Masjid Agung Sunda Kelapa, Jakarta

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Harapnya semua ceria di hari Jumaat sebab esok kan udah weekend. 

Walaupun ada rasa hendak terkatok orang sebab perangai yang kuban-kuban, kita alihkan rasa itu kepada benda lain yang lebih molek macam resepi masakan KA yang mana yang telah berjaya dibuat.

Ini untuk orang yang rajin memasak la.

Untuk den kalau den memasak kira udah mujur benar la tu😅. 

In sya Allah kita usahakan membaca Surah Al-Kahfi ye. 

 

Sambung cerita mosque hopping di Jakarta pada Ramadan 2024 yang lepas.

Selepas solat di Masjid Raden Saleh, den terus aje naik GrabRide ke Masjid Agung Sunda Kelapa.

Dekat luar masjid ada banyak gerai jualan tetapi sebab Ramadan semuanya masih tidak beroperasi.

Mungkin petang la kot ye deme buka kedai.

 

Pintu gerbang Masjid Agung Sunda Kelapa ni cantik sungguh.

Sempat la den ambil gambar sekupang di sini.

Dah balik hotel baru perasan tudungnya tersingkap masa ambil gambarnya

Sedikit maklumat tentang Masjid Agung Sunda Kelapa daripada Wikipedia.

Masjid Agung Sunda Kelapa tidak memiliki kubah, bedug, bintang-bulan, dan sederet simbol yang biasa terdapat dalam sebuah masjid. Menara yang ada juga sangat unik. Bentuk bangunannya mirip perahu, sebagai simbol pelabuhan Sunda Kelapa tempat saudagar muslim berdagang dan menyebarkan syariat Islam pada masa lalu. 

Di perkarangan masjid ni  ada jualan kuih raya, baju dan tudung raya, telekung, dsb.

Den memang tengok sepintas lalu aje sebab takut terpesona😅.

Baju yang ada dalam almari pun banyak lagi yang tidak terpakai masalahnya.

 

Masjid Agung Sunda Kelapa besar, bersih dan berkilat-kilat lantainya.

Masa dok tercangak-cangak mencari tempat wuduk wanita, ada seorang makcik dalam 60an tegur den.

Kami pergi mengambil wuduk sama-sama.

Musykil dia kenapa den berjalan seorang diri di bulan Ramadan meninggalkan keluarga datang ke Jakarta😅. 

Ruang solat wanita besar, selesa, kemas dan molek sungguh.

Ini kalau den letak kepala mau lena sampai azan Zuhur agak sebab nyaman betul suasananya😅.

Lepas solat sunat, den terpaksarela dengar ceramah Ramadan tajuk Kepentingan Bulan Ramadan kepada umat Islam macam tuh la lebih kurangnya.

Sebab macam segan pula tiba-tiba hendak keluar macam tuh aje.

Den dengar dalam 10 - 15 minit aje ceramahnya sebab hendak pergi ke dua masjid lagi.

In sya Allah kalau ada rezeki ke Jakarta pada bulan Ramadan lagi satu hari nanti, mungkin boleh solat Terawih di sini kot ye.

14 comments

  1. Masjid Agung Sunda Kelapa ini memang antara masjid kegemaran saya juga. Bukan semata-mata kerana mencari juadah berbuka ya… hahaha.

    Sebabnya, masjid ini salah satu pelopor masjid moden di Jakarta. Selepas solat, doa-doanya turut dipaparkan di projektor. Kajian-kajiannya pula sering menjemput profesor dan tokoh-tokoh besar. Itulah sebab dulu saya pernah ikut acara outing bersama remaja masjid di sini. Memang seronok betul.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Membaca ulasan Fajar ini buat KSarie rasa harus kembali ke sini satu hari nanti

      Delete
  2. Dapat merasai nikmat solat di negara orang. Selesa dan luas masjidnya tu.

    ReplyDelete
  3. Mesjid ini selalu ramaaaai, even kalau bukan ramadhan. Krn banyak mengadakan pengajian dan kelas Agama Islam. Sekitaran parkir memang penuh selalu dengan mobil. Apalagi di samping mesjid ini ada kafe kopi yg sedaaap 😅😅.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nampaknya kena datang semula untuk rasa kopi di cafe sebelah masjid ini

      Delete
  4. Cantik-cantik masjid di Jakarta...ada kesempatan memang mahu juga ke sana..

    ReplyDelete
    Replies
    1. In sya Allah ada rezekinya nanti tuan untuk mosque hopping di Jakarta

      Delete
  5. Oh takde kubah ye masjid ni... Tapi best la nampak selesa ruang wanita tu, macam dekat tempat kita juga

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha selesa kemas bersih...memang nyaman je

      Delete
  6. haah la tengok lantai dia berkilat sungguh. boleh jadi cermin!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha itu la pakai tudung pun boleh pandang lantai je😊

      Delete
  7. Seronok kalau ruang solat wanita besar, udara nyaman, selesa nak solat. Hehe.. makcik tu pun musykil ya, KSarie datang ke negara orang di bulan ramadan. Banyak juga masjid yang KSarie dapat pergi. Saya kalau ada jual-jual tudung ke, telekung, haruslah tengok juga, sebab bukan selalu dapat pergi tu. Hehe.. (dasar tak sedar diri kan, telekung di rumah pun banyak)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin sebab jalan sorang-sorang itu yang tidak terasa hendak tengok telekung, etc. Kalau berjalan dengan kawan-kawan harus terjebak juga sehelai dua hasil hasutan rakan sebaya dan tidak sebaya😅

      Delete