Sepanjang 4 malam di sini, memang la kitaorang masak sebab tak tau nak buat apa melainkan tengok televisyen, tengok socmed, bergossipan, etc di samping perut cepat lapar disebabkan cuaca sejuk kat sini (17C).

Breakfast pun masak juga.

Disebabkan banyak masa terluang dan kitaorang terbangun awal, kitaorang tetap masak breakfast walaupun breakfast dah termasuk dalam pakej travel agent tuh.

So memang kerja makan sampai lebam je la bila kitaorang ada kat homestay nih hehehehehhee.

Kitaorang cuma bawa beras, 2 pack maggi dan 4 bekas sardine. Tuh je.

Minyak masak, garam, gula dan sos disediakan oleh tour agent.

So barang mentah lain dibeli di Coles.

Harga barang-barang mentah yang dibeli di Coles boleh tahan juga sebab dalam kepala dok kalut convert pada RM heehhehehe tapi tetap la sakan shopping segala ayam, udang, sayur-sayur, telur, serbuk teh, serbuk kunyi bagai. Siap tapau jajan lagi.

Disebabkan ada yang rajin nak layan memasak bagai, makanya memang meriah la kan. Makan macam dinner kat rumah sendiri. Kalau harap kat den nih ha, makan maggi dan roti sudah la. Memang dasar pemalas baloq macam nih la.

Saja je la den share gambar-gambar sesi masakan di homestay beserta hidangan yang disediakan oleh chef yang diimport khas dari Kuala Pilah. Buat kenangan untuk diri sendiri.

Orang yang memang terror masak nih bagi la bahan apa pun kan, memang menjadi je. Awak nih ha dah tak reti masak, tolong la potong bawang hehehhhehee.
Macam mana nak berangan nak migrate bagai kalau masak pun nak kena pakai sweater macam nih ha
Kontrak potong memotong bahan masakan bagi kat den je la
Dinner day 1. Sakan menu macam kat Malaysia kan.
Breakfast day 2
Dinner day 2
Dinner day 2
Breakfast day 3
Dinner day 3. Siap ada udang bagai.
Breakfast day 4. Sekali dengan nasi putih dengan telur goreng. Lupa ambil gambar.
Dinner day 4
Budak nih tugas dia basuh semua pinggan mangkuk yang diguna dan buang sampah

2 Comments

  1. Wadu banyak juadah ya..rajin puan memasak untuk keluarga tersayang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Heehehheehe....kawan yang masak. Kita nih tukang potong bawang dan tukang makan je

      Delete