Day 8 - Pantai Kuta - jalan-jalan dengan motor merentas jambatan (2 kali) - Gusto Gelato - Pantai Kuta - Ngurah Rai International Airport - balik ke alam reality.

Last day sebelum kitaorang gerak ke Ngurah Rai International Airport untuk naik flight malam balik ke Malaysia dihabiskan dengan sesi santai je sebab member den kata tak nak dah melawat ke mana-mana.

Makanya hari terakhir dimulakan dengan makan breakfast dengan jayanya kat café hotel.

Kitaorang check out dulu dan letak bag di bilik simpanan hotel sebelum naik motor ronda-ronda ke kawasan sekitar yang terdekat dengan hotel.

Kitaorang naik motor berjalan-jalan merentas jambatan yang ada kat Bali nih yang mana motor pun kena bayar tol sebanyak dua kali. Walaupun member den membebel-bebel kata takde kerja naik motor lalu jambatan tanpa motif tapi den happy je dapat berjalan-jalan camnih. Motor dibawa dengan kelajuan sederhana, merentas jambatan tengok laut, pokok bakau, struktur binaan, etc sambil rasa angin best kena kat muka. Den suka je.

Seterusnya kitaorang makan aiskrim yang famous di Bali nih iaitu Gusto Gelato Icecream.

Tempat nih telah diubahsuai menjadi lebih besar sebab pelanggan yang ramai gamaknya. Siap ada tambahan menu macam cookies, brownies, coklat dan baklawa (tak sure la masa kitaorang datang Februari lepas semua menu nih dah ada cuma den yang tak perasan).

Masa kitaorang datang Februari lepas, kitaorang makan aiskrim kat ruang luar. Kali nih walaupun mula-mula kitaorang lepak kat ruang luar, kitaorang end up melepak dan makan aiskrim di bahagian dalam bangunan.

Kalau masa Februari lepas, den terblur lalu terpilih aiskrim perasa bijan, kali nih den dah tak buat kesilapan yang sama. Den pilih perasa yang memang sedap tapi den dah terlupa apa namanya. Kali nih juga kitaorang ambil aiskrim dengan kon, tak makan dalam mangkuk dah. Rasanya kalau terdatang Bali lagi, memang akan singgah kot kat sini sebab aiskrimnya memang sedap.

Dari Gusto Gelato, kitaorang melepak kat Pantai Kuta. Sempat la diurut sekejap dan minum teh botol sambil tengok pemandangan. Ada juga rezeki tengok anak-anak penyu di dalam besen bagi program pelepasan anak penyu ke laut. Ingatkan nak joint program pelepasan anak penyu tuh tapi member den malas nak layan hhehehhehehe. 

Rasanya dalam 1 jam lebih juga melepak kat Pantai Kuta nih. Lepas beli fridge magnets untuk konco-konco di ofis, kitaorang bergerak balik ke hotel.

Kitaorang naik grab dari hotel ke airport. Very late lunch di airport sebelum naik kapal terbang kembali ke Malaysia.

Berakhirlah sudah sesi berjimbaan di Bali buat kali kedua pada tahun ini.

0 Comments