Cerita nih berkurun-kurun duduk dalam draf sebab tahun ni merupakan tahun den pemalas sungguh hendak update blog tak pasti la kenapanya. 

Den bersama group kelas tajwid berpeluang melawat ke Kompleks Nasyrul Quran yang terletak di Presint 14, Putrajaya pada 19 Disember 2019. 

Cerita dah nak masuk satu tahun baru nak cerita sekarang. Biasa la den nih ha, perkara yang baik selalu lambat sangat nak dikongsinya tak pasti la kenapa.

Seriously den tidak pernah tahu tentang kewujudan Nasyrul Quran ini yang merupakan kompleks atau pusat pencetakan Al-Quran kedua terbesar di dunia selepas Madinah.

Jejak je kaki ke Kompleks Nasyrul Quran yang dibangunkan dengan dana RM60 juta ini sememangnya akan membuatkan kita terkesima melihatkan bangunan yang tersergam indah dengan binaan dan seni ukiran Islam yang menyejukkan hati dan minda.

Bangunan tuh sendiri dah tersergam indah. Setiap ukiran pada pintu, etc memang menarik sangat. Untuk orang yang suka OOTD memang den boleh katakan banyak tempat yang korang boleh berposing sakan di sini.

Terdapat 3 ruang pameran yang terdapat di Nasyrul Quran iaitu:

1. Galeri Mushaf Luar Negara - Mushaf dari beberapa negara di dunia;

2. Galeri Mushaf dari semua Negeri di Malaysia; dan

3. Galeri Hiasan Dalaman dan Seni Bina Islam.

Terdapat juga ruang lain di Nasyrul Quran iaitu:
 
1. Anjung Tinjau yang merupakan pusat/kilang percetakan Quran;

2. Jualan Quran, buku agama, cenderahati dalam bentuk arah kiblat, penanda buku, cawan, poster dan sebagainya; dan

3. Café. Yang ini kitaorang tidak sempat singgah sebab hendak mengejar masa.

Disebabkan den pastinya akan terkelembap di dalam berkongsi cerita tentang Nasyrul Quran ini dan den nak kongsikan hampir semua gambar-gambar menarik yang den sempat rakamkan di sini, den akan bahagikan cerita tentang Nasyrul Quran ini kepada 2 bahagian ye. 
Dewan taklimat

Den sarankan korang sampai pagi dalam pukul 9 am macam tuh sebab kalau ada kumpulan yang besar yang datang pada ketika itu, kita boleh turut serta di dalam penerangan ringkas tentang Nasyrul Quran di dewan dalam pukul 9.30 pagi. Setiap lawatan mengambil masa lebih kurang 2 jam.

Kalau korang nak datang in group rasanya lebih baik hubungi pihak Nasyrul Quran untuk tarikh yang sesuai supaya tidak terlalu banyak group langsung dah bersesak-sesak. Lagi-lagi Malaysia akan berada di dalam tempoh PKPB sehingga Disember 2020, makanya lebih baik semak dulu apa SOP yang telah ditetapkan oleh Nasyrul Quran terutamanya bagi lawatan dalam kumpulan ye.

Tayangan Video Nasyrul Quran

Ada 3 tayangan video yang ditunjukkan semasa taklimat ringkas tentang Nasyrul Quran.

1. Video 1 - Al Quran mushaf Malaysia (guna motif Malaysia). Budaya penyalinan Quran sebagai budaya Malaysia. Sekarang ada 10 manuskrip. 2010 Malaysia cetak Quran sendiri. Terjemahan dalam bahasa Malaysia, Inggeris, Jawi, etc.

Penyalinan Quran dibuat di Shah Alam dan dicetak di Nasyrul Quran, Putrajaya.

Semuanya diuruskan oleh Yayasan Restu. www.yayasanrestu

2. Video 2 tentang bangunan Nasyrul Quran dan perkara-perkara yang berada di dalamnya.

3. Video 3 - pameran tentang perjalanan hidup Rasulullah, Rehlah Nabawiyah yang terdapat di Kompleks Seni Islam Antarabangsa Selangor, Seksyen 10, Shah Alam. Boleh baca di sini ye tentang Rehlah Nabawiyah Rehlah Nabawiyah ni  http://www.dinohauz.com/2020/01/tempat-menarik-di-shah-alam-2020-rehlah.html

Percetakan Al-Quran di Nasyrul Quran Putrajaya

Mesin cetak buatan Jerman boleh mencetak 10,000 - 15,000 helai muka surat (depan belakang) dalam masa 1 jam.

4 jam diperlukan untuk menyemak setiap huruf bagi 16 mukasurat Al-Quran yang dicetak.

Di dalam tempoh 1 jam, sebanyak 1300 Al-Quran boleh disiapkan.
Pemandangan kawasan percetakan Al-Quran dari Anjung Tinjau

10 Langkah untuk menyiapkan sebuah Al-Quran

1. Pengeluaran plate
2. Semakan plate
3. Penyusunan kertas
4. Pemasangan plate
5. Penglipatan juzuk Al quran
6. Pre-gather juzuk Al quran
7. Pengumpulan juzuk Al Quran
8. Pemasangan soft cover
9. Penjahitan Al Quran
10. Pemasangan hard cover

In sya Allah banyak ilmu kita boleh dapat bila melawat Nasyrul Quran ni.

Sementara nak tunggu entah bila den nak siapkan bahagian 2 tentang Nasyrul Quran ni, korang boleh dapatkan maklumat lanjut tentang Kompleks Nasyrul Quran di:






Waktu Operasi: 9 pagi - 5 petang (setiap hari)

Alamat: Nasyrul Quran, 14811, Jalan P14J, Presint 14, 62675,
Putrajaya


Telefon: 016-718 2741 / 012-9193095
Cantik sungguh tempat ni

6 Comments

  1. Baru tahu boleh masuk and tour dalam tu.. thank for the info :D

    ReplyDelete
  2. hai, jom join GA ni

    https://nasuha-itsmyessay.blogspot.com/2020/08/520-giveaway-by-garaeki.html

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. memang terpesona tengok ukiran, senibina di sini

      Delete