Tak sangka akhirnya ada rezeki menjejak kaki di historical site yang telah diwartakan oleh United Nations Educational, Scientific and Cultural Organization (UNESCO) sebagai Tapak Warisan Dunia (World Heritage Site) nih. 
Candi Borobodur dari kejauhan di kala panas terik. Kelihatan berenyut-renyut manusia melawat candi nih masa kitaorang pergi.
Nak menulis entry nih baru la tergedik-gedik membaca info sepintas lalu tentang Candi Borobodur nih di Wikipedia. 

Candi Borobodur nih menurut Wikipedia adalah world largest Buddist temple yang mempunyai 504 patung Buddha di mana kubah tengahnya (central dome) dikelilingi oleh 72 patung Buddha yang duduk di dalam perforated stupa yang orang biasa macam den nampak macam loceng tuh.
Perforated stupa
Candi Borobodur pernah rosak teruk semasa letusan Gunung Merapi pada November 2010. 

Den dah terlupa berapa bayaran tiket masuk ke sini tapi yang pasti dalam semua tempat yang kitaorang pergi di Jogjakarta, tiket masuk di Candi Borobodur adalah yang paling mahal.

Disebabkan sampai di sini dari Gunung Merapi tuh dah tengahari, makanya kitaorang makan tengahari dulu dekat salah satu kedai makan yang ada berdekatan pintu masuk ke Candi Borobodur. 
Lunch di sini. Eh Wak Tok Tok in the photo plak
My lunch. Teh botol dan den berpisah tiada.
Lepas kenyang perut senang hati, kitaorang naik tram (nih kena beli tiket lain) yang membawa kitaorang dari pintu masuk ke kawasan Candi Borobodur. Naik tram nih ambil masa dalam 10 minit untuk sampai ke situ. Kalau menapak den rasa mau ambil masa dalam 30 minit untuk sampai ke candi tuh.
Maklumat berkaitan kemudahan dan pakej yang disediakan di Candi Borobodur

Disebabkan panas terik, makanya den beli la cermin mata hitam baru (RM 10 je pun) dan topi sebab matahari dok tegak kat kepala.

Di sini siapa yang pakai skirt pendek dan seluar pendek sahaja yang akan diberikan kain batik untuk dipakai sebelum memasuki kawasan candi. Macam kitaorang nih memang tak dapat nak pakai kain batik tuh. Terkilan jugak sebab kain batik tuh cantik kot. Sure comel kalau dapat bergambar di sana sini di candi tuh dengan kain batik tuh hehehehhee.
Pemandangan sepanjang perjalanan dengan tram dari kaunter tiket tram hingga ke entrance ke candi

Jenuh berjalan kat Candi Borobodur nih sebab kawasan dia sangat luas. Tak pasti samada kitaorang berjalan ke keseluruhan kawasan candi tuh atau sebahagiannya je sebab kawasan tuh luas. Tapi apa yang pasti gambar-gambar yang diambil di kawasan candi nih sangat cantik sebab panas. Yang tak bestnya kena tahan mata berpinar-pinar, berpeluh-peluh, etc la.

Love this photo
Setiap ukiran ada makna tersendiri
Dua orang ahli rombongan
Pakwe kat belakang tuh sibuk ke photobomb
From different angle
Melayan the only bachelor in the group. He is taken. Next year nak kahwin.

Takde penerangan dalam bentuk tulisan ke ape di candi nih. Setiap ukiran yang ada di candi nih ada cerita tersendiri yang kita boleh baca di Muzium Borobodur yang ada di kawasan candi nih.

Di luar candi nih hanya ada dua papan kenyataan yang memberikan sejarah ringkas Candi Borobodur nih. Walaupun ringkas je maklumat yang disediakan, den tidak la membacanya jugak sebab sibuk bergambar. So gamaknya memang management Candi Borobodur nih dah agak tak ramai yang nak membaca info yang depa pamerkan, might as well give as little info as possible.
Iya ke tuh membaca?

Lepas spend masa lebih kurang satu jam kat candi nih, kitaorang melawat mini muzium yang ada pelbagai info tentang sejarah candi, makna setiap ukiran yang ada di candi, etc. Kerja den mengambil gambar je la untuk dibaca di kemudian hari camtuh perancangannya.
Kalau tak silap antara batuan yang diguna untuk menambahbaik candi
Banyak sangat maklumat. Antara kita lalu dan tak lalu nak baca je.

Di luar perkarangan muzium nih kita boleh berehat sambil mendengar pekerja mainkan alat muzik tradisional. Masa kitaorang dah nak beredar dari muzium nih baru depa nak mula main. Mungkin ada jadual untuk alat muzik nih dimainkan. Sempat la dengar sekejap dan tengok persembahan permainan alat muzik nih.
Sekitar Muzium Borobodur

Dari kawasan nih nak keluar ke tempat letak kereta, kita memang akan melalui deretan gerai-gerai yang menjual pelbagai cenderahati seperti tshirts, keychains, frigde magnets, bags, selipar, patung Buddha, etc. 

Memang rambang mata sebab banyak pilihan. Kebanyakan pekedai bagi harga Rp 100,000 untuk 6 helai tshirts tapi gerai yang agak hujung (paling dekat dengan pintu keluar) tawarkan harga Rp 100,000 untuk 7 helai tshirts. Tshirts kain nipis tapi okay je kalau nak buat basahan. Kawan-kawan ada yang shopping bag, selipar, etc.

Disebabkan den secara tidak sengaja telah didedahkan untuk menghayati keindahan tempat seperti Candi Borobodur semasa den melawat pura-pura di Bali pada Februari lepas, den suka la tempat bersejarah macam nih sebab ianya unik. Kalau sesiapa datang bercuti ke Jogjakarta, den sarankan untuk melawat ke Candi Borobodur nih. Once in a lifetime experience. Kena spend at least 4 jam kat sini baru boleh berjalan ke keseluruhan kawasan candi, baca semua maklumat di Muzium Borobodur, melawat Muzium Samudraraksa (den tak sempat pergi pun huhuhuhuhu), tengok audio visual dan shopping.

Tip 1: Sila bawa topi, sunglass dan air mineral untuk berjalan-jalan di sini.

Tip 2: Sila shopping pelbagai cenderahati di kedai-kedai yang terdapat di sepanjang jalan keluar di Candi Borobodur nih sebab pilihan cenderahati yang sangat banyak dan harga yang berpatutan kalau nak dibandingkan dengan Pasar Malioboro.

2 Comments

  1. PANAS cuaca time ni tp puas...kan best klaw bachelor td single kee terbaikk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahhaha....jangan mengada-ngada. Makwe sorang tuh nak campak mana?

      Delete