Wordless Wednesday 10/2026

 

Iftar Ramadan hari pertama. Boleh pula terhangus ayam masak kicap tu😅

Ayam bakar tapi jenuh la lama naw hendak masaknya. Ini menu berbuka hari kedua.
Makan di luar. 4 biji telur puyuh RM6
Langsung beli telur puyuh dan masak sendiri sambal telur puyuh berenyut begitu😅Nasi lemak sambal tumis telur puyuh
Team mate bagi teh untuk sambutan Ramadan

Beli kuih raya ni sebab berkenan dekat dia punya tiffin. Semua kuih raya telah habis dimakan oleh anak-anak ye
Disuruh ambilkan daun pandan. Dipotong di belah hujungnya. Tidak dapat hendak buat simpulan buku sila
Beli sebiji buah cempedak RM18. Dapat masak untuk 2 kali berbuka. Manis buahnya. Berbaloi betul rasanya.
Buat serawa labu dan sagu
Ayam masak kicap ni lauk favourite A. Kali ni tidak hangus ayamnya hahahhaa

26 comments

  1. asyik nampak menu nasi lemak je ni. macam nak kena buat jugak ni nanti menu berbuka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha kena masak nasi lemak sebelum berakhir Ramadan ni ye

      Delete
  2. Saya suka panggang ayam dalam air fryer saja. malas dah nak gunakan oven.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu la nampak gayanya kena cari air fryer gamaknya ni

      Delete
  3. Haha.. dua kali tu masak ayam kicap. Sedap tu, sambal burung puyuh. Buat sendiri, puas makan, dapat banyak. 😋

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hendak mendapatkan semangat memasak tuh yang tak sampai-sampai tu Tot😅

      Delete
    2. Eh, okay sangat ni, KSarie. Siap buat serawa, goreng cempedak, dan lauk pauk lain. Saya? Kupas cempedak pun malas. Suruh orang je, tapi suka makan cempedak goreng. Hehe..

      Delete
    3. Cempedak goreng memang 😋 kan

      Delete
  4. KSarie..... Semuanya bikin drooling. Goreng cempedak dan serawa labu sagu tu, sedapnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Heheheheh tapi kita bila masuk blog Mulan sokmo semedang😅

      Delete
  5. Mak aih, mahalnya telur puyuh siap masak tu... Masak sendiri lagi puashati 👍🏻
    Cantik betul tiffin tu ... Ceria je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu yang buat berkenan tu. Tak tau bila la nak gunanya tiffin tu tapi😅

      Delete
  6. Nasi lemak tu nampak menyelerakan :)

    ReplyDelete
  7. kuih raya ni kalau beli awal sangat begitulah, hilang ditelan sebelum raya..

    ReplyDelete
  8. menu yg simple tapi lazat! Selamat menyelesaikan ibadah puasa...

    ReplyDelete
  9. Menu yang menyelerakan sangat tu..

    ReplyDelete
  10. Cantik pulak bekas kuih raya tu....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang comel tapi itu la tak tau bila nak guna tu ye😅

      Delete
  11. Agak nya nak juga buat ayam kecap lah sahur ini 😄. Dah bingung nak masak apa

    ReplyDelete
  12. Mantap sungguh paha ayamnya, Mbak Ksarie. Nampak betul sedap dan rasa macam gurih bila dimakan, hehe.
    Sayangnya, isteri saya dah mula ‘KO’ bila dekat nak raya. Sejak semalam tiap kali sahur saya asyik ke warung makan saja, hiks. Meal prep dia dah tak bersambung lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehehhee untung ada warung makan yang dekat dengan rumah yar. Biasanya memang bila di hujung-hujung Ramadan kita akan rasa extra penat kan?

      Delete