Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Where tradisional meets modern adalah sememangnya konsep yang tepat untuk menggambarkan boutique hotel yang berada di bangunan lama yang mengekalkan ciri tradisi yang sinonim Melaka iaitu Baba Nyonya tetapi keadaan bilik dan persekitaran adalah moden dengan ciri-ciri minimalis dan warna pastel yang menyebabkan suasana samada di ruang guna sama dan bilik adalah sangat welcoming.

Hotel yang terletak di bandar Melaka ini pada den sekeluarga adalah antara hotel yang terbaik yang kami pernah menginap daripada segi bilik hotel, kemudahan dan harga yang ditawarkan.

Bilik hotel

Bilik Superior Room yang besar dilengkapkan dengan 2 buah katil Queen beserta dengan kemudahan yang biasa tersedia di hotel seperti televisyen, peti sejuk mini, peti besi, dsb.

Yang lebih best adalah almari yang diletakkan di ruang yang terpisah berdekatan dengan bilik air dan tandas.

Tilam dan bantal gebu gebas memang la mengundang tidur lena mimpi indah begitu.

Memang terasa bilik ini besar sangat sampai membolehkan budak-budak berlari ke hulu ke hilir bermain.

Bilik kemas, ringkas dan bersih. Memang awesome.

Kemudahan

Hotel ini dapat extra mark daripada den sebab ia menyediakan ruang untuk membaca yang cozy beserta buku-buku dan majalah yang boleh tahan menarik. Sayangnya den tidak sempat hendak betul-betul menghabiskan masa di sini membaca kerana sibuk mengejar budak-budak yang bergelinjangan huhuhuhuhu.

Kawasan ruang membaca ini juga disediakan bersekali dengan laptop friendly workspace.

Seterika dan iron board disediakan bersebelahan dengan ruang membaca. Water dispenser berada di ruang membawa.

Anak-anak den teruja naik lif di sini kerana lantainya kaca. Gayat juga walaupun 1 tingkat aje pun hehehehehehe.

Terdapat juga hiasan bercirikan tradisional yang memberikan aura klasik bila digabungkan dengan konsep moden di hotel ini.

Tempat letak kereta agak terhad di sini. Jadinya kalau telah check in dan ingin keluar untuk berjalan-jalan dan makan di sekitar bandar Melaka lagi mudah kalau ambil Grabcar sahaja sebab boleh berehat tidak perlu memandu, tidak pening hendak mencari parkir di bandar serta tidak perlu risau tiada parkir apabila balik hotel nanti.

Den sekeluarga memang sangat berpuas hati dengan hotel ini. Dekat juga dengan semua tempat menarik yang berada di sekitar bandar Melaka.

Untuk maklumat lanjut tentang hotel ini boleh layari:

Website: https://victoriahome.co/muk/

Facebook: https://www.facebook.com/VictoriaHome.co/photos/muk-by-victoria-home-melaka-is-a-boutique-hotel-this-is-our-very-first-brand-new/2147438798856472/

In sya Allah bila keadaan mengizinkan, hendak cuba menginap di Victoria Home Kuala Lumpur sebab macam comel juga hotel itu.


 

3 Comments

  1. Serious laa dalam dia cantik mcm tu.. kat luar mcm nampak mcm biasa all school.. hurmm ada parking lot utk customer even very limited but okay la..takde la kene saman dgn majlis bandaraya hihii.. thanks for sharing..

    ReplyDelete
    Replies
    1. by the way lift kaca mmg gayat utk budak2.. mcm dekat sunway velocity huhuu..

      Delete
    2. Memang menarik hotel ni. Kalau ke Melaka boleh cuba menginap di sini. Ksarie tak pernah sampai lagi di sunway velocity

      Delete