Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Baru-baru ini den berkesempatan mengikuti kelas Bungee Workout di VIVA Vertical, Petaling Jaya Midtown selama satu (1) jam.

Memang berdebar daripada mula-mula sampai sampai la kelas berlangsung sebab BMI den udah la di paras yang agak mengerikan. Risau juga kalau harnest yang digunakan itu tidak mampu menampung berat badan den yang boleh tahan meriah itu.

Sedikit Tentang Bungee Workout

Bungee Workout asalnya dilancarkan pada Mac 2016 di Bangkok, Thailand. Ianya telah menjadi salah satu senaman yang hipster dan trendy dan telah berkembang ke 18 buah negara.

Bungee Workout adalah senaman yang high-cardio, core-strengthening dan mempunyai impak rendah (low-impact) yang sesuai untuk dipertimbangkan untuk mereka yang macam den yang mempunyai masalah isu lutut terpleot begitu.

Tiga (3) Peringkat Bungee Workout

Ada tiga (3) peringkat Bungee Workout yang boleh kita sertai:

1. BungeeINTRO sesuai untuk mereka yang baru bermula, plus size dan mereka yang baru sembuh daripada kecederaan tetapi masih berhasrat untuk bersenam dengan aktiviti yang mempunyai impak rendah.

2. Bungee Basic dan Bungee Intermediate adalah untuk mereka yang berhasrat untuk aktiviti yang mempunyai higher intensity di mana peserta akan belajar lebih banyak pergerakan dan skills.

Pengalaman Den

Walaupun terpleot di sana sini dan instructor asyik kena betulkan pergerakan den, den tetap la berpuas hati dan gembira dapat buat Bungee Workout ni. 

Kuat ye harnest ni. Jangan risau ye.
Cikgu ajar pakai harnest dengan kemas

Bungee Workout ni kata cikgu adalah senaman seluruh badan yang boleh membantu menambahbaik  core-strength, mobility, balance, stability and toning muscles.

Den rasa Bungee Workout ni okay untuk den yang memang ada masalah lutut terpleot ni sebab ada harnest yang akan sokong semua pergerakan.

Den langsung ye perasan seperti JLo dalam movie Hustlers begitu walaupun baru sertai kelas ni 1 jam. Memang berdebar tetapi den boleh 'terbang' dan 'berpusing' (fly and spin) dengan bimbingan instructor walaupun terpleot di sana sini

Terasa seperti Spiderman pun iya juga sebab tergantung-gantung dengan harnest tuh.

Rasa macam Spiderman

Mengada kan….pergerakan pun terkantoi di sana sini lagi berangan macam JLo begitu tapi katanya berangan itu percuma kan hehehehehehe.

Sebenarnya berenyut-renyut je video den masa buat Bungee Workout ini tapi segan la nak kongsikan sebab terpleot sungguh pergerakannya. Jadinya den kongsikan video 1 minit nih je la ye hehehehhehe.

Sorang peserta tuh bekas penari balet. Cantik betul pergerakan dia.

Den adalah peserta veteran ye masa sesi tuh huhuhuhuhu.

Tiga (3) Kelas Bungee Workout

Kalau korang nak cuba Bungee Workout ni, korang boleh pilih antara 3 pilihan berikut ye:

1. 1 kelas percubaan RM 70

2. 4 kelas/bulan RM 200 (tiada refund kalau tidak hadir kelas)

3. 4 kelas/bulan RM 240 (ada kelas ganti sekiranya dimaklumkan ketidakhadiran 24 jam lebih awal).

Sebenarnya VIVA Vertical ni ada anjurkan senaman lain tau.

Untuk maklumat lanjut tentang kelas-kelas Bungee Workout ini, boleh layari laman sosial berikut ye:

Website: https://www.vivavertical.com/

Facebook: https://www.facebook.com/bungeeworkoutmalaysia/

Instagram: https://www.instagram.com/my_bungeeworkout

Whatsapp: 016-2096997

Email: vivaassistant@gmail.com

Moh la kita Bungee Workout agar kita bisa fefeling seperti JLo begitu.

Udah kenapa dah macam gaya Ultraman den tuh ha. Tak berseni sungguh

4 Comments

  1. Replies
    1. Ha memang seronok. Boleh cuba kalau berkesempatan ye

      Delete
  2. Perghhh menarik hehehhe.. boleh lentikkan bdn

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tiba-tiba terasa seperti Spiderman begitu hehehehhehehe

      Delete