Ha…..untuk book lovers….Pesta Buku Selangor datang lagi.

Tajuk di atas dah menerangkan semua maklumat yang diperlukan untuk menghadirkan diri ke Pesta Buku Selangor SACC yang akan berlangsung lagi 9 hari lagi.

Antara komponen yang boleh ditemui di Pesta Buku Selangor adalah:

Of course la lots of books. Pelbagai genre dok ada daripada biografi, non-fiction, fiction, kraftangan, komik, buku kanak-kanak, buku kerja, buku rujukan, etc.

Booth PTPTN. So boleh buka akaun SSPN atau SSPN-plus untuk anak-anak di sini. Boleh juga berdiskusi tentang bayaran PTPTN yang tertunggak dengan staffs yang bertugas di booth ini.

Beberapa booths jualan makanan ringan termasuk jeruk, madu, keropok, kuih, sos, etc.

Booth jualan pakaian macam Ana Muslim (eh betul ke ni), tshirts, etc.

Booth menjual barang permainan yang memang akan menggoda hati kanak-kanak langsung bakal menyebabkan kerobekan poket parents bakal menyebabkan kerobekan poket parents. 

Booth penjualan buku pembelajaran Bahasa Inggeris untuk kanak-kanak iaitu Grolier dan Noddy.

Booth BSN Prudential. Kita boleh bertanyakan tentang medical card, perlindungan insurans, hibah takaful, etc di sini. 

Kita boleh memenangi hadiah botol air apabila menjawab 5 soalan berkaitan Smart Selangor di booth Smart Selangor di pintu masuk Pesta Buku ini.
Hadiah botol air kalau berjaya jawab semua 5 soalan dengan betul. Kalau bawa anak-anak, diaorang boleh dapat pensel warna free
Soalan bocor hehehehehe. Tapi jawapan untuk soalan nombor 1 tuh adalah C k iaitu Smart Governance. Den tersalah jawab da...ceh betoi
Ada pelbagai booths lagi la yang den dah tak ingat hehehehehehe.

Ada pelbagai aktiviti menarik yang disediakan di Pesta Buku Selangor setiap hari seperti face painting booth, robotic show, taklimat keusahawanan, ceramah, etc. Setiap aktiviti adalah berbeza pada setiap hari.

Yang paling menarik of course la cabutan bertuah RM 500 bagi 9 orang pengunjung bertuah setiap hari. Pembelian RM30 bagi resit buku yang boleh dicampur-campur di Pesta Buku Selangor ini akan melayakkan kita mengisi sehelai borang cabutan bertuah.

Memang terbaikkkkk la Pesta Buku Selangor 2018 pada kali ini.

Jom bawa keluarga anda ke sana. 

Untuk dapatkan maklumat lanjut tentang pelbagai program menarik yang disediakan sepanjang Pesta Buku Selangor yang sedang berlangsung, bolehlah merujuk kepada Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) melalui:

Instagram : @selangorlibrary


Laman sesawang : http://www.ppas.gov.my/

#Dikhabarkan akan diadakan sesi ramah mesra bersama superheroes pada 31 Mac dari 1030 pagi hingga 1 petang semasa pelancaran Pesta Buku Selangor ini oleh YAB MB Selangor. Lets go and meet the superheroes.

Kalau den bawa si A, sure dia akan melekat dekat booth yang jual buku-buku superheroes. Kalau si F pula, sure akan melekat dekat booth yang jual buku dan patung dinosaurs.

0 Comments