Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Apa khabar di hari Ahad yang berbahagia sebab kita boleh bermalas-malasan di rumah.
Perkongsian tentang masjid terakhir yang sempat den singgah semasa mosque hopping di Jakarta pada Ramadan 2024.
Masa den sampai di masjid ni, ada seorang Mas sedang bersihkan masjid.
Ini masjid yang den duduk agak lama sebab suka binaannya yang sangat old school.
Vibes antik tetapi tidak spooky begitu.
Cantik, berseni dan unik begitu.
Lepas solat sunat, den pusing sekupang dua dalam masjid.
Sayang pula den tidak tergerak hati hendak naik ke tingkat atas.
Nampaknya kena kembali solat di sini satu hari nanti ye😅.
Masjid Cut Meutia ini panjang sejarah penggunaannya kerana ia merupakan bangunan bersejarah peninggalan Belanda.
Boleh baca maklumat sejarah dan pelbagai program dan maklumat tentang masjid ini di SINI
Amtara website masjid menarik yang den pernah layari.
Berdasarkan maklumat di dalam website ini, bangunan ini selesai dibina pada 1912.
Bermula sebagai pejabat arkitek sebelum bertukar kepada pejabat pos dan keretapi Belanda.
Semasa pendudukan Jepun pada tahun 1942, bangunan ini dijadikan Markas Tentera Laut Jepun.
Selepas Indonesia merdeka pada 1945, bangunan ini digunakan sebagai kantor Wali Kota Jakarta Pusat dan sebagainya.
Mulai Ogos 1987, bangunan ini rasmi dijadikan Masjid Cut Meutia.
In sya Allah kita usahakan datang lagi solat di sini apabila datang ke Jakarta satu hari nanti agar kita bisa naik di lantai dua pula😅.












Unik sejarah masjid ni, bertukar-tukar peranannya. Ni bukan setakat ziarah masjid, tapi lawatan sejarah jugak.
ReplyDeleteHa itu la...masjid bersejarah begitu ye
DeleteCantik binaannya tu.
ReplyDeleteMolek sungguh...klasik
DeletePernah saya baca Indonesia adalah serambi Mekah..patutlah banyak masjid sana sangat sangat cantik..teringin nak ke Indonesia..
ReplyDeleteIn sya Allah saya doakan cikgu sampai ke pelbagai masjid di Jakarta satu hari nanti
DeleteMasyarakat Indonesia ..ok ke dengan pelancong2 sana..aman damai juga ke ke sana..heheh bertanya dah Etuza..
ReplyDeleteOrang Indonesia yang saya jumpa semuanya baik-baik, helpful dan welcoming. Layanan lemah lembut sangat. Suka saya ke Indonesia
Deletesiap tahun 1912, tahun titanic karam.
ReplyDeletepatutla masjid ni nmpk unik sikit, tinggalan belanda rupanya
Baru perasan pasal tahun 1912 titanic karam tu. Ha bangunan tinggalan kolonial ni biasanya unik-unik binaannya kan
DeleteIni juga menjadi salah satu masjid yang paling mudah dikunjungi kalau berada di Jakarta, mbak. Aksesnya mudah, hanya perlu naik Kereta Commuter Line lalu turun di stesen Gondangdia. Dari situ, teruskan berjalan kaki saja.
ReplyDeleteSenibina bangunannya memang unik sekali. Nuansa Belanda sangat terasa. Tetapi itulah juga yang membuat bahagian dalamnya terasa agak janggal, sebab peruntukan asalnya memang bukan untuk masjid.
Nanti kena belajar dengan Fajar macam mana hendak naik train dan bas di Jakarta ni sebab macam blur KSarie tuh bila tengok map nya
DeleteMasjid pun ada website. Masjid lama ni, punya sejarah tersendiri ya, KSarie. Macam bangunan pejabat lama, tengok dari depan (gambar dua akhir).
ReplyDeleteHaah tahun 1912 bangunannya ni
DeleteKalah naik train, bus, memang tanya fajar saja. Sebab saya tak pernah naik public transport itu 🤣🤣🤣. Kalau dengan saya pergi, dah paling betul by taxi atau mobil saya kak 😄😄.
ReplyDeleteNama Cut Mutia ini diambil dari nama pahlawan dari Aceh.
Dan dekat mesjid Cut Mutia, ada oxtail soup yg sedaaap, dan legend 😄
Terima kasih maklumatnya Fanny. Kena singgah lagi ke sini nampaknya untuk makan sup ekor
ReplyDelete