Masjid Raden Saleh, Jakarta

Assalamualaikum dan apa khabar?

Adakah sibuk mula membuat kuih raya?

Den memang pilih kuih tunjuk-tunjuk aje la ye.

Kuih yang sendiri hendak makan aje.

 

Sambung kisah mosque hopping semasa impromptu solo trip ke Jakarta pada 2024.

Masjid Raden Saleh adalah masjid yang den hendak pergi selepas dengan tengok movie Mencuri Raden Saleh.

Sebuah movie Indonesia yang ditayangkan pada 2022 yang mengisahkan sekumpulan anak muda hendak mencuri sebuah lukisan terkenal oleh Raden Saleh iaitu lukisan cat minyak Penangkapan Pangeran Diponegoro (1857).

Asbab tengok cerita ni, den teringin hendak pergi ke Masjid Raden Saleh. 

Kalau ikutkan google, Masjid Raden Saleh yang dibina bangunan asalnya oleh pelukis Raden Saleh dikenali sebagai Masjid Jami' Al-Makmur di Cikini, Jakarta.

Ini Masjid Raden Saleh yang den berhasrat hendak pergi sebenarnya. Sumber gambar google

Nampaknya Masjid Raden Saleh yang den singgah solat ini bukanlah masjid yang den hendak pergi sebenarnya.

Jadinya kena la pergi ke Masjid Raden Saleh yang sebenar satu hari nanti ye😅

Ini Masjid Raden Saleh yang den pergi

Masjid Raden Saleh yang den pergi ni comel aje masjidnya.

Saiznya macam surau.

Tapi tiada ruang untuk letak kereta.

Kalau datang naik sapeda motor senang sikit hendak parking. 

Ni ruang solat cowok
Comel je partition pemisah ruang lelaki dan wanita

Masa den datang tu memang hanya seorang Mas yang sedang menyapu masjid.

Masjidnya bersih dan kemas.

Tempat solat wanita boleh memuatkan dalam lebih kurang 25 orang dalam satu-satu masa.

Lepas solat sunat, den lepak sekupang dua sebelum sambung pergi ke masjid seterusnya. 



 

 



12 comments

  1. Weekend nanti nak buat kuih raya. Cantik masjidnya tu warna hijau luar dalam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wahhhh nanti sharekan hasil baking kuih raya ye

      Delete
  2. Adalah alasan konkrit nak revisit sana ye hikhik
    Kita geng tunjuk² la KSarie :)

    ReplyDelete
  3. Mesjid Raden Saleh ini saya malah baru tahu kak. Tak pernah lihat 😅😅😅. Apalagi lokasi agak hidden yaaa. Tp cantik warna hijaunya 😍😍

    ReplyDelete
  4. Memang cantik juga masjid nie walaupun tak la besar mana.

    ReplyDelete
  5. lorhh masjid nama sama pulak. memang sengaja nak suruh repeat ni
    walaupun kecil, tapi nampak selesa masjidnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saja kan dia nak mengumpan suruh pergi lagi mosque hopping di Jakarta😅

      Delete
  6. Oh, nama masjid sama. Tapi masjid yang lain dari yang nak pergi. Semoga KSarie dapat pergi lagi ke sana. Lawa warna hijau lembut je, masjidnya.
    Saya kuih tunjuk ada, kuih buat sendiri adalah satu jenis. Semalam la, buat. Pastu terus sakit belakang, tertunduk-tunduk mengadap kuih raya. Memang faktor usia macam kita ni, kena kuih tunjuk-tunjuk je kot, KSarie. Huhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha dah tengok biskut famous amos yang Tot buat. Nampak awesome betul. Itulah umur macam KSarie ni elok tunjuk-tunjuk aje la kot + memang agak lemah bab hendak merajinkan diri ni😅

      Delete