Pada 7 Ogos 2018 bertempat di Concourse Suria KLCC, OSIM telah menganjurkan pertandingan bagi beberapa peserta yang telah disenaraipendek bagi memenangi pelbagai hadiah bernilai RM250,000.
Produk-produk OSIM yang terdapat di tempat pertandingan
Sebanyak RM250,000 nilai produk yang dimenangi pada 7 Ogos 2018 di ‘Peraduan Osim Sayangi Ibu Bapa Anda’, dan pemenang Hadiah Utama memandu pulang Nissan X-Trail 2.5L bernilai RM 170,362!

Terdapat dua kategori peraduan, di mana ia berlangsung bermula 18 April sehingga 1 Julai tahun ini, dianjurkan oleh OSIM Malaysia sebagai tanda penghargaan untuk pelanggan yang berbelanja di OSIM sempena hari ibu bapa.

Peraduan ini dianjurkan untuk menggalakkan pelanggan bagi meraikan hari ibu bapa (Hari Ibu pada bulan Mei dan Hari Bapa pada bulan Jun) dengan produk OSIM, memandangkan OSIM percaya bahawa produknya memberi manfaat kepada kesihatan semua orang, serta menjadi hadiah terbaik buat ibu bapa.

“Objektif kami adalah untuk meraikan rasa cinta dan sayang kepada ibu bapa, serta menunjukkan penghargaan kepada para pelanggan kami dan memberi ganjaran terhadap mereka di atas sokongan berterusan mereka selama ini.

"Peraduan ini telah mendapat sambutan hebat daripada para pelanggan kami. Pada saya, salah satu acara utama yang ditampilkan daripada peraduan ini, adalah mengenai kisah yang menyentuh perasaan daripada peserta peraduan yang memberitahu kami mengapa ibu bapa mereka layak mendapat kerusi urut OSIM. Terima kasih kerana berkongsi dengan kami kisah dan buah fikiran anda serta menyertai peraduan ini. Terima kasih sekali lagi untuk penyertaan anda semua. Kami akan mengetahui dengan segera siapa yang akan membawa pulang hadiah yang akan  disampaikan hari ini di KLCC, " kata Pengurus Besar OSIM, Chia Sook Fun.
Pengurus besar OSIM, Ms Chia Sook Fun memberikan kata-kata aluan
Para pemenang telah dipilih pada hari tersebut melalui beberapa pertandingan mudah di antara peserta yang disenarai pendek.

Terdapat dua kategori dalam peraduan ini.

Di bawah Kategori 1 (Kat 1), mana-mana pelanggan yang membeli kerusi urut OSIM berpeluang membawa pulang Hadiah Utama Nissan X-Trail 2.5L CVT Aero Edition bernilai RM 170,362.
5 orang finalis yang berentap di dalam pertandingan memasang puzzle logo OSIM
2 orang finalis terakhir iaitu Mr Tan Eng Yong dan Mr Lau Li Kung yang berentap pada pertandingan terakhir bagi memenangi hadiah utama iaitu Nissan X-Trail 2.5L
Selain Hadiah Utama, para peserta di bawah Kat 1 telah bersaing untuk empat jenis hadiah lain:

Hadiah Pertama: Kerusi Urut  uNano OSIM  x 1 unit
Hadiah Kedua: Pengurut Kaki uStiletto OSIM x 3 unit
Hadiah Ketiga: Pengurut Kepala uCrown 3 OSIM x 5 unit
Hadiah Saguhati: Pengurut belakang uHip OSIM x 10 unit

Manakala bagi Kategori 2 (Kat 2), Hadiah Utama sebuah kerusi urut uDivine Mini OSIM bersedia untuk dimenangi oleh sesiapa sahaja yang berbelanja minimum RM250 dalam satu resit.

Di samping itu, peserta di bawah Kat 2 akan memenangi:

Hadiah Pertama: Pengurut belakang uJolly OSIM x 3 unit
Hadiah ke-2: Pengurut Mata uGalaxy OSIM x 5 units
Hadiah ke-3: Pengurut Kepala uScalp OSIM x 10 unit

Antara pemenang bagi semua hadiah yang ditawarkan adalah Belle Lim Pin Kit, Mohd Hanif Bin Mohr, Ong Ai Leng representative, Tan Eng Yong, Yee Tuck Seang, Lau Li Kung, Lee Ban Fatt, Zatul Nadiah, dan Lai Say Chin. 
Pengurus Besar OSIM, Ms Chia Sook Fun bersama sebahagian pemenang. Dari kiri Belle Lim Pin Kit, Mohd Hanif Bin Mohr, Ong Ai Leng representative, Tan Eng Yong, Ms. Chia Sook Fun, Yee Tuck Seang, Lau Li Kung, Lee Ban Fatt, Zatul Nadiah
Pengurus Besar OSIM, Ms Chia Sook Fun bersama sebahagian pemenang. Dari kiri Belle Lim Pin Kit, Mohd Hanif Bin Mohr, Ong Ai Leng representative, Ms. Chia Sook Fun, Lai Say Chin dan keluarga
Pemenang Hadiah Utama yang memandu pulang Nissan X-Trail 2.5L bernilai RM 170,362 adalah Encik Tan Eng Yong.
Pemenang hadiah utama iaitu En Tan Eng Yong
Pengurus Besar OSIM, Ms Chia Sook Fun bersama Pemenang Hadiah Utama, Encik Tan Eng Yong
Tahniah kepada semua pemenang.

Mengenai OSIM (Malaysia) Sdn Bhd

OSIM (Malaysia) Sdn Bhd ditubuhkan pada tahun 1992. OSIM Malaysia merupakan sebuah syarikat produk gaya hidup sihat terkemuka yang memperolehi peningkatan bahagian pasaran dan pengukuhan status kepimpinan yang berterusan.

Dengan lebih daripada 47 cawangan di seluruh negara dan masih berkembang lagi, OSIM Malaysia memberikan keutamaan kepada inspirasi individu bagi mengawal kesejahteraan mereka dan berusaha ke arah kesihatan and kehidupan yang sempurna. Perniagaan holistik OSIM pada masa ini memberi penekanan kepada empat fokus pelengkap – Relax and Relieve (melegakan badan dan urut); Tone and Shape (toning and membentuk badan serta mengurangkan kalori); Check and Measure (pemantauan kesihatan); serta Clean and Purify (penulenan udara, memerangi kekotoran, alergen dan bakteria).

Selama ini, OSIM Malaysia telah menerima senarai anugerah dan penghargaan atas pencapaian cemerlang mereka dan ini termasuk diiktiraf sebagai “Rantaian Runcit Peralatan Kesihatan dan Penjagaan Terbesar di Malaysia” oleh Malaysia Book of Records pada tahun 2001; selama tiga tahun berturut-turut 2002-2004 OSIM Malaysia dipilih sebagai Superbrand Malaysia; serta dianugerahkan sebagai 2006, 2007 dan 2008 Jenama Terbaik dalam penjagaan kesihatan dan gaya hidup kategori untuk Kerusi Urut oleh Organisasi The Brand Laureate. Baru-baru ini, OSIM juga telah memenangi kedudukan perak dalam Kategori Kesihatan PUTRA Brand Awards pada tahun 2010 dan 2011.

0 Comments