Lemah gemalai puteri menari,
Diiringi indah irama berseni,
Gerak tari menawan hati,
Lagenda purba memikat hati.

Berpantun pula den ni ye. Begitu perasaan den apabila berpeluang menonton persembahan tarian dan nyanyian oleh beberapa negeri di Indonesia termasuk juga persembahan oleh negara jiran yang berkampung di Batam bagi menyertai Kenduri Seni Melayu 2019 seperti Malaysia, Brunei, Thailand dan lain-lain.
Malam kedua Kenduri Seni Melayu diserikan dan disajikan dengan pelbagai dendangan lagu dan juga tarian tetapi yang paling menarik sekali bagi den sudah tentu la persembahan Tarian Kolam Puteri yang menurut lagenda puterinya bernama Bidasari hehehehehhehe.

Harus la ada pilih kasih di situ ye sebab puteri dalam tarian tu namanya adalah sama sekali seperti nama den hehehehehehehe. Izinkan den berangan sebentar menjadi puteri kayangan ye.

Bukan sahaja den terpaku kepada gerak tari yang penuh lenggok gaya tetapi kostum yang dipakai setiap penari terutamanya bagi tarian yang berasaskan lagenda yang melibatkan pertembungan dewa dewi sememangnya sangat unik. 

Den kongsikan beberapa tarian yang sempat den rakamkan ye.
Untuk tarian yang lebih panjang masanya, boleh tengok di youtube channel den ye https://youtu.be/BY8BCkOkopQ

2 Comments

  1. perghhhh... dah ada utube channel...kenapa saya tak tahu ni? hehhehe... advance dah kak sarie... wow sangat!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahhahahahaha takde orang tengok pun ha...saja syok sendiri je hehehehehehe

      Delete