Assalamualaikum dan salam sejahtera

Siapa yang masih tercari-cari program yang boleh diikuti secara online bagi memberi peluang untuk mencari idea baru, menambah pengetahuan tentang perniagaan, mencari semangat untuk bangkit semula dan sebagainya selepas satu tahun kita semua mengharungi wabak Covid19 yang memberikan kesan kepada semua golongan masyarakat, boleh pertimbangkan untuk sertai Program Percuma Bina Bisnes Berjaya Secara Virtual Edisi Khas Nak Ubah Hidup yang akan berlangsung pada 26 - 28 Mac 2021.

Tinggal 2 hari lagi, Virtual Online Bina Bisnes Berjaya - Edisi Khas Nak Ubah Hidup Shah Alam - RichWorks International Sdn. Bhd. (RichWorks) menyediakan platform bagi orang ramai terutamanya perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan mikro untuk bangkit ketika pandemik ini.

Menurut Timbalan Naib Presiden Kanan RichWorks, Radz Mohd, program Virtual Online Bina Bisnes Berjaya - Edisi Khas Nak Ubah Hidup pada Jumaat, Sabtu dan Ahad nanti dapat membantu mereka untuk menyaksikan perubahan yang lebih baik walaupun ketika pandemik ini. Jelasnya, dalam tempoh mencabar ini, ada saja usahawan dapat berubah hingga saksikan pencapaian lebih baik seperti dialami ramai usahawan yang mendapatkan bimbingan bersama RichWorks.

"Kami faham, pasti ada usahawan di luar sana dalam keadaan yang susah, tak tahu apa lagi perlu dilakukan, bisnes jatuh malah ada terpaksa tutup hingga timbul rasa nak putus asa." Sebab itu, RichWorks bersama Pengasasnya, Datuk Wira Tuan Azizan Osman menyediakan program percuma ini yang sudah terbukti berjaya ubah hidup ramai orang di samping sebagai sumbangan kepada masyarakat terutama usahawan," katanya kepada Kosmo!/Utusan Malaysia di sini hari ini.

DAFTARP ROGRAM PERCUMA BINA BISNES BERJAYA - EDISI KHAS NAK UBAH HIDUP SECARA VIRTUAL

RichWorks sebagai syarikat latihan dan bimbingan terbesar di negara telah melatih lebih 1.1 juta orang daripada pelbagai tahap bisnes sejak 2008 lagi. Bagaimanapun tambah Radz, kesusahan yang dirasai ketika ini sebenarnya bukanlah penghalang untuk usahawan kembali berkembang dan berubah jadi lebih baik lagi.

"Berdasarkan pengalaman hampir 13 tahun dalam melatih dan membimbing usahawan, RichWorks berkongsi langkah-langkah yang boleh membantu mereka untuk berubah dalam bisnes dan kehidupan, insyaAllah."

“Malah pada tahun 2020, di dalam waktu pandemik, seramai 777 usahawan PKS di bawah bimbingan kami berjaya mencatatkan peningkatan hingga jumlah jualan keseluruhan melebihi RM2 bilion," ujarnya.

Justeru itu, Radz menyeru agar usahawan PKS dan mikro dapat memberikan peluang kepada diri mereka walaupun perubahan ini tidak mudah yang mana memerlukan kesungguhan seseorang.

"Usahawan juga boleh sahaja membawa kakitangan malah keluarga mereka bersama-sama belajar dan memulakan langkah pertama untuk saksikan perubahan dalam bisnes dan diri masing-masing," jelasnya.

Ini adalah masanya untuk usahawan kembali bangkit dengan mengubah hidup dan bisnes ke arah kejayaan di dalam keadaan pandemik yang semakin pulih.

Untuk keterangan lanjut dan Daftar Program, sila layari laman sesawang di https://binabisnesberjaya.com/dinohauz

Tidak kira samada kita merupakan seorang usahawan atau sedang berusaha untuk mencari peluang di dalam perniagaan, tidak rugi sekiranya kita mendaftar untuk menyertai Program Percuma Bina Bisnes Berjaya - Edisi Khas Nak Ubah Hidup secara virtual yang akan berlangsung 26 - 28 Mac 2021 ini.

0 Comments