Semalam den berpeluang menghadiri majlis perkahwinan anak lelaki dari keluarga usahawan terkenal iaitu Bonda Rozita Ibrahim yang juga merupakan adik lelaki kepada Dato Alif Syukri dan Puan Yatie Sendayu Tinggi yang berlangsung gilang gemilang di Dewan Felda Perdana Kuala Lumpur.
Semasa sidang akhbar yang disertai oleh Bonda Rozita Ibrahim, Dato Alif Syukri, Puan Yatie serta Datin Shahida, dimaklumkan bahawa majlis perkahwinan anak lelaki terakhir Bonda Rozita Ibrahim iaitu Aiman Hazeem dan pasangannya Siti Nurhafizah menyatukan dan merapatkan lagi silaturahim antara ahli keluarga yang berusaha bersama-sama daripada bawah hingga berjaya seperti hari ini.
Majlis perkahwinan yang melibatkan 4 majlis dilangsungkan tanpa tajaan mana-mana pihak dengan kos keseluruhan melebihi RM500 ribu adalah bagi meraikan kehadiran orang baru dalam keluarga usahawan ini, bukannya untuk menunjuk atau strategi pemasaran.

Bagi merealisasikan impian Bonda Rozita Ibrahim yang sememangnya peminat tegar perkara berkaitan tradisional dan klasik, beliau bukan hanya menjadikan wedding of the year ini begitu klasik penuh tradisi tetapi membawa lebih 1000 hadirin termasuk tetamu VVIP iaitu YAB MB Selangor mengenang kembali ke zaman kegemilangan bangsawan dan seni Melayu dengan:
1. tayangan cerita pendek berlatarbelakangkan cinta dua darjat antara kerabat diraja dan rakyat biasa yang akhirnya direstui; 
2. paluan kompang memukau;

3. pengantin perempuan diarak di atas tandu seumpama puteri raja;

4. diiringi pengiring seumpama dayang dan hulubalang istana;persembahan silat oleh pengantin lelaki;

5. tarian tradisional indah lemah gemalai;

6. sebahagian hadirin memakai busana tradisional songket dan cucuk sanggul, yang lelaki lengkap bertanjak serta bersampin;
7 bait puisi dan ayat-ayat daripada pengacara majlis seolah-olah berada di zaman Hang Tuah dan Tun Teja, pahlawan dan srikandi.

Di samping hidangan lauk pauk kenduri yang enak, semua hadirin dihiburkan dengan lagu-lagu tradisional. Penyanyi jemputan iaitu Dato Jamal Abdillah memeriahkan suasana majlis dengan suara gemersik beliau mendendangkan lagu-lagu popular beliau.
Tahniah seluruh ahli keluarga Bonda Rozita Ibrahim dan Dato Alif sekeluarga kerana menerima ahli keluarga baru. 

Terima kasih atas jemputan.

4 Comments

  1. Best tu dijemput ke majlis kenduri jutawan. Makan pun sedap2 belaka.

    ReplyDelete
  2. Bestnya dapat jemputan kahwin dari bonda

    ReplyDelete