Primeworks Studios dengan kerjasama Penerbitan Karyaseni Sdn. Bhd. telah melancarkan sebuah novel berjudul PULANG, yang diadaptasi daripada filem Pulang yang bakal ditayangkan di pawagam tidak lama lagi. Majlis pelancaran itu diadakan pada hari pembukaan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2018 yang bertempat di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada hari Jumaat, 27 April 2018.

Pelancaran yang bertempat di Tanjung Lounge Riverside Restaurant, PWTC inin telah dirasmikan oleh Datuk Ahmad Izham Omar, Ketua Pegawai Eksekutif Primeworks Studios dan Dato’ Sri Wan Mohd Muzri Ramli, Pengarah Urusan Penerbitan Karyaseni Sdn. Bhd. Majlis pelancaran itu turut dimeriahkan dengan kehadiran bintang utama filem PULANG iaitu Remy Ishak dan Puteri Aishah yang melakonkan watak Othman dan isterinya, Che Tom. Sebuah sesi beramah mesra serta sesi menandatangani novel turut diadakan buat para peminat bersama barisan pelakon dan penulis yang telah memenangi pelbagai anugerah, Lily Haslina Nasir.

Majlis pelancaran Novel PULANG ini dimulakan dengan sesi perbincangan ringkas di antara tunggak utama novel ini iaitu Datuk Ahmad Izham Omar, Ketua Pegawai Eksekutif Primeworks Studios, Dato’ Sri Wan Mohd Muzri Ramli, Pengarah Urusan Penerbitan Karyaseni Sdn. Bhd. dan Puan Lily Haslina Nasir, pengarang Novel PULANG.
Dari kiri cik pengacara majlis, Datuk Ahmad Izham Omar, Dato'Sri Wan Mohd Muzri Ramli dan Puan Lily Haslina Nasir

Datuk Ahmad Izham Omar, Ketua Pegawai Eksekutif Primeworks Studios di dalam ucapannya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan novel PULANG ini. Menurut beliau, novel adalah sebuah platform yang terbaik bagi tujuan memperluaskan kandungan dari digital, TV dan filem. Primeworks Studios berharap novel ini dapat dihayati oleh semua lapisan masyarakat. Datuk Ahmad Izham Omar turut mengatakan bahawa adalah menjadi harapan Primeworks Studios untuk mengkonsepkan lebih banyak kandungan novel yang lebih hebat di masa hadapan.

Novel PULANG menceritakan sebuah kisah epic merentas 3 generasi, dari tahun sekitar 1940an sehingga ke masa kini. Novel ini mengisahkan tentang seorang kelasi bernama Othman yang berasal dari Serkam, Melaka yang menempuh pelbagai rintangan dan dugaan ketika belayar ke segenap pelusuk dunia untuk memenuhi janjinya mencari harta dan kekayaan buat isterinya, Che Thom dan anak lelaki tunggalnya, Omar. Sepanjang pemergian suami tercinta, Che Thom setia menanti kepulangan suaminya siang dan malam selama 61 tahun.

Dato’ Sri Wan Mohd Muzri Ramli, Pengarah Urusan Penerbitan Karyaseni Sdn. Bhd. di dalam ucapannya mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Primeworks Studios kerana memberi kepercayaan kepada mereka untuk kerjaya yang pertama dalam menghasilkan novel yang diadaptasi dari filem berjudul PULANG ini. Beliau percaya novel ini akan mendapat sambutan orang ramai dan berharap kerjasama ini akan berterusan di masa akan datang.

Novel PULANG adalah sebuah hasil nukilan novelis terbaik yang dikenali dengan nama pena Lily Haslina Nasir. Beliau berpengalaman menulis lebih daripada 30 buah novel termasuklah Izinkan Aku Jadi Sayapmu dan Lelaki Lingkungan Cinta. Nukilan beliau pasti akan menyentuh perasaan pembaca dengan memberikan gambaran hidup nelayan dan kelasi yang merentas lautan pada era 40-an sehingga 60-an.

Novel PULANG seterusnya dilancarkan oleh Datuk Ahmad Izham Omar, Ketua Pegawai Eksekutif Primeworks Studios, Dato’ Sri Wan Mohd Muzri Ramli, Pengarah Urusan Penerbitan Karyaseni Sdn. Bhd., Puan Nor Shahila Harun Shah, Pengurus Besar Produksi Filem dan Drama, Primeworks Studios, Haji Omar bin Othman, Puan Lily Haslina Nasir, pengarang Novel PULANG, Remy Ishak dan Puteri Aishah.

Hero dan heroin filem PULANG bersama pengarang novel PULANG, Puan Lily Haslina Nasir
Novel PULANG ini diinspirasikan daripada kisah hidup sebenar Datuk Ahmad Izham Omar dan Omar Othman ini boleh didapati di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2018 mulai hari ini. Hanya terdapat 8,000 naskah cetakan pertama edisi terhad yang menampilkan Remy Ishak sebagai Othman sebagai muka hadapan. Novel ini boleh dibeli dengan harga RM 25.00 di Semenanjung Malaysia dan RM 28.00 untuk Sabah dan Sarawak.

Novel PULANG akan tiba di kedai-kedai buku seperti MPH, Popular dan kedai buku berhampiran mulai pertengahan bulan Mei 2018. Pembaca boleh mendapatkan novel ini melalui aplikasi Karyaseni (yang boleh dimuat turun dari Google Play atau App Store), Lazada, dan laman sesawang Karyaseni di www.karyaseni.my

Untuk maklumat lanjut mengenai filem PULANG, sila lawati laman Facebook rasmi di www.facebook.com/pulangthemovie. Filem PULANG yang diarahkan oleh Kabir Bhatia bakal ditayangkan di pawagam di seluruh Malaysia selepas Hari Raya Aidilfitri 2018.

Bagi melihat teaser trailers bagi filem PULANG ini, bolehlah melayari:

PULANG Teaser Trailer #1 https://youtu.be/PjOwsZt_z_4

PULANG Teaser Trailer #2 https://youtu.be/ZN0Ollaszxo

PULANG Teaser Trailer #3 https://youtu.be/DQ2upjEOyB0

Jom dapatkan novel PULANG di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2018.
Novel PULANG sebagai cendera hati oleh Primeworks Studios dan Penerbitan Karyaseni Sdn Bhd kepada mereka yang menghadiri Majlis Pelancaran Novel PULANG
Terima kasih kepada Primeworks Studios dan Penerbitan Karyaseni Sdn. Bhd. kerana sudi menjemput den menghadiri majlis pelancaran Novel PULANG ini.
Heroin filem PULANG, Puteri Aishah
Hero filem PULANG, Remy Ishak
Of course la den mengambil kesempatan mengambil gambar dengan Hero Malaya ni

2 Comments

  1. Wahhhhhh Hebat Akk.... Nanti kita pergi pelancaran filem pula .. 😁😁😁😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. In sya Allah kalau Primeworks Studios sudi jemput kita...kita pergi ye Sikin

      Delete