Jalan-Jalan Ipoh - Kepala Batas

Habis je program Blogger’s Gathering di Blueblue Playland, Gunung Rapat, Ipoh tuh dalam pukul 4 petang, kitaorang terus je gerak ke Kepala Batas. Ada urusan kat sana sebenarnya sebab tuh kitaorang tidur semalam kat situ tapi dah takde rezeki, disebabkan misscomunication tak dapat terlaksana la urusan yang menyebabkan kitaorang ke Kepala Batas tuh tapi okay je la jauh berjalan luas pemandangan gittew hehehhehehe.

Tak sangka Kepala Batas quite happening k. Banyak pembangunan rancak dilaksanakan (ayat gomen habis ni) tapi dalam keadaan teratur. Bagus betul Rancangan Tempatan depa nih. Ada satu pembangunan rumah semi-d yang nampak menarik sedang dibuat tapi tak sempat nak tengok sebab kitaorang sampai sini pun dah malam tapi memang nampak mengancam dari kejauhan. 

Seronok tengok kawasan membangun tapi terancang. Serious rasa best kat sini. Rasa macam nak pindah Kepala Batas plak hehehheehhe.

Di kawasan hotel Jannah yang kitaorang menginap tuh, semua ada. Ada pelbagai kedai makan, kedai pakaian dan tudung (Fareeda, Ariani semua ada), another hotel bajet (kalau tak silap nama Hotel Kamelia), etc.

Disebabkan kitaorang hanya singgah semalam kat Kepala Batas ni, tak sempat nak merayau mana pun sebab sampai pun dah malam. Kedai makan yang direkomendasikan oleh ramai orang pun tak tersempat nak terjenggah huhuhuhuhuhu.

In sya Allah nanti bila ada rezeki lebih dan berkelapangan, kita ronda-ronda Kepala Batas lagi. 

A great neighbourhood to live in for me.
Sempat makan nih kat Ipoh sebelum bergerak ke Kepala Batas lepas tuh musykil kenapa berat asyik naik

2 comments:

  1. eheheh kita memang sentiasa tertnya kenapa berat kita naik =P

    ReplyDelete

Powered by Blogger.