Ha….comel tak blog den?

Blog den diedit oleh Siti Awadah yang boleh dihubungi di http://www.sishawadesign.com/ atau http://www.sishawa.com/

Sudah lama hamba mencari, baru sekarang hamba mendapat begitu la ceritanya.

Rasanya sejak awal tahun 2017 lagi den dah berangan nak makeover blog nih. Dah cuba buat sendiri tapi biasa la orang sangat cerdik IT macam den nih ha tak jumpa cari macam mana nak edit blog ikut angan-angan den walaupun sudah puas den google caranya.

Akhirnya den buat keputusan nak biar pakar je la yang membuatnya supaya posts dalam blog den tidak terhilang, etc.

Mula-mula nak minta kawan tolong buatkan dengan bayaran yang dia dah tetapkan tapi dia adalah sangat sibuk sampai den tersegan pula nak mengingatkannya.

Masuk je bulan November, den cari la di google siapa yang boleh edit blog den dengan harga mampu milik. Alhamdulillah terjumpa dengan Siti Awadah melalui blog http://madihahdaisy.blogspot.my/2017/08/blog-semakin-cun-dengan-sentuhan-siapa.html

Boleh tengok blogs yang telah diedit oleh Siti Awadah di http://www.sishawadesign.com/ atau http://www.sishawa.com/ dan menghubungi beliau untuk mendapatkan perkhidmatan berkaitan blog.

Alhamdulillah senang sangat berurusan dengan Siti Awadah nih. Sabar dia melayan den yang tanya macam-macam nih. Berhemah sungguh orangnya.

Untuk makeover blog nih, den cuma bayar RM 50 je.  

Den sangat berpuas hati dengan makeover blog yang telah dibuat nih. 

Genap 2 tahun den memblogging pada 16 November 2017 lepas. Kebetulan pula makeover blog pada November nih. Kiranya reward untuk diri sendiri sebab berjaya memblogging selama 2 tahun nih.

Asalnya masa mula-mula blog nih diwujukan adalah untuk bercerita pasal dinosaurs tapi akhirnya dah jadi macam-macam cerita. Tapi den masih nak kekalkan nama blog nih untuk kenangan macam mana den boleh terjebak dengan dunia blogging nih.

Semoga dengan layout baru blog den nih, den akan lebih semangat untuk berkongsi cerita.

In sya Allah.

0 Comments