Hujung bulan lepas ke awal bulan ni ye den pun dah terlupa hehehehehe, jiran den yang merupakan peminat tegar buku ajak den menjenguk Will You Café, Oasis Village, Ara Damansara yang khabarnya ada buat bisnes sewaan novel. My kind of café gitu.
Apa yang special tentang Will You Café ni adalah ianya merupakan café + kedai menyewakan buku macam di Central Market.

Sama je konsepnya cam kat CM tuh. Kita bayar harga buku penuh. Lepas kita pulangkan within 3 months, dia akan tolak kos sewa buku dan pulangkan baki pada kita.

Contoh harga buku RM30. So kita bayar RM30 dulu. Dalam masa 3 bulan, kita pulangkan buku tuh, dia akan ambil RM5 untuk kos sewa buku dan pulangkan semula RM25 pada kita. Sebiji sejibon SOP kedai di CM tuh ha.

Ada pelbagai genre buku daripada fiction, non-fiction, kanak-kanak, etc. Memang boleh rambang mata tak tau nak pilih buku yang mana kita nak sewa. Den tak siasat buku apa pun sebab tak tergamak nak menyewa buku memandangkan berenyut-renyut lagi buku yang telah dibeli masih duduk dalam kotak huhuhuhuhuhu. Tapi den sempat menjeling sekilas pandang. Ternampak buku daripada Marian Keyes, David Baldacci dan John Grisham. Buku Harry Potter pun ado. Haish…menggoda sungguh.
Masalah normal si ulat buku. Nak pilih buku yang mana satu ye?
Café ni sediakan western food dan dessert serta kopi hipster. Pilihan sempoi je tapi memadai even kalau kita lepak kat sini 1 hari suntuk.
Ada juga disediakan sewaan game board. Menarik kan? 


Great selection of books for rental +  delicious food + hipster drink + free WiFi + welcoming environment will definitely make you want to spend the whole day here.

Tempat cosy + berenyut-renyut buku + delicious food = HEAVEN

Tempat ni memang my kind of place la sebab masa den belajar kat UKM dulu (tahun 1997-2001) memang la kerjanya turun ke CM setiap bulan nak mencari buku untuk disewa di kedai buku di situ. 

My usual problem whenever I go to this kind of place are too many books, too little time and not enough money huhuhuhuhu.

In sya Allah I will definitely come back to this gem at Oasis Ara Damansara.

So kalau korang nak check out tempat ni, details nya seperti kat bawah ye:

G20, Oasis Village, Oasis Village Square, Oasis Ara Damansara, 47301 Petaling Jaya, Selangor.
Waktu Operasi:

Isnin - Jumaat : 8 pagi - 8 malam

Sabtu: 9 pagi - 6 petang

Ahad dan Cuti Umum : Tutup



Tel: 03-76112105

2 Comments

  1. Menariknye konsep kedai ni. Jarang ke kawasan Ara Damansara sebenarnya. Tapi akan masuk checklist seandainye pergi ke sana nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Serious menarik tempat ni. Berbaloi-baloi lepak kat sini.

      Delete