Mengopi di The Coffee Dock Taman Wetland Seksyen 8

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Semoga semuanya sihat walafiat.

Esok sudah hari Sabtu.

Yabedabedu😀. 

 

Ada satu hari tu kawan den gamaknya pening kepala dengar den bercerita pasal kerja sokmo.

Katanya ayuh la kita pergi mengopi.

Dia belanja den makan di The Coffee Dock.

Tempatnya menarik sebab mengadap kolam.

Cuma tiada tempat letak kereta yang tersusun.

Letak aje kereta tepi jalan begitu.

Ada banyak juga pilihan menu.

Cuma disebabkan kami hanya hendak makan ringan-ringan sambil curhat makanya kami pesan makanan yang simple.

Lempeng - ini siapa la yang pesan kan?😅 

Kawan den pesan pancake.

Pelik pula rupa pancake nya begitu.

Pancake makan dengan butter dan mapel syrup

Disebabkan den bukan peminat kopi hipster, den pesan ice lemon tea.

Kawan den pesan latte rasanya. 

 

Kedua makanan yang den makan ini just nice.

Sedap aje.

Cuma tidak la terasa hendak datang makan lagi sebab banyak lagi cafe di Shah Alam ni yang belum pernah sampai😅. 

 

Yang mahalnya sebab makan with a view begitu. 

Kalau tengah patah hati tidak kisah la sebab chenta tidak kesampaian ke, dimarah boss ke, hal-hal di pejabat mengundang rasukan abalasa ke,  molek la melepak di sini.

Mengopi sambil melayan perasan.

Pasang pula OST KDrama Goblin.

Langsung terasa macam kenapa 'kamu meninggalkan daku'.

Eceh. 

Duduk la den dan kawan den minum petang.

Cerita la macam-macam tentang kehidupan. 

Ramai aje orang yang makan di sini semasa kami melepak di sini. 

Tempat ini buka sampai malam.

Tak tau la ada nyamuk ke tidak sebab boleh tahan kepadatan flora di sini. 

 

14 comments

  1. View nampak tenang gini sesuai la nak curhat KSarie ye... Semoga baik² aja utk kita semua ye 🤲🏻

    ReplyDelete
    Replies
    1. In sya Allah semoga yang molek-molek untuk semua

      Delete
  2. Sering terjadi, cafe cantik, tp makanan biasa. Krn yg dijual view 😄.

    Tp asalkan rasa tak parah2 sangat, okelah yaaa... Walau mungkin utk balik lagi mikir dulu 🤭

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha kita singgah makan sekali sahaja begitu kan

      Delete
  3. Ahh, memang seronok betul kalau pergi waktu petang. Sambil menghirup kopi, sambil menikmati suasana senja yang damai. Nikmat sungguh rasanya. Kopi tu kalau boleh dihantar ke Indonesia, tentu saya kirimkan terus untuk awak, hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Di Jakarta ada banyak juga cafe estetik yang bagus-bagus dan membuatkan kita hendak berehat lama sambil menghirup kopi kan😊

      Delete
  4. Best ni view kolam. Kalau datang dengan hubby boleh la sebab dia tak banyak cakap. Kalau dengan geng2 masuk air ITM, sekolah dll takut kena halau sebab benda kecik pun gelak melalak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehhehhehehe memang ada tempat yang sesuai dengan orang-orang tertentu kan? Kalau dengan konco-konco kita memang kena pergi tempat yang happening yang kalau gelak tidak cukup nafas pun tidak dipedulikan orang😅

      Delete
  5. Cantik kafe ni! View tu yg mahal, penuh hijau jee. Banyak jugak choice makanan ye. Haha tu pancake ke . Saya igt telur

    ReplyDelete
  6. Cantik tempat mengopi, KSarie. Aman damai tengok suasana cafenya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha...ini kalau lepak mengopi sambil melayan perasaan bisa berlama-lamaan di sini😊

      Delete