Salam 10 malam terakhir Ramadhan.

Walaupun pergerakan kita masih terhad bagi memutuskan rantaian Covid19, den sudah mula bekerja yang kadang-kadang memerlukan pergi ke tapak untuk membuat siasatan pencemaran.

Kalau dah pergi ke tapak memang la akan berada di bawah sinaran matahari yang kadang-kadang tegak di atas kepala. 

Dah masuk umur 40an ni, nak tak nak kena mengambil berat dengan kesihatan kulit. Jadinya bagi meminimakan kesan negatif ke atas kesihatan kulit, jadinya den cuba menggunakan sunscreen selalu.

NUVIT memperkenalkan produk NUVIT SUNBLOX dan DAILY DEFENDER SPF 50+ bagi melindungi kulit daripada sinaran matahari dan mengurangkan kerosakan kulit dan penuaan.
NUVIT SunbloX

NUVIT SunbloX adalah minuman tambahan dengan perisa oren dan lemon yang mengandungi NutroSun, kolagen dan vitamin C untuk melindungi dan memperbaiki kulit.
Nutrosun, Polypodium Leucotomus,  Vitamin C, M dan kolagen Tripeptide di dalam NUVIT SunbloX adalah ramuan bagi mengelakkan sunburn dan mengurangkan penuaan kulit. 
 

Seperti yang kita telah ketahui, pendedahan kulit kepada sinaran ultraviolet (UV) secara berpanjangan akan menyebabkan bahaya pada kulit seperti edema, sunburn, penuaan pramatang dan kanser kulit. 
Kelebihan Minuman NUVIT SunbloX

1.  Perlindungan kulit daripada dalam - dapat mengurangkan kesan sunburn pada kulit. NutroxSun dan Polypodium Leucotomos dapat membantu mengurangkan kemerahan dan kegelapan kulit selepas pendedahan pada sinaran matahari.

2.  Mengurangkan penuaan - NutroxSun mengurangkan penuaan kulit pramatang. 

3.  Mengekalkan keanjalan kulit - kolagen meningkatkan keanjalan kulit dan mengurangkan kedutan.

4.  Mengurangkan kerosakan kulit - pendedahan kepada sinaran matahari boleh menyebabkan apoptosis sel, kerosakan DNA dan tumor kulit. Antioksidan seperti Vitamin C, NutroSun dan Polypodium. Leucotomos boleh membantu mencegah kerosakan kulit yang disebabkan oleh UV.
Bahan Nuvit SunbloX

NutroxSun adalah ramuan berdasarkan tumbuhan yang mengandungi dua bahan anti-oksidatif dan anti-radang, ekstark Citrus dan ekstrak Rosemary. Bahan-bahan ini membantu menghalang penuaan.

Bahan Nuvit SunBlox selain daripada adalah kolagen ikan, Oligosakarida, serbuk oren, serbuk lemon vitamin C dan ekstrak Polypodium Leucotomos.
Cara Penggunaan SunbloX

Campurkan 1 sachet dengan 180 ml  air bersuhu bilik, kacau sehingga larut dan minum sekali sehari.
NUVIT Daily Defender SPF 50+***

Penggunaan harian pelindung matahari (sunscreen) adalah sangat penting dalam perlindungan kulit tetapi kadang-kadang ianya tidak mencukupi bagi melindungi kulit kerana kebanyakannya tidak menawarkan perlindungan spektrum luas untuk sinaran UV dan juga mengandungi nilai SPF (Sun Protection Factor) yang rendah. 

NUVIT Daily Defender SPF 50+*** Lightweight Moisturizing Sunscreen memberikan perlindungan spektrum luas yang berkesan dari sinaran UVA dan UVB yang merosakkan kulit daripada cahaya matahari, pencemaran harian dan cahaya biru. Ianya selamat, lembut, tidak berminyak dan meresap ke dalam kulit. Ianya bebas alkohol, paraben dan wangian.
NUVIT Daily Defender SPF 50+*** sangat ringan untuk disapu di kulit dan mudah digunakan untuk perlindungan daripada cahaya matahari.

SPF 50+*** dapat memberikan perlindungan kulit di bawah cahaya matahari dan sesuai dengan semua warna kulit. NUVIT Daily Defender SPF 50+*** Lightweight Moisturizing Sunscreen diformulasikan untuk kulit supaya kulit wajah menjadi lembut, gebu dan berseri. 

Ianya tidak mengandungi white cast, tidak berminyak dan boleh dicampur.

Kelebihan NUVIT Daily Defender SPF 50+***

1. Mengurangkan garis-garis halus dan kedutan

2. Mengurangkan tona kulit yang tidak sekata

3. Mengelakkan kanser kulit

Cara Penggunaan NUVIT Daily Defender SPF 50+***

Sapu rata krim NUVIT Daily Defender SPF 50+*** di wajah (elakkan kawasan mata) dan di tangan setiap hari untuk kesan yang terbaik. 
Untuk maklumat lanjut tentang produk NUVIT SUNBLOX dan DAILY DEFENDER SPF 50+***, boleh layari:


4 Comments

  1. Ok juga sun block yang boleh bg perlindungan dari dalam ke seluruh badan. Menarik!

    ReplyDelete
  2. nnt nk pi mandi pantai boleh la nk try. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seronok kalau dapat dapat bercanda di pasiran pantai lepas covid ni

      Delete