Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Den adalah sejenis homo sapiens yang tidak suka pakai make up sebab rasa tidak best kalau ada benda melekit-lekit dan rasa ada lapisan di muka.

Tapi disebabkan den kadang-kadang perlu ke lawatan tapak yang kebiasaanya di bawah terik mentari, selalu terlupa nak bawa topi apabila pergi site visit dan umur telah mencecah 40an ni, hendak tak hendak perlu juga pakai sunblock.

Jadinya bila Hansaegee Nature memperkenalkan CC Cream, den jadi teruja sebab krim mukanya tidak melekit, tidak berminyak dan terasa ringan pada muka tetapi ada ada fungsi SPF50 PA+++ dan sesuai untuk orang yang tidak suka make up. You have me at suitable for people who doesn’t like make up’.

Yang paling best bila den bermandi peluh dan kulit berminyak bila tengahari semasa site visit kulit muka masih nampak okay.

Kelebihan Gold Nano CC Cream

1. "Gold Nano CC Cream" merupakan all in one day cream yang seimbangkan dan memperbaiki tona kulit secara semulajadi.

2. Color Control + Brightening. Walaupun krim ini bewarna putih, selepas kita sapu rata pada kulit kita, ianya akan bertukar warna sesuai dengan tona warna kulit kita membuatkan kulit muka kita kekal pada warna semulajadi tetapi lebih berseri serta glowing naturally

3. Sun protection function SPF50 PA+++. Faktor penting untuk den yang bekerja di bawah terik sinar mentari.

4. Mengekalkan kelembapan kulit muka, tidak berminyak, tidak melekit dan tekstur krim ringan (tidak terasa berat pada kulit muka). 

5. Ianya juga Anti-Wrinkle. Membantu mengekalkan keanjalan kulit dan mengurangkan kedutan.

Kandungan Gold Nano CC Cream

Tiga (3) bahan utama di dalam krim ini adalah:

1. Mineral Water - mengekalkan keseimbangan pH kulit muka, membantu peresapan ke dalam kulit dan meningkatkan keanjalan kulit muka.

2. Ipomoea Hederacea Callus Culture Extract - mengurangkan iritasi kulit dan permasalahan kulit serta mempunyai kesan anti-bakteria.

3. Nano Gold - membantu mengurangkan penuaan kulit, melindungi daripada radiasi infra-red, mempunyai antimicrobial dan antioxidative. And you can click to visit this product more detail

Cara Penggunaan Gold Nano CC Cream

Senang je nak guna Gold Nano CC Cream ni. Tidak ambil banyak masa pun untuk dipakai. Sangat mudah nak pakai dan tidak terasa pada kulit muka.

1. Calit krim ke muka.

2. Sapu rata dan urut krim ke seluruh muka.

3. Kita akan nampak krim akan blend dengan warna kulit muka. Tak sampai 30 saat pun. Krim akan blend ikut warna kulit dan buat kulit muka kekal natural tapi lebih berseri, lembap di samping mengecilkan liang pori.

Den tunjuk contoh den pakai krim di sebelah muka dulu ye.

Ini pula den pakai krim untuk seluruh muka.

4. Kalau orang tidak suka make up macam den nih ha, tadaaaa dah siap untuk keluar rumah.

5. Bagi sesiapa yang make up, boleh gunakan Gold Nano CC Cream ini sebagai asas make up korang. Boleh teruskan dengan foundation dan seterusnya ye.

Antara nature kerja den adalah pergi ke site visit, jadinya memang biasa sangat berpeluh-peluh di bawah sinar mentari. Bila den pakai Gold Nano CC Cream ni, den hanya sapu peluh dengan tisu atau kain bersih dan tadaaa kulit den masih kekal segar dan tidak bercapuk.

Bila tengahari pula, kulit memang biasanya akan berminyak sebab berlama-lamaan di tapak tetapi tetap juga kulit den kekal tidak bercapuk lepas den dilap semua minyak. Gold Nano CC Cream ni memang praktikal sangat untuk orang bekerja di lapangan ni.

Untuk orang yang ada macam-macam kerja yang perlu dimultitasking dan tidak suka pakai make up tapi masih mengharapkan kulit kekal sihat, Gold Nano CC Cream adalah krim yang memang sesuai untuk den sebab bukan sahaja ianya mengambil masa yang sangat cepat untuk dipakai di mana sekejap sahaja krim akan blend dengan warna kulit den selepas wajah disapu dan diurut, krim ini juga tidak melekit dan terasa macam tidak pakai krim sebab teksturnya yang ringan. Faktor ni paling penting sebab den memang tidak suka muka terasa macam pakai krim gitu.

Senang kan nak dapatkan kulit muka yang sihat, lembap dan berseri dengan Gold Nano CC Cream ni.

Jom kita cuba guna Gold Nano CC Cream ni ye.

Untuk maklumat lanjut tentang Gold Nano CC Cream, boleh layari:

https://hansaegee.com/shop/s-recover-cc-cream.html

Brand: Hansaegee Nature

Website: www.hansaegee.com/shop

IG page: https://www.instagram.com/hansaegeenature/

FB page: https://www.facebook.com/HansaegeeNature 

Youtube page: 

https://www.youtube.com/c/HansaegeeNatureMalaysia

Selamat mencuba Hansaegee Gold Nano CC Cream bagi mendapatkan kulit yang sihat, lembap, berseri dan mengecilkan liang pori.


 




2 Comments

  1. Memang best guna produk hansaegee ni. Keluar rumah pakai cc cream dh settle

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn....ksarie suka sebab krimnya tak melekit kat muka.

      Delete