Lost World of Tambun (LWOT)

First time kitaorang datang ke sini. Tuh pun ada budak-budak nih coz tempat camnih la pun yang depa paling suka.

Pakaian yang dibenarkan adalah pakaian renang la sebab dah memang nak berendam dan mandi kolam je nanti. Kalo tak bawak baju renang, bley je beli kat kedai cenderahati tuh cuma regenya agak rabak poket.

Tempat macam nih facilities memang tip top la. Ada pelbagai gerai makan (hanya sediakan duit sebab rege memang la agak mahal). Memang kena makan kat gerai yang ada dalam nih sebab makanan luar tak dibenarkan masuk kecuali makanan baby (akan ada kaunter yang check beg kita). Toilets yang bersih ada kat setiap kawasan. Ada surau. Shower untuk bilas badan lepas berendam dalam kolam pun ada cuma tak disediakan sabun je.

Locker pun ada cuma kena sewa. Sapa yang bawa banyak barang elok la sewa locker sebab jenuh oiii nak bawa beg ke hulu ke hilir di kawasan yang agak besaq nih + leceh la nak pedo beg kalo nak mandi kolam.

Harga ticket LWOT yang dibeli di Hotel Travelland (harga sama dengan harga tiket online) adalah RM 58 untuk dewasa dan RM 52 untuk kanak-kanak (bawah 12 tahun). Pitam membayo rege tiket tuh.

Tapi disebabkan kitaorang spend masa dari 9 pagi sampai 6 petang kat sini makanya rasa berbaloi la rege tiket tuh.

Dengan tiket tuh kita bley masuk ke semua tempat macam petting zoo, tempat mendulang, theme park pirates (untuk budak-budak sebab air kolamnya tak dalam sangat, paras betis je), kolam yang ada ombak, kolam air panas (hot spring), ponny ride (kena make sure baju kering) dan keretapi. Worth la rasanya.

Mula-mula sampai buong dan budak-budak mandi kat kolam yang ada ombak tuh. Sejam jugak depa mandi kat situ sebelum surrender sebab panas berdenting-denting.
Den ambil gambar dari kejauhan je la sebab panas berdenting-denting. Baik la den berehat bawah kanopi nih.
Lepas tuh pergi ke petting zoo.

Kitaorang spend masa almost 2 jam rasanya pergi tengok binatang kat petting zoo, badak air, buaya, zebra, harimau dan zirafah. Budak-budak nih siap dapat free food (carrots) untuk bagi makan kat zebras padahal patutnya kena beli.
Kusyuk tengok hamster
Meerkat macam dalam movie Life of Pi
Terkesima tengok buaya
Kita nak bergambar. Depa dok kalut tanya kenapa kulit zirafah corak macam nih.
Antara kedai yang ada untuk makan dan minum. Ala-ala kopitiam kedai nih.
Kawasan mendulang bijih timah yang tidak ramai peminat
Diaorang paling lama mandi, berendam, melompat, bergelinjangan, etc di kawasan kolam theme park pirates tuh. Den & buong perati depa mandi sambil melepak kat gerai yang ada tepi tuh sambil makan ayam goreng.
Budak-budak tak dapat nak naik ponny ride sebab baju depa basah. Syaratnya kena baju betoi-betoi kering katanya. Macam tak bagi naik je kan hehehhehehe.

Naik keretapi yang ala-ala roller coaster tuh. Walopun routenya skit je dan takde la berpusing sangat tapi me being super penakut memang la ngeri naik nih.
Last sekali singgah mandi kat hot spring. Kat sini je la pun den mandi sekupang dua.
Sebelum keluaq sempat la tengok persembahan ala-ala hakka oleh pekerja kat sini. Menarik gak k.

Kalo nak diikutkan bley stay sampai malam untuk tengok pertunjukan lampu, bunga api bagai tapi disebabkan nak kejarkan balik ke Shah Alam, terpaksa la balik jugak at 6 petang.

Dalam kete balik ke Shah Alam memang budak-budak tuh tidoq pengsan sampai la ke rumah sebab penat sangat bergelinjangan sana sini.

Tempat seumpama nih iaitu water theme park nih memang la sesuai untuk budak-budak. Memang la kesukaan depa.

Punya sakan den amik gambo kat sini sampai bateri hp abis. Tak bawak plak power bank makanya towards the end kitaorang lepak situ memang la takde gambo.

p/s sapa nak mai sini dari Shah Alam, better la kot gerak dari rumah lepas Subuh. Sampai LWOT bley stay sampai malam, sampai dia tutup. Then baru tidoq hotel. Lagi berbaloi rasanya.

No comments:

Powered by Blogger.