Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Jenuh juga mencari aktiviti untuk kurangkan masa anak-anak bersama gadjets.

Jadinya bila Carrie Junior memberikan peluang untuk membuat slime bersama anak-anak, jadinya budak-budak ni gembira sebab dah lama sangat tidak keluar rumah langsung.

Jom kita layan budak-budak ni buat slime Carrie Junior.

Slime DIY Kit

Jadinya apa yang ada dalam kit ini:

1. PVA Glue

2. Campuran air dan borax

Bahan-bahan lain kita sediakan sendiri ye.

Bahan-bahan Untuk Membuat Slime Carrie Junior

1. Slime DIY Kit

2. Carrie Junior Hair & Body Wash

3. Bekas

4. Sudu

Tidak banyak pun barang yang diperlukan untuk buat anak-anak gembira.

Cara Membuat Slime Carrie Junior

Hanya perlukan empat (4) langkah mudah untuk membuat slime Carrie Junior ni.

1. Masukkan PVA Glue ke dalam bekas.

2. Masukkan Borax sedikit demi sedikit sehingga tekstur slime sekata dan sebati.

3. Masukkan Carrie Junior Hair & Body dalam jumlah yang sesuai untuk mendapatkan slime yang wangi.

4. Kacau sehingga campurannya sebati.

Boleh simpan slime selama 30 minit di dalam peti sejuk untuk dapatkan tekstur yang lebih cantik.

Simpan slime di dalam bekas kedap udara bila tidak digunakan.

Senang je kan.


 

2 Comments

  1. Seronok anak2 bila ada aktiviti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah takde la depa mengadap gadjet je kerojenye hehehehe

      Delete