.
Setiap bahagian pameran mempunyai maklumat yang berbeza.
Ada ruang aktiviti.
Ini adalah antara muzium yang den berkenan dooh selain daripada Muzium Bank Negara dan Muzium Borneo Kuching (ini entah bila la den hendak cerita ye😅).
Harga tiket Penang Ferry Museum ni in sya Allah mampu milik.
Den tidak ingat ada promosi apa masa kami datang tapi kami bayar RM90 untuk 4 orang.
Tambah RM15 untuk masuk bilik enjin.
Mohon masuk bilik enjin ini ye.
Rugi amat kalau tidak masuk.
![]() |
| Apaknya kalau mengambil gambo macam ni la😅Katanya yang penting nak nampak gambar muzium tuh penuh |
![]() |
| Pelukis yang hasil seninya terpampang pada feri ini telah meninggal dunia. AlFatihah untuk beliau. |
Penang Ferry Museum = Feri Pulau Pinang
Rupanya muzium ini adalah Feri Pulau Pinang yang ditambahbaik dan diubahsuai.
Feri Pulau Pinang ini adalah sebuah feri yang paling bongsu beroperasi sebelum perkhidmatan semua feri ikonik ditamatkan pada 31 Disember 2020 kerana ketiadaan alat ganti dan semakin usang.
Disebabkan den dilahirkan di Pulau Pinang dan membesar di Pulau Pinang hingga akhir tahun 1988, feri ikonik Pulau Pinang memang la sangat dekat di hati den.
Disebabkan muzium ini adalah sebuah feri yang ditambat di laut/berada di atas laut, kita boleh terasa feri tu bergoyang dan boleh berakhir dengan mabuk laut ye.
Di hujung lawatan kami selama 3 jam di sini, den udah mabuk laut😅.
Setiap kali den ke Pulau Pinang atas urusan peribadi atau rasmi, den memang akan naik feri.
Anak-anak den pun masa deme kecil, den sempat bawa mereka naik feri beberapa kali.
Den pernah naik feri ni dengan arwah atok, arwah emak, arwah abah, pakcik, makcik dan sepupu-sepupu den.
Jadinya bila berjalan dan membaca semua maklumat yang disediakan di dalam muzium ini memang la sangat menggamit kenangan.
Take a trip down memori lane begitu.
Memang den cuba membaca hampir setiap satu maklumat yang ada sampai anak-anak stress menunggu den😅.
Budak-budak generasi alpha, beta, gamma ni kan semuanya hendak cepat.
Geram je😅.
Apa Yang Ada Di Dalam Penang Ferry Museum
Sebagaimana gambar di atas, ada pameran sejarah feri Pulau Pinang, replika feri, galeri diorama, bilik enjin, dsb.Muzium ini dibahagikan kepada 3 dek iaitu Dek Utama, Dek Atas dan Dek Navigasi.
Memang setiap bahagian unik dan menarik.
Dek Utama - photo booth, Galeri Sejarah, Galeri Replika, Bilik Tayangan, Pameran Automotif dan Lorong Kenangan.
Dek Atas - tempat duduk feri, ruang aktiviti, Galeri Diorama, Galeri Seni dan kedai cenderahati.
Dek Navigasi - kafe, ruang panorama, Bilik Navigasi Kapten dan Pengalaman VR.
Masa kami datang ke sini, Galeri Diorama belum siap sepenuhnya.
Kafe dan Pengalaman VR juga belum beroperasi.
Paling kurang kena spend 2 jam di sini ye.
Kalau hendak puas hati, memang dalam 3 jam kena merayap di sini.
![]() |
| Seusai melangkah ke dalam feri kita akan diberikan taklimat ringkas oleh 'Kapten Feri' |
Sejarah Feri Pulau Pinang
Susunan maklumat sejarah ringkas tapi padat.
Jadinya kita tidak akan bosan bila membacanya.
Dekat sini den memang lama sebab hampir 80% fakta sejarahnya den tidak pernah tahu.
Sejarah Feri Pulau Pinang bermula pada 1893 dan berakhir pada 2020 selepas perkhidmatan feri ikonik ditamatkan buat selama-lamanya.
![]() |
| Den menjadi model sebentar di sini di mana pada tahun 1983 tender perkhidmatan feri diiklankan |
![]() |
| Molek semua pamerannya |
![]() |
| Dulu masa sekolah rendah di Pulau Pinang, nama sekolah den adalah Sekolah Kebangsaan Bagan Tuan Kechil |
![]() |
| Boleh kata 80% maklumat di sini den tak pernah tahu. Itu yang lagi lama membacanya tu sebab ada masa dalam membaca den google sekali maklumat tambahan. |
![]() |
| Maknanya Jambatan Pulau Pinang pertama udah berusia 40 tahun pada 2025 |
![]() |
| Disebabkan muziumnya baru dibuka pada 2025, ada beberapa bahagian yang belum siap lagi. Macam kena ulang datang ke sini ye😅. |
Tragedi Jeti Runtuh pada Julai 1988
Den memang ingat sungguh kejadian ini yang berlaku semasa den 10 tahun, darjah 4.
Asalnya den, arwah abah dan arwah mak hendak pergi berjalan-jalan ke Komtar pada tarikh ini.
Tapi disebabkan terlalu ramai orang di jeti, kami tidak jadi pergi dan patah balik ke rumah.
Malam itu dalam lepas Maghrib rasanya, kawan arwah abah datang rumah dan bagitau jeti runtuh.
Dia antara yang selamat dan cedera ringan.
![]() |
| Maklumat terperinci dan miniature pengkalan jeti yang roboh |
Pelan Susun Atur Feri
Bahagian pameran yang anak den si F paling berkenan adalah pelan susun atur feri.
![]() |
| Den dulu selalu naik Feri Pulau Undan, Pulau Rimau dan Pulau Aman. Macam tak pernah naik Feri Lidah dan Senangin |
Lama dia berteleku di sini.
Ada dalam hampir 20 minit.
Rezeki bertemu dengan kakitangan Penang Ferry Museum yang rajin menyantuni anak den.
Bersungguh dia memberi penerangan pada anak den.
![]() |
| Si F peminat tegar dinosaurs yang suka melukis. Bersungguh dia mengkaji pelan susunatur jeti. |
Kakitangan yang bersemangat dan ada jiwa dengan kerja mereka merupakan satu aset kepada syarikat dan organisasi.
Semoga syarikat menghargai kakitangan sebegini.
Pelukis pelan, arkitek dan seangkatan dengannya pasti minat banget dengan bahagian pameran yang ini.
Galeri Replika Feri
Kami semua berlama-lamaan di sini sebab sakan tengok apa yang berbeza pada setiap feri.
Semua replika feri ada di sini.
Semua feri samada buatan Singapura atau Hong Kong.
Den sangat berminat dengan replika feri sebab antara skop kerja satu ketika dulu adalah navigasi, vessel dan jeti.
Jadinya bila baca maklumat di sini, secara tidak sengaja terhubungkan dengan kerja den dulu.
![]() |
| Feri yang telah direfurbish dan dijadikan Penang Ferry Museum |
![]() |
| Antara feri yang den pernah naik juga |
Penang Ferry In The News
Dinding yang memaparkan keratan akhbar dan dokumen berkaitan Feri Pulau Pinang pun menarik ye.
Budak-budak ni dok "cepat la mama, cepat la mama" bila den cuba membaca hampir semua cerita.
Rasa nak katok je deme😅.
Ada cerita tentang lembu jatuh dari feri ke dalam laut, menyelamatkan penumpang yang jatuh ke dalam laut, SOP berkaitan perkhidmatan feri, pembelian feri baru, tempat mendarat yang diwartakan, caj yang dikenakan ke atas sampan, kritikan terhadap perkhidmatan feri, dsb.
Kenapa begitu gomen ayat den😅.
Ada 1 keratan akhbar yang menarik perhatian den.
![]() |
| Protes terhadap perjalanan di atas feri bersama babi😅. |
Pameran Peralatan Di Dalam dan Pada Feri
Kami teruja gila tengok bilah kipas feri yang besar sungguh.
![]() |
| Walaupun kabur gambarnya harus la diletakkan gambar tuan tanah kedaung di sebelah bilah kipas ni ye |
![]() |
| Bilik kawalan |
![]() |
| Tangki minyak bahan api |
![]() |
| Deme paling teruja masuk ke bilik enjin ni. Macam-macam ditanyanya |
![]() |
| Den saja tanya dia lepas lawatan ni kot la dia hendak crew kapal ke, jurutera ke, arkitek ke, pelukis pelan ke, etc. Jawabnya 'A masih hendak jadi orang yang buat roti canai'. Begitulah |
![]() |
| Ini berkaitan dengan skop keroje den satu ketika dulu. |
![]() |
| Ini antara akan terlibat sekupang dua dalam skop kerja sekarang |
![]() |
| Cantik bajunya warna merah tapi disebabkan den sudah membulat dengan jayanya idok la estetik rupanya😅 |
![]() |
| Pemandangan laut dari muzium |
![]() |
| Semua gambar-gambar berkaitan feri ikonik Pulau Pinang. Entah-entah ada terselit gambar den sebagai penumpang satu ketika dulu kan😅 |
![]() |
| Budak-budak ni excited duduk di sini sebab kerusinya boleh ke belakang ke depan penyandarnya |
![]() |
| Si A memang hantu lego. Jadinya kita serahkan semuanya kepada dia untuk dibina. |
![]() |
| Den tidak perasan ada tak dijual ni di kedai cenderamata. Kalau dijual sure ramai yang hendak membelinya ni. |
![]() |
| Siap feri lego |
![]() |
Jenuh juga ye hendak buat replika feri kertas ni walaupun ada arahan. Berpeluh-peluh rasanya. |






















































































Mekasih share tentang muzium ferry ni, KSarie.
ReplyDeleteScreen yang terpapar kat dinding tu, sama macam skrin muzium di Mekah yang saya pergi, terletak di Clock Tower. Bila skrin bertukar, eh, pening aku, gitew.. patut orang muzium suruh duduk. Kikiki...
Bagus ya, muzium ferry ni, anak-anak mesti suka. Interaktif juga. Tapi bab mabuk laut itu, bahaya juga. Saya jangankan ferry, duduk atas pelantar nak ambil gambar sekejap pun boleh mabuk bila kembali ke daratan. Hik hik!
Sebenarnya, sedih, kan. Sebab ferry Pulau Pinang dah takde. Teringat cerita Do Re Mi, Re tanya, feri Pulau Pinang ka, feri Batu Pahat? Hehehe... itu satu saya kurang suka, semua benda nak diruntuh dan ditamatkan. Dulu ada banglo lama cantik kat Batu Gajah tu, tiba-tiba dah takde, deme runtuh. Kita tak pernah nak pulihara benda lama, macam kat negara omputih atau europe, bangunan lama lah deme pulihara kan, sebab khazanah negara? Huhu... maap, terpanjang komen. 😂 Ada gambar dalam album keluarga saya, kenangan naik ferry dulu kat penang, zaman kecik-kecik. Excited sungguh, sebab naik kereta, lepas tu masuk ferri. Angin kuat, bila keluar kereta, tengok laut, tengok feri berjalan. Anak-anak jaman sekarang tak merasa la.
Terima kasih Tot sudi baca catatan panjang berjela KSarie ni. Terima kasih juga sudi komen dan berkongsi cerita. Sayang kan khazanah negara dilupus begitu sahaja. Mungkin ada nilai monetary kepada pihak-pihak tertentu sekarang. Cuma kadang kala nilai monetary tidak setanding dengan nilai warisan begitu.
Deletekenapa saya baru tahu ada muzium ferry ni..... thank you sharing ksarie! style betul muziumnya guna feri yg sebenar, siap boleh rasa goyang2 dek kerana air laut pulak tu. banyak betul info2 yg menarik.
ReplyDeleterasa sedih jugak feri yg dah lama ada kat malaysia ni akhirnya dihentikan. mungkin juga sebab ramai orang lebih prefer drive guna jambatan berbanding naik feri kan nostalgia sangat..
Perkhidmatan feri lama ini sepatutnya jadi satu USP pelancongan di Pulau Pinang. Tapi apakan daya mungkin mereka yang membuat keputusan ada pertimbangan yang lebih molek kot ye
DeleteIsnin ambil cuti. Selasa Rabu memang cuti. Khamis dah kerja. Lamanya tak ke Penang. Rasanya last masa anak buah menikah 6-7 tahun lepas kot.
ReplyDeleteHa ramai yang masih bercuti sampai Jumaat ni rasanya. Minggu depan baru masuk ofis kot ye. Ha boleh dah masukkan agenda untuk melawat ke Pulau Pinang tahun 2026 ini
DeleteWah, jujur kak… kadang saya rasa iri dengan muzium-muzium yang ada di Malaysia. Pernah dengar cerita dari Kak Fanny, katanya muzium di Malaysia memang bagus-bagus sekali. Jauh benar kalau dibandingkan dengan di Indonesia, yang seringkali hanya mahalnya saja. Isinya pula tidak terurus. Bila ada kesempatan, saya pun mahu singgah ke sini. Tapi tak lama-lama, takut mabuk laut juga, hahahaha.
ReplyDeleteKalau Fajar datang ke Pulau Pinang mesti masukkan muzium ini di dalam itinerari ye. KSarie rasa Fanny berjalan-jalan di Malaysia lebih banyak dari KSarie sebab banyak tempat menarik yang dia telah pergi tapi KSarie belum sampai😅
DeleteTeringat dulu naik ferry ni dari tanah besar ke pulau. Bijak idea jadikan muzium feri dari biar ia tersadai kan.. Kena masuk wishlist bila ke pulau pinang nanti :D
ReplyDeleteIn sya Allah berbaloi melawat muzium ni
DeleteOhhh ada muzium pula feri ni. Pernah la kecik2 naik feri dengan mama papa nak ke pulau pinang. Ada juga cerita terminal feri runtuh sebab banyak sangat kereta kan.
ReplyDeleteTerminal feri runtuh bahagian penumpang sebab ramai sangat orang berkumpul di situ. Muzium feri ni baru siap 2025 lepas
DeleteOh baru tau nya ada muzium feri. Memang menarik sangat ni. Thanks for sharing KSarie.
ReplyDeleteMost welcome😊
DeleteOh pantas saya baru tahu, 4 tahun tinggal di Penang, tak pernah tahu museum ini. Ternyata baru 2025 kemarin ya kak. Harap2 kalau ke Penang lagi dah selesai semua nya
ReplyDeleteSaya dan anak2 sukaaaa sangat museum.makanya kami selalu menyempatkan diri tiap traveling ke museum apapun yg ada di negara tersebut. Bisa berabe berjam2, suami saja yg kurang suka. Tp dia suka kalau masuk ke museum yg ada background bloody history , macam museum killing field , museum bom atom Hiroshima dan Nagasaki.
So, sekarang ini memang tak ada Ferry lagi ke Penang yaa? Saya pun kalau ke Penang pasti naik flight, atau bus. Itu saja. Tak pernah ferry 😅.
Besar juga bagian dalamnya dibuat. Tak sabar kalau yg VR experience dah jadi