Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Tetiba rajin pula update blog hampir setiap hari bulan Ramadan ni ye😅.
Semoga semuanya kekal bersemangat berpuasa.
Saja hendak recaps perkara yang berlaku sepanjang Februari 2026 untuk kenangan sendiri.
✅Dapat 6 orang team members baru. Welcome to the team. Its like walking in the Jurassic Park. Eh😅
✅Banyak la keroje kena multitasking segala macam sesungut sotong dah😅.
✅Tiba-tiba rasa hendak berkongsi cerita tentang masjid yang den pernah solat di Indonesia. Tak tau kenapa. Mungkin sebab bulan Ramadan kot ye.
✅Keputusan UPKK A keluar pada 25 Februari. Ada A dan B. Tak sangka juga sebab dianya demam 3 hari berturut-turut masa exam. Tahniah baby. Dia selalu cakap 'Mama...A bukan baby dah. A kan dah besar'😅.
✅Dapat hadiah antara top commentor daripada blogger Mulan. Terima kasih daun keladi.
✅Sesi makan sekupang dua bersama keluarga kecil den.
✅Bawa kiddos ke Aquaria naik LRT.
✅Kawan-kawan berkongsi rezeki makanan. Kurma, bubur nasi ayam, keropok, kek batik, kuah durian, teh, kek lapis, lasagna, dsb.
✅Jiran bagi rak buku. Nampaknya terpaksa beli buku lagi sebab dah ada ruang kosong😅.
✅Banyak ikan guppy dalam pasu mati tidak pasti kenapa. Adakah kualiti airnya terpleot ke apa tak tau. Sedih😭.
✅Berjimbaan JJCM 4H3M ke Kota Kinabalu - Kota Belud - Ranau - Kundasang, Sabah dengan seorang konco sebelum Ramadan. Tidak tahu la tercerita ke idok nanti ni dalam blog😅. Bucketlist Kota Belud✅
![]() |
| Nampak tak kome Gunung Kinabalu |
![]() |
| Berenyut-renyut ikan kelah. Ikan kelah ni ikan yang sangat sensitif pada perubahan kualiti air dan biasanya dijumpai di sungai yang kelas I (kelas tertinggi dalam Indeks Kualiti Air Malaysia) |
✅Lepak makan dengan seorang cousin dan update kisah kehidupan.
✅Main boardgames Saidina, Shahiba dan catur dengan kiddos.
✅Bacaan Yasin dan potluck sempena menyambut Ramadan bersama team.
✅Berbuka puasa bersama teman sepejabat.
✅Hati berbunga-bunga tengok ice skating Olimpik 2026 terutamanya Alysa Liu dan pasangan Jepun. Walaupun Yuzuru Hanya udah tidak bertanding, den suka je tengok peserta lain. Tetapi Yuzuru memang legendaris.
✅Masih tidak berjaya bersenam. Haish.
✅Rezeki dapat membaca 15 buah buku. Yeay😊
✅Berjaya update resensi semua buku yang dibaca di IG, GoodReads dan Bookmory💪.
✅Terbeli 7 buah buku. Haish. Sokmo ayat terbeli ye😅.
Berangan hendak update blog selalu sebenarnya pada Februari tetapi itu la life got in the way.
Semoga Mac 2026 lebih awesome untuk semua.










Tahniah pada anak KSarie, A, berjaya dalam UPKK. 👏👏 Banyaknya agenda KSarie di bulan Februari. Tapi sempat pergi Sabah. Cantiknya, kat sana. 😍 Ikan kelah tu, dia tak gigit kaki kita ke? Hehe.. besor² pula tu.
ReplyDeleteIkan yang besar-besar betis tuh relax je. Dia langgar-langgar je kaki kita. Ikan-ikan kecil tuh nakal sebab digigitnya kita di kawasan kaki yang sensitif. Sakit macam kena cubit😅
DeleteSeram pulak nak rendam kaki dalam ikan tu. Takut kena gigit. Hahaha.
ReplyDeleteIkan yang kecil-kecil tuh nakal suka gigit kaki kita bahagian yang lembut. Memang jenuh juga la dok adoi sana sini😅
DeleteTahniah..ramai juga yang dapat hadiah dari Mulan.
ReplyDeleteTerima kasih. kSarie tak jumpa ruang untuk tinggalkan ulasan di blog Eyma
DeleteSenarai buku tu agak menggoda ya :)
ReplyDeleteAda yang memang molek teruk. Ada yang so so juga untuk KSarie
DeleteAlhamdulillah, turut gembira membaca semua perkembangan dan pencapaian sepanjang bulan Februari ya kak. Lagi pula dapat hadiah daripada sesama blogger, memang mantap sekali.
ReplyDeleteSaya pun sudah mula menulis tentang Istiqlal. Gara-gara baca tulisan kak Ksarie waktu itu, akhirnya betul-betul berangkat nostalgia ke Istiqlal lah kita.
Penulisan Fajar tentang Masjid Istiqlal seru banget. Buat hati rindu hendak kembali ke sana
DeleteWoww…Tahniah atas kejayaan anakanda dan kejayaan baca buku banyak gitu. Saya kan, sangkut kat satu buku tak habis-habis sampai masuk bulan Mac 🤭. Travelog Bhutan saya dah baca, buku Faisal Tehrani tu pun saya baru je beli. Entah-entah tahun depan baru baca 😅
ReplyDeleteHehehe takpe. Yang penting semangat terus membaca ye💪
DeletePenerima hadiah jugak? Kita geng!
ReplyDeleteYeay...UG dah tak merajuk kan😅
DeleteTahniah utk Baby :D
ReplyDeleteDan omaknya juga banyak pencapaian sepanjang Feb. Ksarie spare time la buat entry pasal trip Sabah tu 🤗
Hehehe....in sya Allah kalau ada kesempatannya ye😅
DeleteByk progress.. dr famili, karier, holiday, hobi, lengkap semua sekali... semoga yg baik² saja utk bulan mac ni ya.. seronok baca byk benda positif mcm ni
ReplyDeleteAlhamdulillah terima kasih. Kita kongsikan benda yang molek-molek. Benda yang terpleot kita simpan untuk pedoman hidup begitu ye😅
DeleteTahniah baby A. Moga berjaya dunia akhirat.
ReplyDeleteBestnya ke Kota Belud, Subhanallah cantiknya view.
Alaa ikan dalam sungai tu, geli sangat kalau kena kaki. Apalagi digigit manja.😆
Aquaria memang best kan. Healing sangat tengok ikan persis dalam laut kita nya.
Ha Aquaria molek walaupun harga tiketnya agak keras😅Tapi memang nyaman je rasa tengok ikan dok berenang
DeleteTahniah pada anak ksarie! Bestnya aquaria. Tpi tiket sekarang dah mahall huhu.
ReplyDeleteCerita sabah tu nanti masuklah blog! Mesti banyak benda nk diceritakan tu 🤭
Ha...tiketnya agak keras harganya😅Nanti kalau kerajinan KSarie cuba cerita pasal trip Sabah tuh ye😅
DeleteBulan paling pendek, tapi rasa macam padat dengan moment yang buat hati senyum sendiri.
ReplyDeleteSetiap hari sebenarnya ada je cerita kan dalam life ni😊
DeleteAquaria ini saya blm DTG lagi. Nantilah nak ajak anak2 kesana.
ReplyDeleteBaiknya Jiran bagi rak buku 😍😍😍. Saya tengah menabung nak buat rak baru utk buku2 saya.
Baru tahu ttg ikan kelah ini kak. JD kalau air tak bagus, dia akan mati ya?
Serius saya lgs tertarik baca buku tere liye yg Kaka beli. Saya blm punya yg itu . bagus tak? Sad ending atau happy?
Kalau kualiti air tidak bagus akan mati semua ikan kelahnya. Buku Tere Liye itu masih belum baca. Tapi kawan-kawan yang telah baca bagitau ianya happy ending. Aquaria memang seumpama syurga untuk anak-anak
ReplyDelete