Motel ni memang tidak terletak di tepi pantai. Ianya terletak di seberang jalan raya dari tepi pantai tetapi kalau berjalan nak ke pantai tuh in sya Allah dalam 10 minit tapi disebabkan kitaorang malas, kitaorang sewa skuter di motel ni. So bukan sahaja senang nak bergerak ke hulu ke hilir di dalam kawasan Pantai Cenang ni tetapi senang juga nak cari parking heheheheehe.
Dah ada skuter tuh memang sakan la kitaorang merempit ke sana sini. Budak-budak pun enjoy sebab seronok kot rasa angin kena direct pada muka masa naik skuter ni.

Motel ni memang serba mencukupi untuk keluarga kecil den.

Walaupun semua barang di dalam bilik adalah ala-ala old school tetapi bilik tetap selesa dengan semua kemudahan (air cond, televisyen, etc) yang berfungsi dengan baik.

Tilam pun empuk. Bantal tak momot. So memang okay la.
Disediakan seterika dan water dispenser di ruang guna sama.
Kawasan untuk berehat di luar bilik yang luas dan selesa.
Makanan dan minuman yang simple ada dijual di sini termasuklah aiskrim.

Kawasan tempat letak kereta yang agak luas dan berada di dalam kawasan berpagar. 
Yang specialnya ada disediakan sebuah rak yang mengandungi novels yang boleh kita pinjam untuk dibaca sepanjang kita menginap di sini tapi disebabkan den sakan berjimbaan dengan budak-budak ni, memang nan hado la masa nak membaca tuh.
Sewaan skuter atau motorsikal juga boleh dibuat di sini.

So memang just nice la untuk penginapan 1 malam kitaorang kat sini.

2 Comments

  1. not bad juga deco nya.. sesuai untuk lokasi tepi pantai kan..
    lama sangat ni x pi Langkawi. bila nak pi gi.. nak cocolat !!

    ReplyDelete
    Replies
    1. sekarang ni lagi macam-macam spesies coklat dok ada kat Langkawi

      Delete