Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Masih ada ke yang rajin hendak buat biskut raya sendiri termasuklah Biskut Florentine? Kalau masih ada yang tercari-cari resepi Biskut Florentine yang terpaling mudah hendak pengsan, sudi-sudikanlah menjenguk resepi biskut tersebut yang ada di dalam blog den.

In sya Allah memang resepi yang paling sempoi kerana kalau ditengokkan blog den nih ha, jarang sekali den kongsikan cerita tentang resepi sebab den memang tidak masak sangat walaupun masih berangan-angan hendak ada skill memasak seperti Julia Child begitu.

Selalunya bila tibanya Ramadhan trafik untuk blog den biasanya paling cemerlang sebab ramai yang tersinggah untuk tengok resepi Biskut Florentine Crunchy. Ini juga merupakan entry yang paling tinggi viewing nya di dalam blog den ini.

Walaupun ramai yang singgah tengok

RESEPIBISKUT FLORENTINE 2018

tetapi sebenarnya

RESEPIBISKUT FLORENTINE 2019

adalah yang lebih terperinci penerangannya siap ada video gitu. Jadi kenapa sesiapa yang masih mencari resepi biskut Florentine boleh klik di link yang den bagi tuh ye.

Tahun 2021 ni rasanya den tidak buat kot biskut Florentine disebabkan den adalah malas. Hendak beli biskut raya pun belum tentu.

Kepada mereka yang bersemangat dan berhasrat hendak baking Biskut Florentine, den ucapkan Ganbatte Kudasai ye. Beriya dah macam Ultraman nak menentang raksasa ye padahal hendak baking.

Selamat membaking ye.


2 Comments