Selamat Hari Raya Aidilfitri 2026

Assalamualaikum.

Apa khabar semua di hari keempat Syawal?

Masih ramai yang cuti raya agaknya ye.

Mungkin masih ramai yang berada di kampung berhari raya.

Semoga semuanya happy berhari raya dengan keluarga, sanak saudara dan sahabat handai.


Den telah mula bekerja hari ini😅.

Bukan pekerja cemerlang cumanya kita bagi ahli pasukan bercuti sakan.

Nanti bila semua orang telah masuk kerja, kita pula bercuti😅.


Macam mana raya kome?

Den dan keluarga kecil den saban tahun sambutannya sederhana.

Periuk Noxxa den yang digunakan setahun sekali untuk rebus ketupat nasi instant berjasa seperti biasa😅.

Setiap tahun pun den akan google 'cara merebus ketupat segera menggunakan periuk Noxxa😅'.

Deme ni kan 11 am baru nak melayan den bergambar. Makanya ketibas la hendak ambil raya sekupang dua ni ha😅
Gambar raya di tiang bendera tertinggi di Malaysia 120 meter semasa panas lit-lit matahari tegak atas kepala. Semua gambar kami di sini tak nampak biji mata😅 

Baju raya adalah baju 2,3 tahun lepas apa yang masih muat.

Warna baju kami adalah tema warna air balang gayanya😅

Dengan apaknya tak jumpa songkok.

Makanya pakai la kopiah yang ala-ala muat tak muat tu😅

Gambar raya asal ado begitulah konsepnya😅.


In sya Allah nanti den blogwalking ye.

Selamat Hari Raya.

Maaf Zahir Batin.










22 comments

  1. Uii, gigih amik gambor 11 pagi. 😁
    Tinggi bebenor tiang bendera tu ya. Selamat kembali bertugas, KSarie.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha tinggi melayut. Sayup mata memandang. Ha keroje la saya itu ye😅

      Delete
  2. Selamat Hari Raya Aidilfitri... Mohon Maaf Zahir Dan Batin.. saya lah antara rakyat Malaysia yang masih bercuti raya.. insyallah nak raya sakan sampai hujung minggu ini..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat enjoy hari raya di perantauan. Have fun and wonderful time in China yar😊

      Delete
  3. Awalnya keje... RIndu opis ke tu.... hahhaa

    Maaf zahir batin ye!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahhahaha lebih kepada terpaksa datang keje ni UG

      Delete
  4. Selamat Hari Raya
    Maaf Zahir Batin KSarie 🫰🏻

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat Hari Raya Hazel sekeluarga. Maaf Zahir Batin

      Delete
  5. warna air balang maksudnya campur2 kaler ke? hahaha samala kitaaa!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha begitulah kombinasi warna biru, hijau segala😅

      Delete
  6. Salam Aidilfitri, Maaf Zahir Batin ya KSarie

    ReplyDelete
  7. selamat hari raya. maaf zahir & batin. raya ke4 masih di kampung. masih buat makan2. sama la kita periuk noxxa berjasa untuk rebus nasi impit. hihhi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tapi Cie rajin memasak. Berbaloi periuk Noxxa di tangan Cie

      Delete
  8. Minal aidin wal faidzin, mohon maaf lahir dan batin.
    Saya pun baru sempat ini blogwalking. Sedari kemarin, bahkan menulis pun tak sempat. Keasyikan di kampung halaman, hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam lebaran. Seronok ye berhari raya di kampung ye. Memang tak akan sempat blogwalking kalau berhari raya kan?

      Delete
  9. Alhamdulillah, sudah kembali bekerja dan kembali seperti hari-hari biasa je, hihihi.
    Minal Aidin Wal Faidzin, Mohon maaf lahir batin ya Mbak Ksarie... Sehat2 selalu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga Fajar sihat selalu dan sambung cerita tentang Yogjakarta😅

      Delete
  10. Selamat hari raya Idul fitri walau agak terlambat ya Mbak Ksarie. Mohon maaf apabila ada kata-kata daku yang mungkin kurang berkenan. Alhamdulillah, senang sekali rasanya kemarin seminggu penuh pulang kampung ke kampung halaman, hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam lebaran Fajar. Terima kasih sudi komen 3 kali di post yang sama. Terharu banget rasanya😍

      Delete