Disebabkan den nak merayau-rayau di Big Bad Wolf tuh selama 4 jam seorang diri, makanya kitaorang terjah cari hotel bajet yang terdekat dengan Mines supaya buong dan kiddos boleh berehat kat hotel tuh sementara menunggu den. 

Terjumpa Place2Stay Hotel sebaris dengan Sun Inn Hotel.


Ramah tamah staff kat reception counter tuh.

Siap offer untuk tengok bilik lagi sebab den tak sure nak bilik yang 1 katil Queen atau 2 katil single. 

Akhirnya den pilih bilik dengan 1 katil Queen dengan harga RM68/malam. Jadi la sebab nak bunk in je pun.

Bilik agak comel tapi lengkap dengan semua facilities untuk sebuah bilik di hotel bajet. Ada 2 air drinking water, aircond, televisyen, make up table + chair dan bilik air yang super comel dengan water heater yang mempunyai pressure air yang sangat kuat.

Hotel nih 3 tingkat dan disediakan perkhidmatan lif. So in sya Allah sesuai untuk ibu mengandung, OKU dan warga emas.

Senarai harga bagi setiap bilik ada seperti berikut:

First time den jumpa hotel yang sediakan bilik untuk OKU.

Yang istimewa tentang hotel nih adalah ianya:

1. bersebelahan dengan kedai mamak. So no problem nak makan at anytime; dan

2. berdekatan dengan The Mines. Ada jalan short cut dari hotel nih melalui satu kawasan apartment di belakangnya (kena bayar RM2 untuk lalu di sini). Seterusnya melalui 1 terowong dan terus sampai di The Mines. Kalau berjalan kaki mungkin ambil masa dalam 15 minit. Kalau naik kereta dalam 5 minit.

Hotel nih milik Koperasi UPM yang baru sebulan beroperasi. No wonder tak jumpa cari di dalam agoda.com ke booking.com.

Kalau nak tanya tentang availability of the room buat masa ianya tidak dimasukkan di dalam mana-mana apps hotel, boleh hubungi hotel nih di 03-89482961 atau 03-89572961 atau layari website mereka di www.place2stay.com.my

Kalau buong dan kiddos perlu bermalam lagi di hotel di kawasan The Mines sebab mama nak berjimbaan menengok buku-buku di BBW tahun depan, in sya Allah hotel ini akan menjadi pilihan.

2 Comments

  1. Salam,

    Bagi pihak Koperasi UPM Berhad saya ingin menyampaikan ucapan terima kasih dan penghargaan diatas kesudian Puan memilih Hotel Place2Stay @ The Mines untuk berehat dan memberi komen serta pandangan melalui blogspot Dinohauz beberapa hari yang lalu.

    Untuk makluman Puan, Hotel Place2Stay @ The Mines adalah milik penuh Koperasi UPM Berhad.

    Koperasi UPM Berhad sangat mengalu-alukan sebarang maklum balas dan cadangan untuk meningkatkan lagi mutu perkhidmatan yang boleh disediakan.

    Mudah2an Puan akan terus menjadi pelanggan Hotel Place2Stay @ The Mines dan followers Dinohauz menjadi bakal pelanggan Hotel Place2Stay @ The Mines.

    Wassalam,

    DR. DASRILSYAH BIN SYAHRIAL
    PENGERUSI
    KOPERASI UPM BERHAD
    43400 UPM SERDANG
    SELANGOR D.E.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama.

      Semoga Place2Stay dapat mengekalkan kualiti hotel yang selesa dan bersih dengan harga mampu milik. Tahniah juga kerana mempunyai pekerja yang mesra pelanggan.

      Delete