Den beli dvd nih sebab Idris Elba (what else right?) tapi 5 minutes into the movie, I fell in love with Jessica Chastain sebab dia sangat cemerlang sebagai Molly Bloom.

Movie yang ditayangkan pada September 2017 nih mempunyai jalan cerita sangat menarik dan fast pace. Walaupun ianya dalam kategori drama tapi jalan cerita yang best membuatkan kita tertunggu-tunggu apa scene seterusnya. Jessica Chastain sangat mantap sebagai Molly Brown. Cantik sungguh minah nih. So Idris Elba in this movie is sort of eye candy je la. Kalau takde Idris Elba pun takpe je gittew.

Molly’s Games Movie ini diadaptasi daripada buku yang dikarang oleh Molly Brown berdasarkan kisah benar hidup beliau.

Molly Bloom merupakan seorang bekas atlet freestyle skiing yang dipush oleh ayahnya yang merupakan seorang professor psikologi untuk berjaya dalam pelajaran dan sukan. Bak kata Molly ‘achievement in academic and sport is compulsory’ untuk keluarganya. Perkara ini menyebabkan konflik hubungan Molly dan ayahnya.

Walaupun Molly pernah mengalami masalah tulang belakang bengkok dan menjalani pembedahan memasukkan besi bagi meluruskan tulang belakang tersebut, beliau tetap gigih bertanding luncur salji.

Semasa Molly Bloom bekerja untuk seorang lelaki (Dean Keith) yang menguruskan poker game, beliau yang sememangnya cerdik mempelajari tentang poker game dan perkara berkaitan dengannya. Selepas Dean memecat beliau, Molly gamble semua life saving yang telah dikumpul semasa membantu menguruskan poker game dengan membuat anjuran poker game beliau sendiri yang stylish dan elite.

Poker game anjuran Molly menjadi pilihan ramai orang kenamaan yang telah dibuat background check oleh Molly sebelum dibenarkan untuk joint the poker game elite club tersebut. Molly siap menyiasat latar belakang setiap pemain tersebut termasuk dengan melihat cara permainan mereka di kelab yang diaorang selalu kunjungi.

Selepas Molly berjaya menganjurkan poker game ini dengan cemerlang, beliau dikhianati oleh Player X.

Walaupun selepas dikhianati Molly down sangat, dia akhirnya bangun semula di dalam bisnes penganjuran poker game yang lebih elite yang melibatkan taruhan yang lebih tinggi dan pemain-pemain yang lebih gempak.

Walaupun Molly berjaya mengumpulkan duit yang banyak tetapi life beliau sunyi menyebabkan beliau terjebak dengan pelbagai jenis dadah.

Masa ni ada seorang pemberi maklumat FBI, Doug yang berjaya masuk ke dalam poker game elite nih. Pada masa yang sama, Russian mobster turut joint the club.

Ada Italian mafia nak joint venture bisnes poker game dengan Molly tapi dia menolak. Akibatnya dia kena belasah dengan konco Italian mafia nih.

Apabila seorang client Molly yang merupakan seorang pengasas skim cepat kaya ditangkap FBI, dia telah bercerita tentang poker game yang dianjurkan oleh Molly.

Duit Molly dalam akaun diambil oleh Jabatan Peguam Negara dan Molly diminta bekerjasama untuk memberi keterangan berkaitan aktiviti Russian mobster yang pernah menjadi client poker game beliau.

Molly akhirnya melantik Idris Elba (Charlie Jaffey) untuk sebagai peguambela beliau. Akhirnya Molly dijatuhkan hukuman untuk membuat kerja-kerja komuniti selepas beliau mengaku bersalah pernah menganjurkan poker game tanpa lesen camtuh la.

Den paling scenes suka masa dia bersedia nak mulakan anjuran poker game lepas dipecat oleh Dean dan lepas dikhianati oleh player X. Scenes pembuatan meja dan chips untuk poker games, pekerja yang terlibat, jenis makanan, etc. Scenes yang menunjukkan kebijaksanaan Molly di dalam menyediakan persekitaran untuk berjudi dengan selesa dan berprestij memang sangat addictive.

Bagi den watak lawyer yang dibawa oleh Idris Elba tuh kalau dibagi pada mana-mana pelakon lain yang tak terkenal pun takpe je sebab watak dia sikit sangat dan tak mencabar mana langsung.

#Cuma of course bila Idris Elba muncul dalam mana-mana scenes yang ada, my heart will go awwwww for him.
Hello heartbreaker
Oh….hampir terlupa pula. Kevin Costner pun berlakon dalam movie nih sebagai ayah Molly. Wataknya pun sekupang je.

Den boleh katakan movie nih 90% dihidupkan dengan cemerlang oleh Jessica Chastain je.

Movie ini mengisahkan bahawa tidak kira apa yang berlaku di dalam hidup termasuk kegagalan dalam pelbagai perkara, kita perlu bangkit kembali dan teruskan hidup dengan bersungguh-sungguh seperti kata Winston Churchill yang diquote dalam movie nih iaitu ‘success is the ability to move from one failure to another without loss of enthusiasm’. Movie ini juga menekankan tentang kepentingan dan keutamaan integrity dalam hidup di mana Molly Bloom sanggup mengaku bersalah daripada memberikan maklumat tentang orang yang pernah bermain judi di bawah kelolaannya.

Serious movie nih best k. Sungguh den tak sangka. Akan ulang tengok rasanya nih.

4 stars.

#Sebelum tengok movie ni, den tak tau pun siapa itu Molly Brown dan tidak tahu tentang kewujudan buku yang yang dikarang oleh beliau. Lepas menonton movie nih, rasa macam kena cari la buku tuh. Hmmmm.

0 Comments