Galeri yang korporat dengan maklumat berkaitan Bank Negara Malaysia yang lebih serious dan berfakta gitu.

Ada replika bilik Gabenor Bank Negara Malaysia di sini.

Maklumat ringkas latar belakang dan gambar semua Gabenor Bank Negara Malaysia. Lupa plak den nak ambil gambar di sini.
Ada maklumat perbandingan harga barangan daripada tahun 1960an hingga terkini di bahagian Bakul Barangan. Nih pun best sebab kiddos boleh belajar secara tak langsung sebab susunannya menarik dan maklumatnya simple.
Pameran fungsi dan sejarah Bank Negara Malaysia. Serious ada banyak sangat maklumat macam duit kertas pertama yang dikeluarkan, mesin tempa duit syiling, etc. Tak terambil gambar semua info yang best sebab boleh habis bateri handphone due to too many information.
Den tak sangka maklumat pada sekeping cek pun boleh buat den terpaku kat situ selama 5 minit untuk membacanya.
Dah 41 tahun hidup ni baru den tau yang logo Bank Negara diinspirasikan daripada Duit Kijang Kelantan.
Tak tau la sebab den dah semakin tua ke apa kan tapi lately maklumat-maklumat bersejarah walaupun yang sempoi macam touching sangat huhuhuhuhu.

Kalau korang dapat teka tahun Bank Negara Tanah Melayu ditubuhkan, korang dapat tengok replika barang-barang yang terdapat di dalam bilik kebal. Walaupun sempoi je game ni tapi menarik sebab kena tekan kod keselamatan baru boleh nampak khazanah dalam bank vault gitu.
Perlu spend at least 1 hour di sini ye.

So untuk maklumat details, korang boleh tengok:

Waktu Operasi: Isnin - Ahad (10 pagi - 6 petang). Hanya tutup pada 3 hari pertama Aidilfitri.



  

2 Comments

  1. ohooooi jongkong jongkong itu kalooo real peergh..
    kaaching kaaching jadinya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dapat seketul boleh ambil cuti tanpa gaji 6 bulan round the world gitu :))))))

      Delete