Hadiah Top Commentor Blog Mulan Selamat Diterima

Assalamualaikum.

Petang semalam terima parcel dari blogger Mulan.

Alhamdulillah terima kasih ye Mulan.
Tidak sangka termasuk dalam top commentor di blognya.

Manis dan comel semua hadiahnya.

Ada sehelai tudung bawal, 1 keychain Korea, 1 fridge magnet comel Taipei, kain pemegang periuk panas (apa namanya ya😅) dan kurma.

Semuanya cute sungguh lagi-lagi fridge magnet bersaiz tiles tu😍.
Terima kasih Mulan.
Semoga dimurahkan rezeki sokmo.
Semoga terus semangat update blog berkongsi kisah makanan dan travelling.

KSarie suka membacanya walaupun sokmo kelaparan setiap kali membaca blognya😅.

Terima kasih Mulan.


16 comments

  1. Alhamdulillah tahniah dapat hadiah. Seronok kan dapat hadiah dari rakan blogger.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu la berbunga-bunga bila dapat hadiah🥰

      Delete
  2. Tahniah ya mbak Ksarie. Semangat terus berblog!
    Kadang-kadang saya rasa cemburu juga dengan blogger Malaysia. Mereka boleh berjalan jauh ke pelbagai negara orang. Saya pula keluar dari Pulau Jawa pun belum pernah, hiks.

    Oh ya, sebab disebut semalam, saya akhirnya singgah ke Istiqlal juga, kak. Nanti saya tulis ya :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah...nanti kongsikan ye ke Masjid Istiqlal itu. Semoga ada rezeki Fajar berjalan-jalan keluar dari Pulau Jawa ye. Fajar terus semangat blogging perkara di sekitar Jakarta ya kerana ada banyak maklumat ramai boleh dapat daripada penulisannya.

      Delete
  3. semua hadiahnya bagus-bagus dan kalau gini jadi semangat buat blogwalking ya mbak
    by the way congrats untuk top commentornya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iya kan bila dapat hadiah langsung tinggi semangatnya untuk terus blogwalking. Terima kasih

      Delete
  4. hehe samalah, mesti rasa lapar setiap kali masuk blog beliau xD
    tahniah ksarie! saya pun dapat juga

    ReplyDelete
  5. Gloves atau kain tahan panas itu, dj sini sebut ya cempal kak 😄. Baguuus lah bentuk cempalnya. Saya suka juga beli ini. Tp tak koleksi macam kak Mulan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oooo baru tahu namanya cempal. Blogger Mulan itu memang cantik-cantik pilihan barangnya kan

      Delete
  6. Alhamdulillah dah selamat sampai dan sama sama kasih 😍😍
    Terima Kasih selalu singgah blog cacamarba tu 😄😄😄

    ReplyDelete
    Replies
    1. Banyak ilmu dari blog Mulan tu. Ada resepi, itinerari berjalan-jalan, tips menjaga pokok, dsb. Keep on sharing yar

      Delete
  7. Tahniah, KSarie. 👏👏 Saya pun dapat juga. Alhamdulillah.. seronok dapat hadiah dari kawan blogger, kan. Semoga murah rejeki Mulan.

    ReplyDelete