Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Den ni sebenarnya teringin nak sertai giveaway rakan-rakan bloggers tetapi disebabkan den ini jatuh dalam kategori ala-ala blur bab teknologi makanya selalunya macam tergendala la hasrat itu kalau syaratnya agak-agak kronik begitu.

In sya Allah kali ini den cuba sertai giveaway oleh travel blogger yang terkenal dengan perincian maklumat tentang sesuatu tempat yang dilawati iaitu SitiYangMenaip. Dah lama den dok ikut blog beliau sebab suka sangat baca cerita jalan-jalan cari makan dia.

New Zealand sebenarnya salah satu tempat yang den teringin sangat nak pergi. Satu ketika dulu siap dah ada itinerary dan anggaran bajet bagai hendak ke sini pada awal tahun 2016 tetapi disebabkan kawan den accident makanya rancangan hendak berjimba ke New Zealand sehingga kini tidak terlaksana. Tambahan pula Covid19 sekarang ni, jangankan New Zealand, nak pergi kerja pun tergendala begitu.

Jom ramai-ramai kita meriahkan acara menyertai NZ Giveaway oleh SitiYangMenaip ni.

Korang boleh click pada banner di atas untuk tengok macam mana nak sertai giveaway ini ye.

Tempoh Giveaway: 16 MAY 2021 - 31 MAY 2021

Pilih SATU kategori sahaja tau samada

Category Satu | NZ Fridge Magnet x 5 (5 Pemenang)

atau

Category Dua | NZ Tote Bag & Fridge Magnet x 1 (1 Pemenang) atau NZ Tshirt Size L & Fridge Magnet x 1 (1 Pemenang)

Den pilih kategori SATU.

Korang doakan den berjaya menang k. Tak dapat pergi New Zealand dapat souvenir New Zealand pun jadi la begitu.

4 Comments

  1. terima kasih kak sudi join GA saya.. insyallah bila dunia kembali reda kita boleh jalan2 semula boleh akak kesana pula =)

    ReplyDelete
  2. Singgah sini. Semoga berjaya

    ReplyDelete