Den berpeluang menyertai bengkel dan lawatan teknikal di Kuching pada pertengahan Disember selama 4 hari 3 malam.

Semua peserta bengkel menginap selama 2 malam di Riverside Majestic Hotel Astana Wing, Kuching.

Serious cantik sungguh hotel yang terletak betul-betul di seberang jalan menghadap ke Sungai Sarawak.

Banyak je hotel lain berada di lokasi yang sebaris dengan Riverside Majestic Hotel Astana Wing ni tapi disebabkan ianya merupakan hotel yang paling muda berada di situ, keterujaannya lebih sikit hehehehehhe.
Hotelnya yang paling kanan sekali. Gambar nih den ambil di seberang sungai selepas shopping kek lapis Sarawak.
Dapat plak bilik yang menghadap Sungai Sarawak, memang lagi best la perasaannya. Dari bilik den nih, boleh nampak bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, pusat jualan kek batik, port untuk menaiki sampan dan Fort Margherita. Memang a very nice dan superb view.
View dari bilik den
Bilik hotel memang superb. Tilam yang super empuk dengan bantal siap kusyen bagai tuh menyebabkan den rasa macam nak buat-buat terlupa je ada bengkel langsung tertidur pengsan macam tuh tapi disebabkan ada roommate kan makanya tak tercapai la hasrat nak bermalas-malasan di atas katil yang best tuh sambil melayan movie.
Kemudahan yang disediakan di bilik ni memang ada extra la daripada hotel-hotel lain yang den pernah menginap iaitu set kiwi kasut. First time kot den jumpa dalam hidup den hehehehehe.
Kemudahan lain yang ada adalah peti besi, iron dan iron board, mineral water, kopi, teh, etc.
Bilik air yang moden dan selesa macam di hotel ni memang boleh membuatkan den spent masa berlama-lamaan di dalamnya, bersiram bukannya mandi gittew.
Siaran televisyen memang best la kan sebab banyak channel cuma den je tak sempat nak tengok sebab sakan bebeno nya la berbengkel.

Den tak sempat nak ambil gambar barang sekeping di bilik yang kitaorang gunakan untuk berbengkel. Semua kemudahan lengkap. Menarik je la kalau nak berbengkel atau berseminar di sini. Supper dia pun boleh tahan sedap.

Hotel nih terletak bersebelahan dengan Parkson dan di seberang jalan memang ada pelbagai kedai makan dan memang boleh berjalan kaki (walaupun akan agak berpeluh sedikit) untuk menghayati keindahan air pancut berirama pada waktu malam tapi disebabkan jadual yang padat, tak tersempat pun nak pergi tengok air pancut tuh disebabkan dah kepenatan dan tertidur pengsan selepas habis program + cuaca hujan yang boleh tahan lebat selama dua malam kitaorang menginap di sini.

Kalau pergi mana-mana hotel, den sokmo je excited nak makan breakfast yang disediakan. Bagi den, breakfast spread di hotel ni agak meriah tapi yang mahal adalah breakfast with the view gittew (menikmati breakfast sambil melihat keindahan Sungai Sarawak). Breakfast like a king katanya.
Jangan ditanya berapa kalorinya huhuhuhuhu
Kalau datang lagi ke Kuching, rasa macam nak menginap lagi di hotel ni.

2 Comments

  1. salam perkenalan sis..

    cantik view..sy blm pernah lagi menjejak kaki ke Sarawak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam perkenalan.

      Ha...nanti ada rezeki singgah ke Sarawak k. Tempatnya cantik, makanannya sedap, etc.

      Delete