Resensi Buku Perjalanan Yang Tidak Direstui oleh Mohd Farid Ariffin

Assalamualaikum,

Apa khabar di hari Ahad ini?

In sya Allah tinggal tak sampai 5 hari kita akan berada di bulan Ramadan.

In sya Allah den hendak kongsikan sebuah buku yang den baca dan tidak sangka best.


🌸📘27/2026 Perjalanan Yang Tidak Direstui

📖 273 mukasurat

✍️ Mohd Farid Ariffin

🏫PPAS Selangor

Buku travelog yang ditulis pada 1979 ini merakam perjalanan penulis bersama isterinya dan 3 orang anaknya Ida, Ina dan Farul balik ke Malaysia dari London sejauh 11 ribu batu dengan menggunakan kereta Volkswagen Bettle melalui jalan darat pada tahun 1977 berpandukan peta lipat dan sumber kewangan yang terhad.

Tidak ramai yang bersetuju dengan cadangan penulis dan keluarga hendak berkelana pulang ke Malaysia naik kereta tetapi mereka teruskan juga hasrat mereka.

Mereka meninggalkan London pada 15 November 1977 dan melalui pelbagai pengalaman yang mereka lalui sepanjang perjalanan daripada dilambung ombak masa naik kapal sampai termuntah semuanya, barang-barang dicuri, kemalangan, hotel-hotel yang indah khabar dari rupa, orang imigresen yang overwork yet underpaid yang merempan, salji tebal, cuaca sejuk ke sumsum tulang, komunikasi terbatas, menginap di Kedutaan Malaysia di beberapa tempat, dsb.

Gaya penulisan buku travelog ini menyebabkan seolah-oleh pembaca ikut sama di dalam perjalanan yang penuh berliku tetapi unik.

London - Perancis (Calais - Dunkirt - Paris) - Belgium (Brussels - Waterloo) - Switzerland (Geneva) - Itali (Turin - Pisa - Rome) - Yugoslavia (Padova - Trieste - Ljubljana - Zagreb - Belgrade) - Greece (Thessaloniki/Salonika) - Turki (Istanbul - Izmit - Erzurum).

Walaupun perjalanan mereka terhenti di Turki kerana kereta terbabas masuk di dalam gaung, setiap detik perjalanan mereka penuh dengan cerita.

Mereka akhirnya berjaya sampai ke Malaysia selepas menaiki bas dari Turki ke Tehran, Iran dan menaiki kapal terbang dari Moscow (Rusia) ke Malaysia.

Suka dengan buku ini bukan sebab storylinenya sahaja tetapi sebab ada peta-peta yang menunjukkan perjalanan dari satu tempat ke satu tempat.

Gambar-gambar yang dikongsikan walaupun ada yang kabur tetapi masih menarik.

Membaca travelog ini memperkenalkan den kepada beberapa bandar/tempat yang tidak pernah diketahui kewujudannya.

Banyak pengajaran juga seperti hubungan keluarga, sahabat yang baik, bertemu dengan orang yang baik, networking, dsb.

 

Penulis merupakan Presiden Majlis Kanser Malaysia (MAKNA) yang baru sahaja meninggal dunia pada 14 Januari 2026 yang lepas pada usia 84 tahun.

Anaknya Farul yang semasa perjalanan dibuat baru berusia 2 tahun telah meninggal dunia pada 2011 pada usia 36 tahun selepas 20 tahun bertarung dengan leukimia.

Beliau juga merupakan asbab penulis menubuhkan MAKNA.

Al-Fatihah untuk keduanya.

 

16 comments

  1. Seronok juga baca travelog ni kekadang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha suka baca travelog sebab kitanya tidak tahu bila hendak berjalan ke tempat yang deme cerita. Jadinya tumpang membaca kisah tempat yang dilawati

      Delete
  2. Masya-Allah, buku based on true story ni memang menarik dan mengusik perasaan juga ya. KSarie beli atau pinjam buku ni? Baru-baru ni saya ada jalan-jalan di Popular, tapi tak ada buku yang menarik minat saya. Ke, macam hijab tidak terbuka untuk melihat buku-buku menarik. Huk huk..

    ReplyDelete
    Replies
    1. KSarie sejak 2,3 tahun kebelakangan ni memang pinjam buku di library. Macam buku ni pinjam di library. Dalam misi hendak mengurangkan pembelian buku sebenarnya. Popular jarang ada buku-buku penulis tempatan yang menarik. Deme fokus pada buku omputih. Iman Publication dan JT Publishing banyak buku-buku penulis tempatan

      Delete
  3. Menarik sangat kisahnya buku ini. Salute dengan mereka yang adventurous, berani, kental untuk drive beribu2 batu keliling dunia apalagi untuk pulang ke Malaysia.

    Innalillahi wa inna ilaihi rooji-un. Moga roh kedua2 nya dicucuri Rahmat dan ditempatkan bersama mereka yang beriman.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mulan sebenarnya boleh menulis travelog juga tuh sebab selalu travel ke tempat-tempat menarik

      Delete
  4. Zaman dulu nak roadtrip naik kereta lagilah mencabar. Dahlah berpandukan peta je. Dahsyatnya sampai kereta masuk gaung tu..

    Penulis ni dan keluarganya memang kental! Al fatihah buat arwah penulis dan anaknya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha roadtrip dulu lagi adventurous. Deme memang lagi banyak gamble kan? Tapi kenangan itu yang paling mahal

      Delete
  5. Oh? Dia kira founder Makna lah?
    Menarik buku tu

    ReplyDelete
  6. Dengan adanya buku ini..segala ingatan kepada mereka yang telah pergi boleh disegarkan...al fatihah untuk keduanya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita pun boleh tumpang berjalan bersama mereka

      Delete
  7. Semoga keduanya ditempatkan dalam golongan orang beriman.

    Salut saya dengan Orang2 yg traveling di zaman dulu. Tak ada gmaps, ini pula jalan darat 😂😂. Saya menyerah rasanya kak 🤣

    ReplyDelete
    Replies
    1. KSarie udah ada google maps dan waze segala pun selalu sesat barat😂

      Delete