Sejak dah masuk 40 tahun ni, tak sure kenapa tiba-tiba boleh terminat nak mula menanam plak dah. Sebab dah tua barangkali kan? Tapi setakat nih den hanya berminat nak menanam pokok herbs dan sayur. Tak berminat lagi nak tanam pokok bunga.

So bila berkecimpung di dalam cubaan nak menanam pokok ni, den memang suka la tengok gambar-gambar pokok menghijau di instagram dan FB.

Baru-baru nih terjumpa instagram Kebun Ali. Walaupun post nya dalam instagram tuh tak banyak sangat tetapi tetap la teruja sebab anak pokok dijual serendah RM1.50 sehingga RM10.00.

Tak kisah la kan walaupun diletak di dalam poli beg tetapi teruja tengok harga macam tuh sebab memang murah kot dan tak terjumpa di nursery pokok yang bertaburan di Sungai Buloh tuh hehehehehhee. 

Dan yang lagi best baja yang digunakan adalah baja organik.

Harga anak pokok murah sebab Pak Ali tanam pokok-pokok ni kat halaman rumah dia yang sayup mata memandang. Terkesima tengok laman rumah besar-besar sekarang ni sebab kita pun tau harga tanah kat Selangor ni melambung-lambung kot.

Ada satu hari yang den terlapang tuh, den jengah Kebun Ali yang terletak di Saujana Utama, sepelaung je dari pintu gerbang Saujana Utama tuh.

Masa den sampai tuh Pak Ali nya tak ada sebab menghantar pokok ke tempat lain.

Den dilayan mesra oleh isteri Pak Ali dan anak menantu beliau.

Ada anak pokok jagung, jambu bol, pudina, basil, bayam brasil, kacang renek, bendi, kacang botol, tomato, kobis, kucai, kesom, etc.
Kucai (RM1.50) dan kobis yang tak dijual huhuhuhuhu
Anak pokok bendi (kalau tak silap) RM 1.50
Anak pokok kacang renek RM 1.50
Lupa dah ni anak pokok apa
Anak pokok tomato ke ye lupa sudah tapi harganya RM 1.50
Anak pokok kobis RM1.50
Anak pokok jambu bol ni RM 10
Geram tengok segar bugar sangat ni
Den sempat rembat anak pokok pudina, basil, bayam brasil, kacang renek, bendi, kacang botol, tomato dan kobis. Semua anak pokok ni RM 13 je. Lepas tuh den beli 2 beg campuran tanah RM 10.
Anak-anak pokok yang sempat den rembat
Ini pun sebab balkoni den sekangkang kera je. Kalau rumah atas tanah dan ada ruang gamaknya harus la den borong habis semua spesies pokok yang ada di Kebun Ali ni.

Den dok jek pokok kailan tapi disebabkan takde anak pokok lagi, makanya takde la dijual pokok kailan yang handsome tuh.

Den tak sempat nak ambil gambar banyak sangat di kawasan Kebun Ali ni sebab dok sakan menyembang dan nak kejar masa kiddos dok tidur mereloh dalam kereta tuh.


Masa nak balik tuh sempat wife Pak Ali bagi den bekal kacang panjang dan kailan. Segar bugar sungguh sayur-sayur ni. Rezeki den dapat sayur free ni heheheehehe.
Tada.....dapat sayur free dari Kebun Ali. Segar sungguh kacang panjang dan kailan nih kan. Lepas buat makan 3 kali. Alhamdulillah
So kepada sesiapa yang nak mencari anak pokok dengan harga murah boleh hubungi Pak Ali sebelum ke kebunnya ya.

Instagram @kebunali

4 Comments

  1. Wah, banyaknya anak pokok dia. Syok bertanam ni, lagi2 kalo memang ada tanah dekat rumah. Menarik ni, leh usha nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang best ada kebun kan? Cuba usha kalau sempat nanti. Sure dari 3 anak pokok menjadi 8 anak pokok yang dibelinya nanti hehehhehhee

      Delete
  2. orang berbudi pada tanah ni memang xkan rugi. kalo mak CT memang pokok munge la. kita kadang2 jadi mangsa kena tolong siram tolong kelebet daun2 rosak. i is x minat.. tapi bila bunga da kembang kite sukala hehe..

    kalo tanam herbs n sayur best jugak kan =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha....sama la kita. Masa zaman KSarie sekolah dulu selalu juga menjadi mangsa kena menyiram pokok bunga nenek dan mak long. Memang jatuh x minat langsung nak membela pokok. Tapi sejak dah masuk umur 40an ni tetiba plak minat pokok tapi tuh la, minat sayur dan herbs setakat ni. Pokok bunga belum sampai seru hehehehee

      Delete