SELLECTION rasanya tidak perlu diperkenalkan lagi sebab memang telah mendapat tempat dan kepercayaan di hati peminat barangan berjenama dan eksklusif sejak 2015 yang pada mulanya dikenali dengan nama Branded Handbags & Kitchenware by Rafidah di Facebook Page.
Boleh dikatakan Sellection Dinner & Appreciation Night 2020 yang berlangsung di Black Pearl Event Space, Shah Alam menggabungkan pelbagai perkara di dalam majlis meriah yang dihadiri oleh kaum keluarga, sahabat handai, loyal fans, rakan perniagaan dan media.
Menarik ye event hall ni
Hadirin
Sejarah Sellection

Penghijrahan Puan Nor Rafidah Khairuddin (pengasas Sellection) dan suaminya, Encik Abdul Hadi Wisman ke Montreal, Kanada bagi kehidupan yang lebih baik berdepan dengan cabaran yang akhirnya menjadi pengalaman terbaik lalu membawa kepada peluang sebagai Personal Shopper melalui Branded Handbags & Kitchenware by Rafidah.
En Hadi dan Pn Rafidah, pengasas Sellection
Pernah dalam satu masa beliau membuat empat kerja termasuk menjadi pembantu hotel, mengemas hotel dan pembantu dapur dengan pendapatan 10 dolar beliau mendapat pekerjaan tetap sebagai Software Tester di sebuah syarikat di Montreal.
Ucapan aluan oleh CEO Sellection, En Hadi
Bagi mendapatkan pendapatan tambahan, beliau mula menjual muffin pisang menggunakan tepung bebas gluten di kafe sekitar Montreal pada tahun 2015 yang bukan satu perkara mudah. Pelbagai cabaran diharungi seperti rasa skeptikal orang kerana beliau bertudung, terpaksa membawa pisang sebanyak 20 kilogram yang dibeli dengan menaiki bas untuk dibawa ke rumah, etc dan akhirnya muffin mulai diterima ramai dan beliau berjaya membekalkan muffin pisang kepada sembilan buah kafe di sekitar Montreal.
Pn Rafidah berkongsi cerita
Hasil jualan muffin pisang yang memberangsangkan membuatkan Pn Rafidah mula pergi ke Shopping Outlet kerana beliau sangat berminat dengan beg tangan yang mana akhirnya tercetus idea untuk meneroka perniagaan sebagai Personal Shopper. Maka wujudlah Branded Handbags & Kitchenware by Rafidah.

Beliau banyak berkongsi video demo tentang handbag, artikel fesyen yang bermanfaat kepada semua pengikut yang akhirnya membawa kepada tempahan melalui sistem pre order yang ditawarkan melalui katalog barangan Facebook dan laman sesawang. 
Selepas kembali ke tanahair pada tahun 2017, Pn Rafidah dan suami memberikan tumpuan penuh kepada business online shopping dan legasi Sellection.

Butik Sellection Pertama di Malaysia

Selepas membina kepercayaan sedikit demi sedikit dengan memberikan servis perkhidmatan pelanggan terbaik dan nilai manfaat kepada para pembeli, Sellection melangkah setapak ke hadapan dengan pembukaan butik pertama Sellection dibuka Wangsa Melawati, Kuala Lumpur bagi memudahkan orang ramai untuk melihat dan membeli bag tangan berjenama secara langsung.

Harga Diskaun Bag Tangan Berjenama 

Harga bag tangan berjenama original seperti Coach, Michael Kors, Kate Spade dan lain-lain yang dijual oleh Sellection menawarkan harga diskaun sehingga 30%-50% bagi membolehkan lebih ramai pelanggan memiliki bag tangan berjenama pada harga yang lebih murah di pasaran.

Beg tangan berjenama dari Eropah seperti Louis Vuitton, Chanel dan sebagainya turut dijual oleh Sellection.

Matlamat utama Sellection ialah memberi peluang kepada rakyat Malaysia memiliki barang berjenama dari Amerika Syarikat, Kanada dan Benua Eropah yang berkualiti dengan harga mampu milik.

Misi Sellection adalah memberikan pelanggan pengalaman istimewa apabila membeli belah dengan Sellection seolah-olah mereka membeli barangan mewah itu terus di butik atau outlet jenama terkenal itu sendiri.

Sellection Dinner & Appreciation Night 2020

Selain daripada berkongsi kisah perjalanan Sellection, Sellection Dinner & Appreciation Night 2020 juga dimeriahkan dengan pelbagai agenda semasa semua hadirin menjamu selera makanan yang enak:

1. Pelancaran Online Premium Outlet yang pertama di Malaysia.
2. Pelancaran membership card dan gift card Platinum, Gold dan Diamond.
3. Penghargaan kepada 3 orang loyal fans yang menyokong perjalanan Sellection sejak 2015 berupa beg Coach, Kate Spade dan Michael Kors.
4. Penghargaan kepada business partner atau reseller terbaik.

5. Sambutan Hari Lahir Pn Rafidah.

6. Cabutan bertuah berupa voucher RM50 kepada lebih 15 orang hadirin yang menghadiri dinner ini.

7. Cabutan bertuah kepada member Platinum, Gold dan Diamond berupa beg tangan berjenama.
 
8. Hadiah pakaian terbaik.

Peluang Sebagai Rakan Perniagaan

Sellection membuka peluang perniagaan kepada masyarakat untuk menjana pendapatan sebagai rakan perniagaan atau Reseller di dalam perjalanan Sellection yang akan terus berkembang maju.
Mengambil aura orang berjaya, the woman of the night, Pn Rafidah
#SistersdiMalaysia

Puan Rafidah memperkenalkan tanda pagar SistersdiMalaysia sebagai rangkaian terbaik Sellection mendekatkan diri dengan pengikut dan pelanggan Sellection yang kebanyakannya terdiri daripada rakan alam maya yang jauh di mata, namun dekat di hati. 
Tak dapat beli bagnya, dapat bergambar jadi la gitu konsepnya
Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang Sellection, korang boleh layari:





Butik Sellection: Ground Floor, 10, Jalan Wangsa Setia 4, Wangsa Melawati, 53300 Kuala Lumpur

3 Comments

  1. bestnya majlis tu, exclusive sangat ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. seronok tengok kejayaan orang lain. sumber inspirasi

      Delete
  2. instagram: Aasimahaadilaaloanfirm
    twitter: ... aasimahaadilaahmedloanfirm
    E-mel: aasimahaadilaahmed.loanfirm@gmail.com

             
    salla Llâhu ‘alayhi wa sallam, nama saya Neni Syahir, saya adalah korban penipuan di tangan kreditor palsu. Saya kehilangan sekitar Rp.65.000.000 karena saya membutuhkan modal besar Rp. 5,5 miliar. Saya hampir mati, saya tidak punya tempat untuk pergi dan bisnis saya hancur, dan dalam proses itu saya kehilangan suami saya. saya tidak tahan lagi dengan hal ini. 4 November 2019 ini, saya bertemu dengan seorang teman lama di sebuah restuarant di Bandung yang memperkenalkan saya kepada seorang ibu yang baik, Ny. AASIMAHA ADILA MEMILIKI LOAN FIRM, yang akhirnya membantu saya mendapatkan pinjaman di sebuah perusahaan. Tolong, bantu saya untuk berterima kasih kepada ibu muslim yang memberikan pinjaman besar kepada pemilik perusahaan, pabrik burung hantu dan orang pribadi. Saya juga ingin menggunakan kesempatan ini untuk menasihati sesama orang Indonesia, Jika Anda ingin pinjaman modal besar, Anda dapat menghubungi mereka dan melihat situs web mereka Anda perlu tahu bahwa ada banyak scammers di blog ini yang tidak memiliki situs web di google map, saya menawarkan pinjaman dengan tingkat sangat rendah 1% dan saya mendapat pinjaman dalam 1 jam. .
                                  Kontak Aplikasi pinjaman besar

    E-mel: *******aasimahaadilaahmed.loanfirm@gmail.com
    WhatsApp ::: ************ + 447723553516
    Email saya; ***************** nenisyahir@gmail.com
    Bismillâh ar-ra.hmân ar-ra.hîm

    ReplyDelete