Siapakah Yang Memandu Pulang Nissan X-Trail 2.5L Sempena Peraduan Osim Sayangi Ibu Bapa Pada 7 Ogos 2018?
Pada 7 Ogos 2018 bertempat di Concourse Suria KLCC, OSIM telah menganjurkan
pertandingan bagi beberapa peserta yang telah disenaraipendek bagi memenangi pelbagai
hadiah bernilai RM250,000.
![]() |
Produk-produk OSIM yang terdapat di tempat pertandingan |
Sebanyak RM250,000 nilai
produk yang dimenangi pada 7 Ogos 2018 di ‘Peraduan Osim Sayangi Ibu Bapa
Anda’, dan pemenang Hadiah Utama memandu pulang Nissan X-Trail 2.5L bernilai RM
170,362!
Terdapat dua kategori
peraduan, di mana ia berlangsung bermula 18 April sehingga 1 Julai tahun ini,
dianjurkan oleh OSIM Malaysia sebagai tanda penghargaan untuk pelanggan yang
berbelanja di OSIM sempena hari ibu bapa.
Peraduan ini dianjurkan
untuk menggalakkan pelanggan bagi meraikan hari ibu bapa (Hari Ibu pada bulan
Mei dan Hari Bapa pada bulan Jun) dengan produk OSIM, memandangkan OSIM percaya
bahawa produknya memberi manfaat kepada kesihatan semua orang, serta menjadi
hadiah terbaik buat ibu bapa.
“Objektif kami adalah
untuk meraikan rasa cinta dan sayang kepada ibu bapa, serta menunjukkan
penghargaan kepada para pelanggan kami dan memberi ganjaran terhadap mereka di
atas sokongan berterusan mereka selama ini.
"Peraduan ini telah
mendapat sambutan hebat daripada para pelanggan kami. Pada saya, salah satu
acara utama yang ditampilkan daripada peraduan ini, adalah mengenai kisah yang
menyentuh perasaan daripada peserta peraduan yang memberitahu kami mengapa ibu
bapa mereka layak mendapat kerusi urut OSIM. Terima kasih kerana berkongsi
dengan kami kisah dan buah fikiran anda serta menyertai peraduan ini. Terima
kasih sekali lagi untuk penyertaan anda semua. Kami akan mengetahui dengan
segera siapa yang akan membawa pulang hadiah yang akan disampaikan hari ini di KLCC, " kata
Pengurus Besar OSIM, Chia Sook Fun.
![]() |
Pengurus besar OSIM, Ms Chia Sook Fun memberikan kata-kata aluan |
Para pemenang telah
dipilih pada hari tersebut melalui beberapa pertandingan mudah di antara
peserta yang disenarai pendek.
Terdapat dua kategori
dalam peraduan ini.
Di bawah Kategori 1 (Kat
1), mana-mana pelanggan yang membeli kerusi urut OSIM berpeluang membawa pulang
Hadiah Utama Nissan X-Trail 2.5L CVT Aero Edition bernilai RM 170,362.
![]() |
5 orang finalis yang berentap di dalam pertandingan memasang puzzle logo OSIM |
![]() |
2 orang finalis terakhir iaitu Mr Tan Eng Yong dan Mr Lau Li Kung yang berentap pada pertandingan terakhir bagi memenangi hadiah utama iaitu Nissan X-Trail 2.5L |
Selain Hadiah Utama, para
peserta di bawah Kat 1 telah bersaing untuk empat jenis hadiah lain:
Hadiah Pertama: Kerusi
Urut uNano OSIM x 1 unit
Hadiah Kedua: Pengurut
Kaki uStiletto OSIM x 3 unit
Hadiah Ketiga: Pengurut
Kepala uCrown 3 OSIM x 5 unit
Hadiah Saguhati: Pengurut
belakang uHip OSIM x 10 unit
Manakala bagi Kategori 2
(Kat 2), Hadiah Utama sebuah kerusi urut uDivine Mini OSIM bersedia untuk
dimenangi oleh sesiapa sahaja yang berbelanja minimum RM250 dalam satu resit.
Di samping itu, peserta
di bawah Kat 2 akan memenangi:
Hadiah Pertama: Pengurut
belakang uJolly OSIM x 3 unit
Hadiah ke-2: Pengurut
Mata uGalaxy OSIM x 5 units
Hadiah ke-3: Pengurut
Kepala uScalp OSIM x 10 unit
Antara
pemenang bagi semua hadiah yang ditawarkan adalah Belle Lim Pin Kit, Mohd Hanif Bin
Mohr, Ong Ai Leng representative, Tan Eng Yong, Yee Tuck Seang, Lau Li Kung, Lee
Ban Fatt, Zatul Nadiah, dan Lai Say Chin.
Pengurus Besar OSIM, Ms Chia Sook Fun bersama sebahagian pemenang. Dari kiri Belle Lim Pin Kit, Mohd Hanif Bin Mohr, Ong Ai Leng representative, Ms. Chia Sook Fun, Lai Say Chin dan keluarga |
Pemenang
Hadiah Utama yang memandu pulang Nissan X-Trail 2.5L bernilai RM 170,362 adalah
Encik Tan Eng Yong.
Pemenang hadiah utama iaitu En Tan Eng Yong |
Pengurus Besar OSIM, Ms Chia Sook Fun bersama Pemenang Hadiah Utama, Encik Tan Eng Yong |
Tahniah kepada semua pemenang.
Mengenai OSIM (Malaysia) Sdn Bhd
OSIM (Malaysia) Sdn Bhd ditubuhkan pada tahun 1992. OSIM Malaysia
merupakan sebuah syarikat produk gaya hidup sihat terkemuka yang memperolehi
peningkatan bahagian pasaran dan pengukuhan status kepimpinan yang berterusan.
Dengan lebih daripada 47 cawangan di seluruh negara dan masih
berkembang lagi, OSIM Malaysia memberikan keutamaan kepada inspirasi individu
bagi mengawal kesejahteraan mereka dan berusaha ke arah kesihatan and kehidupan
yang sempurna. Perniagaan holistik OSIM pada masa ini memberi penekanan kepada
empat fokus pelengkap – Relax and Relieve (melegakan badan dan urut); Tone and
Shape (toning and membentuk badan serta mengurangkan kalori); Check and Measure
(pemantauan kesihatan); serta Clean and Purify (penulenan udara, memerangi
kekotoran, alergen dan bakteria).
Selama ini, OSIM Malaysia telah menerima senarai
anugerah dan penghargaan atas pencapaian cemerlang mereka dan ini termasuk
diiktiraf sebagai “Rantaian Runcit Peralatan Kesihatan dan Penjagaan Terbesar
di Malaysia” oleh Malaysia Book of Records pada tahun 2001; selama tiga tahun
berturut-turut 2002-2004 OSIM Malaysia dipilih sebagai Superbrand Malaysia;
serta dianugerahkan sebagai 2006, 2007 dan 2008 Jenama Terbaik dalam penjagaan
kesihatan dan gaya hidup kategori untuk Kerusi Urut oleh Organisasi The Brand
Laureate. Baru-baru ini, OSIM juga telah memenangi kedudukan perak dalam
Kategori Kesihatan PUTRA Brand Awards pada tahun 2010 dan 2011.
0 Comments