Encore Melaka definitely have the kind of Ironman technology to set a very high benchmark for theatre performance in Malaysia.

Superb and spectacular theatre performance at another level with the advance technology.

Itulah kesimpulannya bila den berpeluang menonton persembahan teater di Encore Melaka yang merupakan satu inovasi seni dengan auditorium pertama yang berpusing pada 360 darjah dengan pelbagai pentas di Asia Tenggara (360 degree rotating auditorium with multiple-stages).

Encore Melaka juga merupakan teater terbesar di Asia dengan kapasiti 2,000 penonton.

Terkesima dan terpegun bila kali pertama mata menatap keunikan dan kecantikan seni rekabentuk bangunan Encore Melaka yang tersergam indah di kawasan seluas 15 ekar mengadap pemandangan Laut Selat Melaka.
Senibina Encore Melaka merupakan salah satu destinasi yang wajib dilawati kepada semua yang berkunjung ke Melaka. Kalau pun tidak menonton persembahan teater, Encore Melaka mempunyai banyak ruang dan tempat yang menarik bagi bidikan lensa kamera merakamkan kenangan indah di bangunan berprestij ini. Ditambah pula dengan panorama pemandangan yang indah di sekitar Encore Melaka yang membuatkan kita terpesona, memang satu kerugian kalau tak mengabadikan gambar di pelbagai instagrammable spots di sini.
Binaan permukaan Encore Melaka yang futuristik berbentuk geometrik yang dihiasi beribu panel LED berbentuk sisik ikan dan 50,723 keping panel komposit aluminium berbentuk berlian putih memberi impak refleksi cahaya tersendiri daripada langit di bumi Melaka.

Senibina unik Encore Melaka direka oleh En Wang Ge dari Beijing Institute of Architectural Design (BIAD) yang terkenal sebagai pusat pembangunan dan penyelidikan teknologi senibina arkitek dan pembinaan di Beijing.

Berada di ruang legar Encore Melaka yang menempatkan kaunter tiket, tandas, surau, kedai cenderahati, etc pun membuatkan hati rasa tenang sebab semua kemudahan tersedia dalam keadaan yang tersusun, bersih dan terjaga rapi.
Kedai cenderahati

Teater Encore Melaka menggabungkan awan dan laut, pergerakan dan ketenangan berpaksikan pertemuan Timur dan Barat. Konsep teater unik dan bukan konvensional ini ditunjukkan melalui pengembaraan melalui masa dan ruang, melengkapkan persembahan Encore Melaka.

Sebaik sahaja menjejakkan kaki ke dalam ruang teater, terasa kehadiran dialu-alukan dengan suasana teater yang mempesonakan daripada segi pencahayaan, susunatur kerusi, etc.
Terdapat 4 ruang pentas sepanjang 240 meter yang mengelilingi platform tempat duduk penonton iaitu entrace stage, water dance stage, drum at elevated platform dan multiple lifting platforms. Sememangnya rekabentuk pentas teater yang sangat unik ditambah pula dengan 360 degree rotating auditorium. Sistem pencahayaan dan bunyi beserta 3D projection mencipta realiti virtual merentasi masa dan ruang.

Encore Melaka Impression Series adalah merupakan kesinambungan Impression Series ikonik negara China yang selama ini sejak 2003 hanya dipentaskan di China. Daripada 150 negara yang bertanding untuk mendapatkan hak bagi mempersembahkan Impression Series ini, Melaka dipilih sebagai destinasi pertama di luar China untuk merealisasikannya.

Persembahan teater penuh kesenian, kaya dengan budaya dan warisan penduduk berbilang kaum di Melaka di atas pelbagah pentas yang bergemerlapan dan canggih, sistem pencahayaan dan bunyi yang tiada cacat cela, 3D projection mapping serta diiringi muzik yang digubah merdu mengalun jiwa membawa penonton mengembara bersama merentasi masa membuatkan persembahan teater selama 70 minit langsung tidak terasa.

Perasaannya macam 'eh dah habis ke? Ala....sekejapnya'.

Persembahan oleh 200 orang pelakon membawa semua penonton mengimbau kenangan lama mengusik hati melalui 6 penceritaan iaitu Parameswara, Cheng Ho, Baba Nyonya, 6 orang ibu, perempuan mengandung dan Wau sebelum diakhiri dengan adegan finale yang dipersembahkan dengan begitu indah sekali melalui jalan cerita,lenggok tarian lemah gemalai, muzik, sistem pencahayaan dan bunyi yang membuatkan penonton asyik dan berdebar sama.
Kalau den paling terpesona semasa persembahan the water dance di dalam cerita ibu mengandung, my date to the theatre, my 9 year old son lebih teruja dengan persembahan gendang di dalam cerita Cheng Ho. Dia cakap pukulan gendang oleh puluhan pelakon adalah seumpama pukulan gendang semangat untuk berperang.
Kisah tauladan, semangat, hubungan pelbagai etnik kaum, sejarah, tradisi, seni, warisan, budaya, etc yang dipersembahkan oleh teater Encore Melaka ini adalah inspirasi dan garapan Datuk Wira Boo Kuang Loon, CEO Yong Tai Berhad, yang merupakan anak jati Melaka dan berhasrat membangunkan Encore Melaka sebagai one stop centre bagi persembahan kesenian, pelancongan, kediaman, pembelajaran, etc.

Jalan cerita merentasi masa dan ruang yang menonjolkan budaya, seni dan warisan penduduk Melaka + superb performance from all casts + elaborate costume changes + spectacular lightning effects + set pentas yang memukau mata memandang + alunan muzik iringan yang merdu dan menyentuh hati menjadikan teater di Encore Melaka sangat istimewa dan berada di dalam kategori tersendiri, really a one of its kind.

Selepas menonton persembahan teater unik di Encore Melaka, jangan melepaskan peluang untuk bergambar di sekitar bangunan Encore Melaka termasuk taman yang tersedia sambil melihat matahari terbenam.
Macam ni la anak bujang den kalau bergambar
Memang totally worth it.

Untuk mendapatkan maklumat terperinci tentang Encore Series termasuk tiket persembahan teater Encore Melaka Impression Series, boleh layari:

Website: www.encore-melaka.com

Facebook: https://www.facebook.com/encore.melaka

Instagram: https://www.instagram.com/encore_melaka

Harga tiket bagi Encore Melaka Impression Series RM148 (Standard), RM248 (Premium) and RM 568 (VIP).

Buat masa sekarang sehingga 31 Disember 2019, Encore Melaka menawarkan promosi Holiday Bonanza bagi pemegang MyKad:

Standard Seat - RM 120/2 pax (RM 60/pax)

Premium Seat - RM 150/2 pax (RM 75/pax)

Encore Melaka juga menawarkan promosi istimewa kepada pelajar dan warga emas sehingga 31 Disember 2019:

Standard Seat - RM 74

Premium Seat - RM 124

VIP Seat - RM 284

Masuk percuma bagi kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah.

Waktu persembahan teater adalah:

Isnin - Sabtu: 5.30 petang dan 8.30 malam
Ahad: 2.30 petang dan 5.30 petang.
Untuk sebarang pertanyaan, boleh hubungi:

Box Office: +606 270 7777

Khidmat Pelanggan: +606-270 7700

Email: enquiry@encore-melaka.com

Waktu Operasi Kaunter Box Office:

Isnin - Sabtu : 10 pagi - 10 malam
Ahad: 10 pagi - 7 malam

Lokasi Encore Melaka:

No. 3 Jalan KSB - Impression 8, Impression City, Kota Syahbandar, 75200, Melaka, Malaysia.

Kalau Melaka adalah destinasi pelancongan korang, mesti masukkan agenda menonton persembahan teater Encore Melaka Impression Series dan mengambil gambar di sekitar bangunan Encore Melaka yang cantik dan unik ni ye.

4 Comments

  1. kalau tgok konsert dlm ni mmg teruja n best kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha tengok konsert pun sure best sangat sebab pentas dia pun special sungguh

      Delete
  2. menariknya !! kita suka gak show macam ni. ala ala teater musical gitu. and jelas message nak share. senang citer those yang smpai melaka especially pelancong blh pegi tengok.

    dinding luar dia lawa la.. sesuai OOTD =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau Siti ke Melaka wajib masukkan agenda tengok teater ni ye sebab memang lain dari yang lain. Jangan lupa juga bergambar di bangunan futuristiknya tuh

      Delete