Drama ni menang drama terbaik dalam 56th Baeksang Arts Awards pada 5 June 2020 lepas mengalahkan 4 calon lain termasuk When The Camellia Blooms (WTCB).

Disebabkan den suka banget drama WTCB tuh, harus lah den kena tengok apa special nya HSL ni sebab baca sinopsis sepintas lalu macam jalan cerita yang biasa dengan tema sukan - coach atau manager berjaya membawa pasukan tercorot mendapat kejuaraan gitu. Menguruskan ahli pasukan yang terror tapi ada masalah keluarga, team yang mulanya tak bekerjasama tapi end up berjuang bersama-sama, etc.

Tapi ramalan den jauh terpesong ye. Totally different kind of sport drama. Hanya 10% scenes pasal baseball games.

Den terpaut pada drama ni dari episod pertama. Tiada scenes yang den skip pun macam masa den tengok Goblin dan CLOY (kalau rajin den review 2 drama meletup ni ye).

Tiada sekelumit pun kisah cinta ye.

6 Sebab HSL Best:

1. Cerita realiti dunia pekerjaan demi survival berlatarbelakangkan team baseball

Ceritanya memang bertemakan sukan tapi daripada sudut yang berbeza iaitu pengurusan pasukan baseball Dreams yang mendapat tempat tercorot selama 4 tahun berturut-turut bagi memastikan pasukan dapat terus bermain untuk season seterusnya dengan menempuh pelbagai ranjau onak berduri.

2. Hero dan heroin orang biasa yang kita boleh relate

Baek Seung-soo (Namkoong Min) pengurus besar yang baru dilantik menguruskan Dreams. Fokus dan cemerlang bila buat kerja tapi cold gila di mata semua orang yang bekerja dan berurusan dengan dia. Tak patah semangat nak ensure Dreams dapat terus beraksi. Banyak pengorbanan dibuat dalam diam. Jenis boss yang turun padang.

Personal life yang agak tough - adik lumpuh akibat kecederaan masa main baseball, ayah sakit, mak kena jaga ayah sakit di hospital biasa, wife keguguran, bercerai, etc.

Bagi den watak Baek Seung-soo ni memang antara lead dalam drama yang terbaik.

Lee Se-Young, Pengurus Operasi Dreams adalah the only woman manager in the team. Dia passionate gila dengan Dreams sebab sejak kecil dia tengok Dreams bermain dengan ayahnya. Tak padan dengan comel lote, a tough cookie this one lady. Terkujat betul masa dia baling gelas bir sebab ada pemain kurang ajar masa negotiate gaji pemain.

3. Jalan cerita unik dan mantap. Setiap episod buat rasa ketat dada sambil berharap tolong la happy ending gitu sebab banyak sungguh rintangannya:

a) pengurusan atasan yang hampeh - sakit jiwa betul bila ada scenes depa ni;

b) pemain ayam tambatan pembuli;

c) bajet dipotong 30% jadinya kena turunkan gaji pemain, tukar tempat training, etc;

d) kecederaan pemain - yang terlebih training, yang buasir nya, etc;

e) pemain harapan ada kontroversi tak hadir military enlistment; etc;

f) konflik antara jurulatih - head coach, pitching coach, batting coach dan bench coach;

g) isu doping di kalangan pemain;

h) dealing antara pengurus pasukan;

i) tunggak utama dijual pada team baseball lain oleh pengurusan atasan; etc.

Serious berdebar-debar je setiap episod pun.

4. Teamwork

Bak kata Teletubbies 'apa yang penting kerjasama'.

Pengurusan di belakang tabir bagi memastikan Dreams boleh terus bermain baseball, semua orang bertungkus lumus. Bekerja sampai ke malam buta bagai. Patah hati, frust macam mana pun diusahakan juga sedaya upaya walaupun ada masa memang ada rasa nak jerit kuat-kuat.

Teamwork antara baseball players pun dinamik sangat. Boleh tengok beza antara top player bagi semangat vs top player ada perangai nak menang je.

5. Second Chance in Life

Banyak kisah peluang kedua dalam drama ni.

a) Dreams walaupun di tangga tercorot 4 tahun berturut-turut fight untuk terus bermain walaupun akhirnya hendak dibubarkan;

b) pemain yang ada isu perangai, kontroversi, isu salah laku gambling, upah gangster pukul pengurus, etc diberi peluang untuk perbaiki diri, disokong untuk kembali bermain, etc;

c) pemain yang dah bersara sudi meluangkan masa berlatih bersama team tercorot;

d) OKU yang tidak patah semangat dan diberikan kerja atas sebab kelayakan; etc

6. Baseball

Sedikit sebanyak terbelajar pasal jargon dalam baseball macam posisi cleanup hitter, pitcher, infielder, etc, kiraan mata untuk setiap pemain, kriteria untuk trade-off, scouting players daripada sekolah menengah, analisis perlawanan, etc.

Memang sajak benar HSL dapat Drama Terbaik.

Den mengharapkan ada Season 2 untuk drama ni sebab walaupun ianya macam ala-ala happy ending tapi ianya open ended. Kalau takde Season 2, kita puas hati sebab endingnya begitu. Kalau ada Season 2 pun best sebab ada banyak aspek boleh explore.

Dalam drama ni hanya ditunjukkan sekupang games antara Dreams vs Vikings. Kalau ada Season 2, harapnya ada games antara Dreams vs Sabre (juara bertahan bertahun-tahun). Mohon juga games antara Dreams vs Pelicans (sebab pengurus dia macam eksyen gila😅).

Mohon diselitkan juga secebis love story di Season 2. Mungkin cinta 3 segi antara Pengurus Operasi Dreams, cleanup hitter Dreams dan Sabre.

HSL definitely a worth watching drama. My rating will be 10/10.

0 Comments