Den baca buku nih dalam masa seminggu dalam awal Disember tapi tak tersempat-sempat nak cerita sekupang dua pasal buku.

Buku nih menceritakan tentang Nina Borg, seorang jururawat yang secara tak sengaja terlibat di dalam kes seorang budak yang ditemui di dalam sebuah beg di dalam loker di sebuah stesen keretapi di Copanhegan. 

Pelbagai cara Nina terpaksa lakukan untuk memastikan dia dan budak lelaki berusia 5 tahun tersebut (Mikas) selamat daripada ditangkap oleh orang yang menculik Mikas di samping mencari jalan untuk mencari keluarga Mikas.

Mula-mula baca buku nih den ingatkan cerita pasal cerita perdagangan organ yang biasa-biasa.

Rupa-rupanya Mikas diculik oleh orang yang diupah oleh Jan yang telah membeli abang Mikas (Aleksander) daripada ibunya pada 10 tahun lepas camtuh la. Mikas diculik kerana Jan hendak mengambil buah pinggang Mikas untuk diberi Aleksander yang mengalami masalah kerosakan buah pinggang dan bergantung sepenuhnya kepada mesin dialysis.

Jalan cerita memang mendebarkan dari mula sampai habis. Memang menarik cumanya endingnya macam abrupt plak. Tak tau apa kesudahan antara Mikas dan Aleksander, samada mereka akhirnya ditemukan sekali sekala antara satu sama lain atau Anne (ibu angkat Aleksander) membantu Mikas dan ibunya yang hidup susah, etc.

Macam tak puas hati sikit dengan ending buku nih hehehehhee.

4 stars daripada den.

0 Comments