Assalamualaikum dan salam sejahtera.

In sya Allah tinggal lebih kurang 12 hari lagi untuk kita menyambut Ramadhan dan seterusnya sebulan selepas kita menjalani ibadah Ramadhan, kita akan merayakan Syawal. Bila sebut Ramadhan dan Syawal ini sudah semestinya baju raya menjadi salah satu perkara di dalam checklist kita.

Bagi mereka yang mencari Baju Melayu dan Kurta serta pakaian harian bersaiz besar, boleh mencuci mata tengok rekaan dan pilihan warna pakaian yang menarik oleh Bob Rock LoveLily.

Bob Rock LoveLily

Bob Rock LoveLily adalah kedai pakaian yang menjual pakaian SAIZ BESAR yang bersesuaian dengan potongan badan orang Asia.

Bagi memenuhi permintaan dan keperluan orang Malaysia yang bersaiz besar dengan ketinggian orang Asia, Bob Rock LoveLily mendapat idea untuk mewujudkan kedai menjual pakaian saiz besar mengikut potongan badan orang Asia.

Saiz pakaian yang dijual di kedai Bob Rock LoveLily bermula daripada XL hingga 6XL dengan 70% pakaian untuk lelaki dan 30% pakaian untuk wanita.

Terdapat pelbagai jenis pilihan pakaian bersaiz besar termasuk pakaian harian juga seperti kemeja, seluar slack kerja yang stretchable, seluar jeans, Baju Melayu dan juga kurta. 

Design and Material

Keadaan cuaca di Malaysia yang sangat panas dan kering menyebabkan mereka yang bersaiz besar kebiasaannya senang berpeluh.

Bob Rock LoveLily memilih dan mencari kain sendiri kerana pemilihan fabrik amat penting dan menjadi keutamaan mereka untuk menyediakan pakaian yang selesa, mempunyai potongan dan corak yang menarik, pelbagai pilihan dengan harga yang berpatutan.

Fabrik berasaskan kain kapas dipilih kerana material ini lebih memberi ruang penafasan dan keupayaannya untuk menyerap dan mudah kering.

Contoh jenis fabrik pakaian adalah:

Cotton Twill: Baju Melayu 

Oxford Cotton: Oxford Office & Kurta 

Premium Japanese Cotton: Kurta Printed & Couple Set

Design Terbaru daripada Bob Rock LoveLily

Bob Rock LoveLily menyediakan pilihan Baju Melayu kerana mendapat banyak permintaan daripada pelanggan yang bertanyakan Baju Melayu Saiz Besar memandangkan tempahan Baju Melayu bersaiz besar agak mahal.  

Baju Melayu Saiz Besar yang tersedia atau ready made dengan 8 pilihan warna (hitam, merah, royal blue, night blue, royal purple, pewter grey, burnt orange dan dark gold) dijual dengan harga yang sangat berpatutan.

Kurta Printed dan Kurta Plain terbaru daripada Bob Rock LoveLily disediakan khas untuk Bulan Ramadhan dan Syawal yang bakal tiba.

Seluar Slack Stretchable

Seluar yang terdapat di kedai Bob Rock LoveLily boleh dikatakan hampir kesemuanya adalah mudah meregang, selesa dan sesuai untuk orang bersaiz besar.

Carta Saiz

Kepada mereka yang tidak dapat ke kedai Bob Rock LoveLily, korang boleh membeli pakaian melalui atas talian ye. Jangan risau jika tidak pasti tentang ukuran saiz XL hingga 6XL ye sebab memang telah disediakan carta saiz yang boleh dijadikan panduan okay.

Carta Saiz Baju Melayu

Carta Saiz Kurta Adam V2

Pembelian Melalui Atas Talian

Bob Rock LoveLily menyediakan website untuk memudahkan pelanggan supaya dapat membeli pakaian melalui

https://www.bobrocklovelily.com.my/

Pembelian atas talian juga boleh dibuat melalui Shopee

https://shopee.com.my/bobrockofficial

Pembelian di Kedai

Kalau sesiapa tersinggah di Shah Alam atau termasuk di dalam golongan pelanggan yang hendak mencuci mata melihat pelbagai pilihan pakaian di kedai sebelum membeli, korang boleh menjengah ke kedai Bob Rock LoveLily yang terletak di 

Lot F-15 Aras 1, PLAZA SHAH ALAM, Seksyen 9, Shah Alam, Selangor.

Waze/Google: Bob Rock LoveLily

Operasi kedai: 10 pagi hingga 10 malam

Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, boleh hubungi:

1. Telefon: 03-55133588 

2. Whatsapp Admin: 011-10091301 (https://linktr.ee/bobrocklovelily) 

3. Instagram: https://www.instagram.com/bobrocklovelily/

4. Facebook: https://www.facebook.com/bobrocklovelily.my

  Jom shopping Baju Melayu dan Kurta saiz besar di Bob Rock LoveLily.

2 Comments

  1. Hi...jom join GA ni!

    https://nasuha-itsmyessay.blogspot.com/2021/03/giveaway-raya-bersama-shida-radzuan-blog.html

    ReplyDelete