Kota Kinabalu Wetland Ramsar Site (KKWRS) merupakan salah satu tempat daripada 2 tempat yang den memang berhasrat benar hendak pergi di dalam sesi berjimbaan pada kali ini. Tak pasti kenapa tiba-tiba hendak melawat ke KKWRS ni. Adakah apabila umur meningkat, ianya akan berkadaran terus dengan peningkatan penghayatan terhadap alam semulajadi? Chewah….ayat gomen sangat ni.

Lepas check out dari Hotel Gaia 95 selepas Subuh  dan breakfast kami terus bergerak ke KKWRS yang terletak lebih kurang 3 km dari bandar Kota Kinabalu. Kiranya sempat menyanyi satu lagu je, kita akan sampai ke KKWRS sebab tidak sampai 6 minit perjalanan naik kereta.

Kitaorang merupakan orang yang pertama sampai ke KKWRS bersama satu kumpulan pencinta burung (birds watchers). Dinyatakan terdapat lebih kurang 80 spesies burung di KKWRS ni. Sementara hendak tunggu kaunter tiket buka, kitaorang pun melaksanakan SOP biasa apabila berjalan di mana-mana iaitu bergambar sakan di sana-sini di kawasan pintu masuk KKWRS.

Aktiviti di KKWRS

Berdasarkan maklumat yang dipaparkan, KKWRS seluas 60 ekar (24 hektar) merupakan tapak Ramsar yang ke 2290 di dunia ini mempunyai laluan lebih kurang 1.5 km yang dibina bagi pelawat menyusuri kehijauan paya bakau dan di sepanjang perjalanan kita boleh singgah ke nursery, observation tower, birdhide dan outdoor classroom tapi disebabkan kitaorang mengejar masa, walkway tuh nampak macam kurang terjaga dan agak risau sebab tiada orang lain selain kitaorang di situ, makanya kitaorang berjalan di sini tak sampai separuh jalan heheheehehe. Adakah ini merupakan alasan untuk ulang kembali lawatan ke Sabah?

Tempat ini sememangnya adalah sedia cantik secara semulajadi tetapi mungkin Kerajan Negeri dan Kerajaan Persekutuan perlu memberi lebih perhatian termasuk peruntukan secara tahunan bagi penyelenggaraan tahunan dan penambahbaikan terhadap kemudahan yang terdapat di sini terutamanya penggantian papan maklumat yang terdapat di sepanjang walkway kerana banyak yang telah rosak akibat kesan berpanjangan terdedah kepada panas dan hujan. Ada maklumat yang langsung tidak dapat dibaca. Sayang sangat ni sebab antara tujuan utama KKWRS dibangunkan adalah untuk memberikan dan menyebarkan maklumat tentang kepentingan paya bakau dan persekitarannya termasuk jenis flora dan fauna yang terdapat di sini.

Walau bagaimanapun, pengalaman menyusuri walkway yang dikelilingi keindahan kehijauan paya bakau memang merupakan satu pengalaman yang istimewa because it always great to go back to nature and listening to sound of nature right? Lagi-lagi untuk den yang umur dah semakin menghampiri senja ni, kembali ke alam semulajadi dah macam satu theraupatic experience lately, I love to absorb the smell of nature.

Kalau diikutkan banyak fauna yang terdapat di KKWRS ni tapi den sempat said hello pada ikan belacak dan ketam je sebab itu je yang terjumpa.

Bila dikelilingi kawasan semulajadi, antara aktiviti yang paling menarik adalah bergambar sakan di sana sini sebab walaupun kita bukan model persis Victoria Secret, bila bergambar di KKWRS ni secara tidak langsung, kita memang akan terjadi seperti model sebab setting nature tuh cantik sangat. Keadaan semulajadi hijau + walkway kayu menyebabkan gambar tuh colourful sangat.

Kota Kinabalu Wetland Centre (Exhibition Hall)

Selepas menghabiskan masa lebih kurang 40 minit berjalan dan bergambar di KKWRS, kitaorang singgah di exhibition hall yang terdapat berhampiran pintu masuk/keluar.

Den bagi markah penuh 10/10 kepada exhibition hall KKWRS sebab kepelbagaian maklumat terperinci yang dipaparkan di dalam bentuk penuh berwarna-warni yang memang akan menarik minat semua termasuk kanak-kanak untuk membaca. Serious antara exhibition hall terbaik yang den pernah jumpa dalam hidup den. Walaupun comel tapi penuh maklumat kecuali rak Sabah Tourism yang tiada sekeping pamphlet pun masa kitaorang pergi tuh.

Daripada maklumat tentang 3 jenis wetland (tanah lembap), Ramsar Site yang terdapat di Malaysia sehingga pada specimen serangga yang ditemui di KKWRS, in sya Allah semua maklumat memang menarik untuk dibaca.

Waktu Operasi dan Harga Tiket

KKWRS beroperasi 6 hari setiap minggu.

Selasa - Ahad: 8.00 pagi-6.00 petang

Isnin: Tutup

Harga tiket masuk ke KKWRS atau lebih dikenali dengan fi pemuliharaan/konservasi (conservation fee) hanyalah RM5 bagi dewasa dan RM 3 bagi kanak-kanak untuk rakyat Malaysia. Memang murah sangat ni.

Lokasi

Kalau memang menginap di bandar Kota Kinabalu mohon masukkan KKWRS sebagai salah satu agenda untuk lawatan sebab memang dekat sangat dengan bandar tidak sampai 10 minit perjalanan dengan kereta. Paling kurang kena datang sekali seumur hidup di sini sebab keunikan KKWRS itu sendiri.

https://g.page/KKWRS?share

Alamat: Off, Jalan Bukit Bendera Upper, Kampung Likas, 88400 Kota Kinabalu, Sabah.

Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi KKWRS di:

Website: http://www.sabahwetlands.org/kkw/

Facebook: https://www.facebook.com/swcskkw/

Instagram: https://www.instagram.com/kkwetlands

(tapi tiada sekeping gambar pun lagi dalam IG ni huhuhuhu)

Email: swcs@sabahwetlands.org

Telefon: +60-88-246 955

Mari kita sama-sama kembali kepada alam semulajadi di Kota Kinabalu Wetland Ramsar Site (KKWRS). In sya Allah memang truly worth it.

4 Comments

  1. Suka lah tengok view nature. Trail dia memang awesome lah untuk ambil gambar. Dengan nature kiri kanan. Tempat yang best untuk dilawati.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tenang sebab menghijau. Kebetulan masa pergi memang takde orang. Jadinya memang dunia ana yang punya gitu hehehehehehehe

      Delete
  2. those yang suka nature dan aktiviti jalan sesuai ni.. nice place
    nak stroll dan beriadah juga sambil tengok alam..

    ReplyDelete
    Replies
    1. KSarie umur-umur macam ni baru nak balik to nature padahal belajar pasal alam sekitar kot dekat U dulu. Better late than never la gamaknya ye

      Delete