Menjelang Hari Raya Aidilfitri 1447 Hijrah

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Apa khabar semua?

In sya Allah malam ini akan tengok anak bulan.

In sya Allah esok atau lusa kita akan sambut Aidilfitri. 

Rasanya ini post terakhir den sebelum Aidilfitri.

 

Di kesempatan ini den memohon maaf zahir dan batin sekiranya sepanjang den mencoret di blog ini ada membuatkan sesiapa yang pernah membacanya terutamanya rakan bloggers ada terasa hati, dsb.

Kadang-kadang dalam keterujaan hendak berkongsi cerita, ada perkataan dan ayat yang terpelot yang den tidak perasan.

Mohon maaf zahir batin ye. 

 

Semoga Aidilfitri 2026 ini membawa seribu keberkatan kepada kita semua.  

Kepada semua yang balik kampung, berhati-hati sokmo di jalan raya.

Semoga selamat dalam perjalanan, selamat pergi dan kembali.

 

Sejak minggu lepas masa den pergi lawatan tapak, sakan team mates pasang lagu raya.

Lagu-lagu raya lama memang klasik dan syahdu kan?

Katanya tahun 2026 ni lagu raya Faizal Tahir dan Senario yang trending tapi den belum dengar lagi.

Semoga segala amal ibadah kita di bulan Ramadan 2026 diterima Allah.

Semoga momentum amalannya di bulan Ramadan dibawa terus ke bulan-bulan mendatang ye. 

 

Semoga dapat bermaafan, bersilaturahim dan makan ketupat rendang segala bersama keluarga dan sanak saudara. 

Adakah ramai yang tema warna baju raya nya adalah matcha strawberry?

Keluarga kecil den memang biasanya tema warna warni Aidilfitri ikut warna baju apa yang masih muat di dalam almari itu😅. 

Kami biasanya recycle pakai baju sedia ada. 

 

7 bekas kuih raya telah selamat dimakan tidak sempat tunggu Syawal menjelma😅.

Kuih samperit, popia simpul, tart, biskut brownies dan chocolate chips semua udah abis. 

Anak-anak den semangat selera makan sejak akhir-akhir ni.

Tetapi rezeki budak-budak gamaknya ye.

Den dapat kuih raya daripada program khatam Quran, kawan-kawan dan rakan sekerja. 

Kalau agak-agak habis kuih raya yang masih berbaki singgah la Econsave beli kuih raya lagi kalau rajin😅.   

 

Cuma raya kali ni den masak rendang setelah berkurun lama tidak masak😅. 

Ini pun sebab jiran den ajak den memasak rendang dengan dia.

Dia la yang masaknya.

Den cuma tukang potong bahan, kisar bahan dan mengacau rendang atas kuali😅. 

Jadinya tahun ini ada rendang campur (daging, limpa, hati dan paru).

Kuah kacang udah dibeli daripada rakan pejabat (saban tahun memang beli daripada dia).

Nanti kalau rajin den beli rendang ayam kalau terasa hendak makan.

 

Raya setiap orang pastinya tidak sama.

Ada yang:

baru kehilangan kaum keluarga.

ditimpa kemalangan dan perlu berhari raya di hospital.

baru mendapat perkhabaran berkaitan kesihatan yang memerlukan rawatan lanjut.

datang daripada broken family dan hari raya merupakan seperti hari yang sama seperti hari lain.

baru dapat kerja makanya tidak akan dapat gaji sebelum lebaran.

saban tahun memendam rasa perlu berhari raya di kampung pasangan.

anxiety sebab terpaksa juga berjumpa dengan keluarga toksid; dan sebagainya.

 

Jadinya seperti kata KA di dalam video masakan 4 bahan di mana bahan keempat tidak akan mampu kita beli walaupun kita ada duit berjuta. 

Kita perlu ada rasa empati dan sentiasa meletakkan diri kita di dalam kasut orang lain.

Be kind to ourselves and others because everybody is fighting a battle no one know

 

Semoga Syawal 2026 adalah Aidilfitri yang membawa kita lebih dekat dan kembali kepadaNya tidak kira apa jua situasi kita.  

Jaga diri semua. 

Selamat Hari Raya.

Maaf Zahir Batin. 

Rezeki dapat beli sampul raya Pos Berhad. Ini stok terakhir di pejabat pos ketika itu

 

 

 

 

 

16 comments

  1. selamat hari raya kak. maaf zahir & batin.

    ReplyDelete
  2. Raya tahun ini saya banyak sedih sebenar nya. Sebab ada beberapa teman dan saudara meninggal dunia. Itulah, terbayang perasaan keluarga inti yg ditinggalkan, pasti tak akan sama raya nya tanpa kehadiran keluarga yg pergi

    Btw, selamat hari raya kak Sarie 🎉🎉🎉. Saya juga minta maaf yaaa, jika ada salah dari komentar2 saya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul itu Fanny. Macam KSarie ibu bapa dan mertua semua telah meninggal dunia. Kawan-kawan juga ramai yang telah pergi. Jadinya semakin lama semakin sederhana rayanya. Selamat Hari Raya ya Fanny

      Delete
  3. Selamat Hari Raya
    Maaf Zahir Batin juga KSarie 🫰🏻

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama kita. Selamat Hari Raya. Maaf Zahir Batin juga

      Delete
  4. Selamat Hari Raya Aidil Fitri. Semoga lebih ceria sambutan thn ni bersama keluarga tersayang...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat Hari Raya Abam Kie. Maaf Zahir Batin.

      Delete
  5. Selamat hari raya ksarie sekeluarga. Semoga selamat sampai destinasi.

    Bagusnya, tak bazir duit beli baju baru setiap tahun!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat Hari Raya. Maaf Zahir Batin. Sejenis perangai asal ada begitulah. Pakai apa yang ado begitu😅

      Delete
  6. Gambar last tu, macam kat Batu Gajah. Selamat buat persiapan nak raya, KSarie. Dasyat, banyak kuih raya sudah habis sebelum raya. Takpelah, beli pun untuk dimakan, ye dak. Selamat hari raya, KSarie. Maaf zahir batin, ya. 🤗

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha betul tuh Tot. Dekat Batu Gajah tu. Selamat Hari Raya. Maaf Zahir Batin

      Delete
  7. Kitorg tahun ini tak ada tema dan baju raya pun tak beli hahahaa.. sebab nak cut cost beraya hahahaa..

    Selamat Hari Raya Aidilfitri..
    Mohon Maaf Zahir Dan Batin kuga ☺️👍🏻

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia takde baju raya tapi raya di China. Marvellous tu😊

      Delete
  8. Betul KSarie suasana raya kita semua lain2 apapun raikan dengan ceria gembira sesama keluarga sanak saudara kan. Baju raya kami recycle yang sebelum covid. 🥰

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tema nya asal elok lagi kita pakai bajunya😊

      Delete