Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Den sarankan sangat-sangat untuk korang singgah biar sebentar cuma ke Lorong Penyu atau Turtle Alley kalau korang jalan-jalan cari makan di Kuala Terengganu tidak kisah la bersama keluarga atau kawan-kawan kerana seni mosaic yang bertemakan penyu di lorong ini sangat unik dan menarik.

Maklumat tentang spesies penyu, perkara-perkara yang boleh dilakukan di dalam membantu pemeliharaan dan pemuliharaan penyu, bentuk ancaman terhadap populasi penyu, dsb disampaikan dalam bentuk yang paling ringkas, kreatif dan boleh difahami oleh kanak-kanak pun.

Lorong Penyu atau Turtle Alley sepanjang 45 meter di lorong telah disiapkan pada 2011 sememangnya perlu menjadi must visit spot apabila kita ke Kuala Terengganu.

Den kongsikan gambar-gambar keindahan dan keunikan setiap penyu yang dihasilkan melalui seni mosaic ini pada dinding dan laluan lorong ini ye.

Untuk maklumat lanjut tentang Turtle Alley, boleh layari:

Facebook: https://m.facebook.com/TurtleAlley/

Blog: http://www.turtlealley.wordpress.com/

2 Comments