Resensi Buku Tuhan Seindah Apa Di Hujung Sana Oleh Hafizul Faiz

Assalamualaikum.

Apa khabar semua?

Semoga kita sempat membaca Surah Al-Kahfi pada hari ini ye.

Kalau Aidilfitri jatuh 20 Mac (Jumaat), maknanya hari ini adalah hari Jumaat terakhir Ramadan 2026.

Sekejap aje kan masa berlalu.

Bila udah tua ni, syahdu bila Ramadan hampir ke penghujung agak menusuk kalbu ye.

 

In sya Allah den hendak kongsikan sebuah buku yang kecil tetapi buat hati terusik yang den baca semasa bulan Ramadan ni. 

🌸📘29/2026 Tuhan Seindah Apa Di Hujung Sana

📖203 mukasurat

✍️Hafizul Faiz

🏫Perpustakaan Komuniti Petaling Jaya

Kemenangan yang sebenar ialah kita bisa terus tumbuh tanpa diganggu, terus tenang tanpa perlu berperang, terus melebar luas makna dan kebaikan tanpa ada lagi yang cuba menjatuhkan

Kadang-kadang kita terbaca buku yang buat air mata tumpah pada masa yang kurang sesuai.

Macam semasa dalam Bas Smart Selangor dalam perjalanan ke tempat kerja😅.

Kupasan tentang beberapa perkataan dan bahasa serta maksudnya di dalam Al-Quran yang selama ini den tidak pernah tahu.

Perkataan yang terpilih ada redha, salam, ghafara, Rahman, Alhamdulillah, takdir, solat, rukuk, sujud dan sabar.

Setiap satu perkataan mempunyai kepelbagaian makd berdasarkan ejaan dan kedudukan/susunan perkataanya di dalam Al-Quran.

Kupasan setiap satu ayat dan kaitannya dalam menjalani kehidupan dalam mempersiapkan diri ke akhirat mudah difahami.

Diselitkan dengan kupasan beberapa sirah.

Kisah Rasulullah saw, Nabi Musa as, Nabi Yusuf as, dsb.

Setiap sirah yang dipilih dikupas bagi menjelaskan hakikat kita sebagai hamba Allah, pengurusan kehidupan fizikal, emosi dan mental, dsb.

 

Banyak pesanan untuk sentiasa bersabar, bersyukur, solat, kembali ke jalan yang benar di dalam buku yang comel ini.

Masa baca tentang perbualan orang Ansar dan Rasulullah saw selepas Perang Hunain di mana Rasulullah memberikan kambing dan unta pada orang Quraisy, ayaq mata menitik apabila membaca ayat:

​"Tidakkah kamu redha, wahai Ansar, kalau yang lain pulang dengan kambing dan unta, sedangkan kamu pulang dengan Rasulullah".

 

Masalahnya ayaq mata menitik dalam Bas S03 di waktu matahari sudah memunculkan diri.

Walaupun tidak ramai orang dalam bas tetapi tetap ada beberapa orang.

Awaknya segan.

 

Sekali eh baca pasal hikmah Perjanjian Hudaibiyah

Membaca kisah perjuangan Rasulullah saw jarang tidak menumpahkan air mata.

Tetapi membaca tentang perbualan Rasulullah dengan orang Ansar dan Perjanjian Hudaibiyah pada kali ini membuatkan den teringat kepada banyak peluang di dalam hidup den yang den tidak dapat (sambung PhD, kenaikan pangkat, elaun, peluang ke luar negara, dsb sepanjang kerja, dsb).

In sya Allah ada hikmah di setiap apa yang berlaku.

Sebenarnya ada perkara-perkara lain yang lebih baik yang Allah telah beri kepada den yang den tidak nampak dan perasan.

Tetapi itu la ye hendak berdamai dengan takdir ini sokmonya mengundang air mata😅.

 

Bukan tidak pernah baca pasal 2 kisah di atas tetapi tidak tahu kenapa bila dihuraikan oleh buku ini terasa sayu sayat hati.

Mungkin sebab den semakin tua.

Mungkin juga sebab dibaca masa bulan Ramadan.

Bacaan yang molek untuk den yang selalu lagho tidak ketahuan ini.

 

 

 

12 comments

  1. Masya Allah...baca tajuk buku saja sudah rasa merinding...Tuhan Seindah Apa di Hujung Sana.

    ReplyDelete
  2. Percakapan rasul dengan kaum Anshar itu memang terharu sangat. saya baca di buku PESURUH karya Ahadiat Akasha, memang baguuuus dan teratur urutan cerita nabi Muhammad yg beliau tulis. Detiiil sangat. Kaka hrs baca juga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha nanti ada kesempatan KSarie siasat tentang buku Pesuruh. Terima kasih Fanny atas perkongsiannya

      Delete
  3. Thanks for sharing KSarie. Banyak kali lalu buku ni di social media. Perlu dapatkan senaskah ni.

    "Tetapi itu la ye hendak berdamai dengan takdir ini sokmonya mengundang air mata😅" ...... Part ni memang agak sebak. Perjalanan hidup kita, perancangan kita, impian cita-cita sejak di sekolah dll, semuanya ketentuan Allah kan KSarie. Allah is the best planner walau kadang hati jahat ni teringat2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha kan....sokmo kena muhasabah diri walaupun kadang-kadang terpleot benar rasanya

      Delete
  4. Terasa juga dengan apa yang KSarie tulis. Saya nak catat dan cari buku² yang KSarie share. Menarik untuk dibaca. Saya juga pernah menangis di khalayak ramai, tapi di kedai mamak. Lagi ramai orang. Ayor mata tu kalau nak keluor, bukan boleh ditahan-tahan. 😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu la pasalnya kan? Ayaq mata ni kalau dia nak keluar tiada amaran terus je mengalir. Kalau satu masa yang sesuai nanti Tot share kalau sudi kisah menangis di kedai mamak tu ye.

      Delete
  5. Tgok dari rupa cover, ingatkan buku ni cerita pasal motivasi je. Rupanya ada selit banyak sirah dan ayat quran jugak. Menarik pulak lepas baca review ksarie.
    Saya haritu baru khatamkan buku muhammad by martin lings. Ada jugak diceritakan perbualan Rasulullah dgn orang ansar, yg tak berpuas hati tak dapat kambing selepas perang hunain

    ReplyDelete
    Replies
    1. Buku Muhammad by Martin Lings bagi KSarie antara buku terbaik kalau hendak baca tentang sirah Rasulullah. Lengkap dan mudah difahami.

      Delete
  6. Cuya rasa Cuya ada satu buku drpd Tuan Hafizul. Cuya suka jugak tengok tiktok tuan hafizul. Menjentik hati. Kata2 penuh hikmah dan lembut.

    Buat kita berfikir panjang jauh ke depan. Ayat dia memang banyak sedih2 dan menusuk jiwa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada beberapa buku beliau KSarie dah baca. Penyampaian simple, sampai maksud dan menusuk ke hati.

      Delete